Series
515
Fairuz kepenatan.Hari ini dia terpaksa berhempas pulas menyiapkan laporan untuk aktiviti kelabnya memandangkan yang lain berkeras ada kerja lain perlu disiapkan.Mentang mentang,dia ahli termuda dalam kelab,dia yang perlu siapkan semuanya.
Trut-Tut
Trut-Tut
Notification di telefon bimbitnya berbunyi.Dia malas malas menyeluk poketnya dan mengeluarkan telefon itu.
"Nur Amira send a friend request"
Dahi Fairuz berkerut.Dia menyentuh notification itu.
"Wah,lawa jugak dia ni~"Bersemangat tiba tiba muka Fairuz.Lantas dia menekan butang approve.
Setelah mandi dan bersiap untuk tidur,dia ternampak telefonnya berkelip kelip menandakan ada mesej masuk.
Entah entah,Amira tadi.Fairuz melompat ke atas katil sambil memeriksa mesejnya tadi.
"Betullah!!!"Fairuz teruja, Amira memang mesej dia.
"Hai,boleh berkenalan?"Butir mesej itu.
"Boleh.Saya Fairuz.Pelajar tahun kedua di Sekolah Menengah Tinggi Dahlia.Selamat berkenalan."
"Selamat berkenalan.Boleh kita jadi kawan?"Amira membalas.Pipi Fairuz memerah.
"Mestilah boleh."
Kemudian,Amira tidak membalas lagi walaupun dia memang online.
"Oklah,saya nak tidur dah ni.Selamat malam."Fairuz mesej dia semula setelah tiada respon.
"Mimpikan saya."Balas Amira.Mata Fairuz terbeliak.Macam tak percaya,gadis lawa ni cakap macam tu.
"Ok~"
---------------------------------
Keesokannya Fairuz bangun sambil tersenyum girang.Telefonnya berbunyi.
Amira menghantar mesej.
"Selamat pagi~"
Fairuz sengih.
"Macam tau tau je,saya dah bangun."Fairuz membalas .
"Saya kan selalu ada dengan awak..."Amira hantar emotikon arnab comel.
"Uisssssh,cuteeeeenya."Fairuz monolog sambil hantuk kepala ke dinding.
Fairuz tergerak hati mahu melihat wall Amira di Fac.Kosong.Memang kosong.
"Takkanlah...Biasanya pompuan lawa macam ni mesti banyak gambar selfie."Fairuz fikir mungkin Amira bukan macam gadis lain..
Dia tengok friend list gadis itu,dia seorang saja..
Biar betul.
"Awak tengah buat apa?"Fairuz terkejut apabila mesej Nur Amira tiba tiba masuk.
"Tak buat apa apa.."Jawab Fairuz.
"Awak,saya ada benda nak cakap.."Amira menghantar mesej.
"Apa dia?"
"Saya rasa saya cintakan awak.."
Fairuz teruja.Pipinya merah macam baru kena tampar.
"Sudi tak,awak jadi teman lelaki saya?"
Fairuz cepat cepat balas.
"Mestilah saya nak~"
Dengan itu,terjalinlah ikatan percintaan antara Fairuz dan Amira. Senang macam makan kacang buncis.
Namun,setelah sebulan mengenali Amira,jikalau ditanya tentang rumah,umur,sekolah pasti Amira mengelak.Fairuz mulai sangsi.
"Sayang,bagitau la betul betul.."Desak Fairuz.
"Buat apa awak tahu???"Amira seperti marah.
"Saya nak jumpa awak.Saya serius dengan awak.Takkan kita nak berhubung macam ni saja?"
"MALAM NI SAYA DATANG RUMAH AWAK!"Balas Amira.
"Macamana awak tahu rumah saya?"Tanya Fairuz.
Soalannya tak terjawab,walaupun Amira memang sedang online.
Fairuz malas mendesak lagi dan menyifatkan perempuan ini memang gila.
Malam itu,Fairuz bersiap untuk tidur dan naik ke katil.Tiba tiba pintu diketuk.
"Ish,siapa datang ni??"Fairuz mengeluh.Tiba tiba dia teringat dengan mesej Amira tadi..Tapi macam mana dia tahu Fairuz tinggal di sini.
Fairuz melihat ke lubang di pintunya.Tiada siapa.Namun,dia masih mendengar dan merasa gegaran ketukan seseorang di pintu.
Notifikasi mesej Fairuz berbunyi,
"Kata nak jumpa,bagilah saya masuk.."Mesej dihantar Amira.
Fairuz menelan liur.Bulu romanya tegak.
"Siapa sebenarnya perempuan ni?"Fairuz duduk di katil walupun ketukan masih kedengaran.
Dia memasukkan gambar Amira di Google search supaya carian Google boleh mencari berita dari gambar tersebut.Tidak sampai berapa saat,keluar banyak hasil carian menceritakan tentang gadis yang mati kerana membunuh diri kerana dikecewakan teman lelaki.Lebih sadis,telefonnya masih dalam genggamannya ketika mayat ditemui..
Fairuz pucat.Selama ni,dia bercinta dengan hantu????
Fairuz berselubung dalam selimut.Berharap matahari menjelma lebih cepat ataupun sekurang kurangnya ketukan di pintu dihentikan.
"Mana awak............"Mesej dihantar Amira.
Tangan Fairuz menggigil.
"Bagilah saya masuk........."Mesej diterima lagi.
Fairuz ketakutan mematikan telefon namun tidak berjaya.Dia ambil keputusan mengeluarkan bateri dari telefonnya.
"Jangan mengelak dari saya!!!!!"
Amira menghantar mesej lagi walaupun bateri sudah dikeluarkan dari telefon Fairuz.
Fairuz menutup mata ketakutan,pada masa itu juga,kedengaran pintu dibuka perlahan,
Shreiiiiiit
Fairuz menggigil..Diselak sedikit selimutnya,mahu melihat gerangan yang hadir.Tiada siapa.
Nafas dihembus lega..
Dia menggaru kepala yang rasa gatal sangat.Mungkin kerana runsing.Tapi..kenapa kasar sangat rambut ni...
Dia mendongak,
"Saya cintakan awak..."Fairuz hilang nafas,bagai dicekik.Segalanya kembali senyap.
Share this novel