BAB3:CINTA KITA

Romance Series 6504

"Nak tak buat filem pendek genre cinta?"tanya Azim apabila kami sampai di Cafè Cat yang selalu dikunjungi ku dan sahabat."Oh boleh tapi aku serahkan semua pada Hidayu je."jawab Danial."KAMI SETUJU!"Ujar Rifqi dan Hasif sambil berpegang tangan."We too"ujarku sambil memegang tangan Ain."OK.Petang ni nak gi mana?Siapa ada ruang rehat sendiri kat rumah?"tanya Azim."Aku!"jawab ku dan Danial serentak."Umm nak gi rumah siapa?Putri lah sebab dia anak tunggal tapi parents kau?"tanya Rifqi."Parents aku outstation.Ada bibik aku je.."jawabku pula."Ok.Habiskan air ni pastu gi rumah aku.Aku ada semua barang."Arahku.
"Assalamualaikum"kataku sesampai kami dirumah."Waalaikumussalam cik Putri."kata Bibik Ina."Bik harini kawan saya datang Tolong sediakan green tea 6 ya?Hantar ke bilik rehat saya"Mintaku."Baik cik"kata Bik Ina lalu pergi ke dapur."Masuklah.Bilik rehat kat atas.Jom!"kataku.Kami berenam pun naik ke bilik rehatku.
"Besarnya!"kata Hasif.Rifqi dan Azim terus bergolek ke karpet buluku sesaat selepas masuk."Rifqi!Azim!Jaga tingkah laku tu."marah Danial."Takpe biar je diorang."kataku lalu mempelawa mereka duduk di sofa baldu berwarna pink itu.Skreet..Bunyi apa?Semua terus terdiam."Maaf.Hantar air."kata Bik Ina."Ya Allah terkejut saya Bik Ina.."kataku sambil mengurut dada."Maaf Cik Putri"Kata Bik Ina."Takpe lah.Pergilah dulu"kataku lantas Bik Ina keluar dan menutup pintu."Jemput minum"kataku.Azim dan Rifqi yg pertama mengambil air."Hait.Panas tu."ujarku."Aduduh sakit bibir."Adu Rifqi."Haa tu lah gelojoh sangat.Kan dah kena."Marah Danial pula."Stop this nonsense thing guys."marah Hasif.
Dari segi budi bicara,Hasif kelihatan agak matang daripada yg lain.Tak tahu kenapa.Aku terpukau dengan bicara Hasif.Kata katanya lembut,sopan dan matang.Tetapi...aku tidak dapat mendengar suaranya selalu kerana dia sering berdiam diri.Tapi dari segi lain ,aku rasa Danial lebih baik.Ya,lah.Keluarga dia dari golongan berada,wajahnya kacak,akhlaknya bagus,otaknya cair dan tidak beku,petah berbicara,pernah menunaikan haji dan senyumannya juga tidak lekang dari wajah lagipun aku dan dia ada lesung pipit di kanan dan kiri pipi.Cair aku kalau tengok muka kacak dia tu lama lama.
"Ya lah Encik Hasif."kata Danial."Dah dah jom start"kataku pula.Kami pun duduklah di karpet itu. Kerana terlalu banyak kerja,mereka semua tumpang tidur dirumahku.Ibu bapaku tidak kisah lagipun ada baju lelaki di dalam almariku kerana sebelum aku melangkah ke alam 20an,aku 'tomboy' dan banyak baju lelaki.Kami berjaga hingga jam 1:30 pagi.Lelaki akan tidur di bilik tetamu iaitu di sebelah bilikku dan Ain pula akan tidur di bilikku bersamaku.
Esoknya jam 6:15 pagi,aku terbangun.Aku lihat Ain tiada disampingku dan lampu bilik air terbuka."Awal gile Ain bangun"aku bermonolog sendiri.Aku menjenguk ke bilik para lelaki tetapi aku tidak membuka pintu.Aku lihat ke ruang tamu,hanya ada Danial seorang. "Danial!"panggilku.Danial mendongak."Ya saya."jawabnya formal."Yang lain dah bangun?"tanyaku."Aku je lelaki yg dah bangun."balas Danial."Danial,tolong kejutkan diorang ok?"tanyaku meminta kepastian."Ok"balas Danial.Selepas mendengar balasan Danial,aku terus pergi ke bilik mandi untuk memastikan bahawa Ain sudah siap mandi dan ya Ain sudah siap mandi."Hai Put."sapa Ain."Hai.Weh aku nak mandi ni tak boleh nak layan kau ok?"ujarku."Ok pergilah mandi."balas Ain.Selang 15 minit mandi,aku pun keluar dari bilik mandi.Aku lihat Ain duduk di birai katil.Aku lihat Ain memakai kemeja biru bersama seluar hitam dan tudung hitam.Ain tidak memakai make up yg tebal.Dia nampak agak formal.Tanpa menghiraukannya aku terus ke almari untuk memilih baju.Aku memakai blaus kuning dan seluar hitam lalu aku duduk di kerusi yang berada di hadapan cermin untuk bersolek.Sedang aku bersolek,aku dengar suara beberapa orang mengetuk pintu bilikku."Sekejap!"ucapku.Mereka menghentikan ketukan.Aku pun sambung bersolek dan memakai shawl kuning kesayanganku lalu mengajak Ain keluar.Aku ingat Azim yg mengetuk pintu bilikku.Aku ingat orang itu sudah pergi.Rupanya Danial yg mengetuk pintu bilikku Dia juga tidak pergi dan kekal menunggu aku."Oiiii nenek!"latahku."Hahaha awak ni tak habis habis melatah."kata Danial selepas habis menggelakkan ku.Aku pura pura merajuk dan berlalu pergi.Danial memegang bahuku untuk menghentikanku."Awak sorry lah jangan merajuk"pujuk nya."Ya lah ya lah"kataku."Amboi amboi amboi...sweetnya dua orang ni...Jangan buat orang yg tak couple jealous pulak."kata Ain lalu berlari turun ke bawah.Aku dan Danial memandang sesama sendiri.Selepas 25 saat berpandangan,kami bergelak tawa sambil berjalan bersama.Aku tidak perasan yg Danial memegang tanganku."Peewit"usik Azim apabila melihat kami berdua duduk bersebelahan."Ko pahal?"tanyaku."Takde pape.Dah lah jom makan"kata Azim.
Selepas beberapa minit,Bik Ina datang membawa 6 set sandwich kegemaranku bersama 6 gelas teh.Setelah beberapa minit sarapan,kami pun pergi ke bilik rehatku untuk menyambung kerja yg tergendala semalam.Kami membuat drama kami selama 4 minggu iaitu 1 bulan dan dalam 1 bulan itu,hanya 1 minggu terakhir mereka tidak tidur dirumahku.Filem pendek kami bertajuk, 'Cinta kita'.Filem pendek kami mengisahkan tentang Putri dan Danial(idea Azim yg nak menyakat kitorang)yg bersahabat baik sejak remaja.Semakin lama bersahabat,mereka menjadi semakin rapat dan rapat.Suatu hari,Putri menangis di bahu Danial kerana mendapat tahu yg dia akan berkahwin dengan lelaki pilihan ibunya.Danial mengusap kepala Putri dan berkata ibu bapanya juga bakal menjodohkannya dengan wanita pilihan ibunya.Mereka menangis bersama kerana jika mereka berkahwin dengan orang lain,pasti mereka tidak boleh berjumpa.Beberapa hari selepas itu,ibunya mengatakan yg sang lelaki bakal datang.Putri apa lagi,sedih lah.Lelaki itu masuk ke rumah dan siapa sangka lelaki itu ialah....Danial!Dari kesedihan yg mendalam,kini hati Putri menjadi gembira tidak terbatas!Setelah berbincang mereka berdua akan bertunang 2 minggu lagi dan akan berkahwin 2 bulan lagi.Setelah berkahwin,mereka pun hidup bahagia.Begitulah filem pendek kami..Kami berenam sangat gembira kerana projek itu telah siap.Danial merancang untuk membuat pesta kecil kecilan untuk meraikan filem ini di rumahnya pada malam ini.Tak ku sangka pesta itu sangat menarik.Kami berenam terpaksa tidur di sana kerana kepenatan.Esoknya aku dan 4 lagi sahabat aku pulang dari rumah Danial.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience