BUGH BUGH BUGH
Pukulan yang kuat diterima oleh perempuan itu. Dia terus tidak berdaya akibat pukulan itu. Darah yang terus mengalir dari sudut bibirnya. Pipinya juga terasa kebas.
Zara Danisya, gadis itu tersenyum puas melihat perempuan itu sudah tidak berdaya. Nampaknya perempuan itu hampir pengsan.
"Takkan sikit tu pun dah lemah? mana mulut busuk kau yang mengata aku selama ni?" perli Zara yang berjongkok di hadapan perempuan itu.
Senyuman jahat terbit di bibirnya.
"Kau.. ke..na..pa.." tergagap-gagap perempuan itu mahu bercakap. Sakit yang ia rasai terdampak begitu teruk.
"Eh? aku yang kenapa? sepatutnya kau tanya diri kau sendiri. Apa yang kau buat sampai aku jadi macam ni,"
Zara masih berjongkok, dia mengelus sedikit wajah perempuan di hadapannya ini. Terdapat banyak darah kering serta luka yang sudah mengering.
"Ha..." itu sahaja yang dikeluarkan oleh perempuan itu. Tak lama dari itu dia terus pengsan.
Zara menjambak rambutnya, lalu dihempaskan kembali akibat perempuan itu sudah tidak sadarkan diri.
"Cih!" ludah Zara ke tepi apabila melihat perempuan itu pengsan.
"Kau, jangan lupa bersihkan ini. Perempuan ni kau biar je dekat sini. Nanti pandai-pandailah dia balik sendiri," arah Zara kepada lelaki yang sadari duduk diam di bucu dinding.
"Baik,"
Zayn nama lelaki itu, hanya mengikuti apa yang Zara cakap. Mereka berdua berteman sejak kecil lagi. Zayn pun sikapnya lebih kurang sama dengan Zara.
Zara terus keluar pergi dari rumah terbiar itu dengan kedua tangan dipoket. Zayn hanya melihat kepergian Zara lalu dia tersenyum melihat perempuan di hadapannya ini.
"Lain kali, jangan cari pasal. Kan dah terkena," Zayn tersenyum sinis apabila mengucapkan itu.
second story by me! how? give your vote and comment okay :)
Share this novel