Rate

BAB 2

Romance Series 2073

Aishah tergamam dengan tindakan spontan Daniel.Dia pun dah tak ingat apa yang ingin dikatakannya sebentar tadi.Ingatan Aishah kembali berputar sewaktu dia bersama - sama dengan arwah Aisy.
"Sayang,kau tahukan aku dah nak pergi UK ni.Kau jaga diri baik - baik tau.Kalau boleh bila aku sampai Perancis ni, aku nak kita berhijrah ke Malaysia dan teruskan untuk jadi doktor haiwan.Aku tak sempat nak jumpa Fluffy,kau sampai nanti tolong sampaikan salam peluk cium kat Fluffy tau.Aku nak kau ingat aku yang aku sayang kau sebagai beloved cousin aku a.k.a. sahabat sejati aku.Kau kena reda dan ikhlas kalau apa - apa terjadi pada aku.Kalau ditakdirkan aku tak sempat sampai Perancis balik ataupun apa - apa khabar berita baik atau tak,aku nak kau jangan sedih dan teruskan cita - cita kita untuk jadi doktor haiwan.Ingat tau janji kita.Jangan sedih tentang pemergian aku,ya sayang.Aku sayang kau."
Tiba - tiba Samsung Note ||| Daniel berbunyi.Ikon WhatApps muncul.
~ Abang, Nad balik dulu.Nad jumpa member jap.Nanti Nad balik dengan member,dia kata nak hantar Nad.~Nadia
~ Okay,balik sebelum Maghrib.Kalau tak tahulah apa yang abang buat dengan Mak Ngah.Ingat!~Abang Daniel
"Hiii....suka ugut aku" ngomel Nadia.
"Sayang,kenapa mencebik ni.I dah tak tahan la,sayang.Jom I ada booking hotel tadi.Jom sayang." ajak Garnim.
" Biy ,you memang pandai ambil hati I.Okay,jom.Tapi biy please send me home before 7 o'clock,please" beritahu Nadia.
" Okay,sayang.No problem." jawab Garnim dengan gembira.
`Huh,pukul 7.Jangan harap,esok baru aku hantar kau.Aku nak kau layan aku sampai kau tak sedar pukul 7.Aku akan buat kau leka dengan aku,Sayang.` bisik hatinya.

AISHAH membawa teman barunya ke cafe berhadapan dengan Pavillion.
" We sit first,okay."
" Dengan gembiranya,Sayan...errr..apa - apa je lah..."
Fuhh...selamat.Minta - mintalah dia tak dengar apa yang aku kata tadi.Hampir tersasul.Bahaya betul.Oh! Hati please kamu jangan nakal.Kenapa pulak dengan jantung aku ni,berdebar aje dari tadi.Tak aku tak mungkin sukakan dialah.
Err..tadi aku rasa aku dengar macam dia kata sayang tadi....arghh...memang taklah dia kata kat aku.Perasan ajelah lebih.
" What do you said ?"
" Aku kata apa - apa je lah..sebab aku tak tahu lagi nama kau..ohh ! yaa nama aku Daniel.Apa nama kau..aku sempat dengar Nu..aje Nurul ke!?" tanya Daniel.
"Err..nama saya Nur Aishah Adllisya.Awak boleh panggil saya Aishah."
"Ohh..kalau aku panggil kau nama lain boleh tak sebab nama kau nak macam nama arwah kekasih aku.Please! Aku rindu dia.Aku nak panggil kau Aisy,boleh?"
"Ohhh...boleh.Ikut suka awaklah.Saya nak ke ladies jap."minta Aishah.
Daniel mengangguk.Dia nampak mata Aishah bergenang tadi dan setitis mutiaranya dah jatuh bila dia sebut nama Aisy tadi.Tiba - tiba dia ingat apa yang Aisy a.k.a bakal isterinya yang sambung belajar dekat UK beritahu.Ingatannya kembali berputar ...
"Awak,kalau saya nak cakap sikit boleh?" tanya Aisy.
"Boleh sayang.Tanyalah,tanya banyak pun tak apa saya sudi jawab." Daniel seronok melihat muka bakal isterinya merah kerana geram,dia agak...
" Awak ni,bencilah macam ni.Kan saya dah kata sayang tu bila seorang gadis dah berjaya jadi isteri awak yang sah.Taknak lah kawan macam ni."Aisy merajuk.
"Alalalalalaa..okaylah,saya takkan panggil awak sayang lagi.Awak nak tanya apa tadi?" tanya Daniel.
"Ermmm....sebenarnya ia bukan soalan tapi lebih kepada wasiat saya dekat awak kalau betul awak cintakan saya.Saya....ermm..actually,saya memang cintakan awak tapi saya nak tanya kalau ditakdirkan saya meninggal dunia ke kemalangan ke apa ke..awak sudi tak kahwin dengan sepupu kesayangan saya.Saya nak tengok dia gembira bila saya takde kat Malaysia nanti.Please...kalau betul awak sayang dan cintakan saya,Danny." sayu rayuan bakal isterinya.
"Tapi kenapa? Saya hanya cintakan awak aje, saya tak boleh cintakan orang lain.Kalau sebab saya jadi perhatian dekat U saya rela buat masalah agar saya dibuang dari U atau apa - apa jelah asalkan awak tak sakit hati sebab saya.Saya tak nak tengok awak sedih sebab saya.I hate your tears because of me.Please, saya dah tunaikan permintaan awak supaya jangan panggil awak sayang sehingga awak sah jadi isteri saya.Jadi jangan awak buat permintaan mengarut ni.Please!?."rayu Daniel.Air mata lelakinya akhirnya tumpah ke bumi UK.
" Kalau betul awak sayang saya,mesti awak ikut cakap sayakan.Saya tahu apa yang saya buat.Ia juga demi kebaikan kita berdua.Tapi kalau awak taknak ikut tak apalah,kita putuskan hubungan ni ajelah.Saya tak rasa awak akan ikut cakap saya.Saya dah tak kisah kalau awak nak kata saya queen control ke apa ke.Saya rela.Maafkan saya kalau saya ada lukakan hati awak sepanjang perhubungan ni.Assalamualaikum,Danny sayangku." ucap pilu Aisy.Dia tahu Daniel akan menunaikan permintaannya,jadi dia terpaksa lakukannya.Ya,dia terpaksa.Dia ingat pesanan doktor Adeline Francisco bahawa hayatnya hanya tinggal 6 bulan sahaja selepas dia memaksa doktor Adeline untuk merahsiakan bahawa dia mempunyai tumor otak dan kanser darah.Dia tak mahu membuat pembedahan sebab dia yakin bahawa cinta Daniel hanya untuk Aishah Adllisya seorang.Dia yakin mereka akan bahagia.Dia doakan supaya Aishah dapat terima Danielnya.Dia tersenyum dalam kesakitan.
"Aisy,saya akan lakukan demi awak.Saya akan turutkan permintaan awak .Saya tahu awak lakukan demi kebaikan kita berdua.Saya tak sanggup kehilangan awak.Saya akan ikut cakap awak,Aisy." bergetar suara Daniel pabila mengucapkan wasiat bakal isterinya.Ya,dia rela berkahwin dengan sepupu Aisy daripada kehilangan Aisy.Daniel tersenyum kepahitan.Daniel hanya inginkan gadisnya tersenyum bahagia.Dia rela.
"Betul ke,Danny.Saya tak salah dengarkan."senyum manis Aisy sehingga menampakkan lesung pipitnya dikedua - dua belah pipinya.
Daniel mengangguk perlahan.Dia gembira melihat senyuman bakal isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience