Rate

Prolog

Drama Series 8546

Aku naik ke kapal terbang. Aku mencari-cari kerusi ke sepuluh. Setelah itu, aku melabuhkan punggungnya di kerusi itu. Kelihatan tiada orang di kerusi ke 11. Jadi, aku menempatkan begnya di kerusi ke 11 itu. Dia melelapkan mata seketika. Penat!
________________________________________________

"Encik, Encik? " ujar seorang wanita. Aku membuka mata perlahan, memandang wanita itu.

"Ya, kenapa? " aku membalas sapaan wanita itu. Wanita itu mendengus kasar. Kau tak nampak ke beg kau kat tempat aku ni??! Okay, tanya dia dengan berlemah lembut.

"Boleh tak Encik alihkan beg ni? " ujar wanita itu lalu diukirnya senyuman tidak ikhlas kepadaku. Aku mengalihkan beg aku dari tempat duduk wanita itu. Jenama, rupa dan warna beg mereka sama. Tiada perbezaan.
________________________________________________
Senyap sahaja kami berdua dari tadi. Tiada gerak balas . Sapaan dan memperkenalkan diri langsung tiada. Bagaikan tiada orang di situ kerana kami sibuk dengan telefon pintar. Aku mulai bosan. Aku berkira-kira mahu menjenguknya atau tidak. Setelah berfikir, aku memilih untuk menjenguknya. Kalau tak kenal, rugilah! Perempuan yang cantik macam ni memang taste aku! Aku mula bertanya.

"Awak.. Nama awak siapa? " Wanita itu mengalihkan pandangannya kepadaku.

"Nama saya Nur Qasdina binti Dato' Rashid. Awak? " kata wanita itu.

"Saya Muhd Dazrien Irsyad bin Tan Sri Azfar. Nice to meet you.... " "Dina" pantas Dina berkata.

"Irsyad. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience