Rate

Bab 1

Short Story Series 1433

(Beberapa tahun dahulu)

"Abang! Abang nak makan tak! Adik bawak kan abang bubur ayam!" aku menegur abang aku yang berada di kerusi roda itu bersama senyuman semanis mungkin aku ciptakan untuk dia.

Abang membalas dengan senyuman lalu mengangguk. Aku faham. Abang aku bisu. Dia cacat. Sejak lahir, dia tak boleh berjalan.

Ibu dan ayah sentiasa memukul abang bila abang buat salah sedikit. Sentiasa juga menyuruh aku membenci abang, tapi aku tak boleh. Dia abang aku. Dia tua dua tahun dari aku.

Dia berumur 10 tahun dan aku 8 tahun. Aku sangat sayangkan abang aku. Kalau aku dah besar nanti, aku nak bawak abang aku jauh dari sini. Hanya dia dan aku saja. Aku sayangkan dia sebagai abang. Aku sangat sayangkan dia.

Abang yang sentiasa ada dengan aku saat kedua ibu bapa kami sibuk dengan kerja. Aku ada untuk abang. Aku sangat sayang kan abang. Sangat.

Cuitan abang aku itu menarik aku kembali ke realiti.

Dia membuat tangannya gaya 'Anora nak abang suapkan ke?'

Aku menoleh ke arah dia lalu duduk di tepi kerusi rodanya. Walaupun aku masih kecil tapi kata abang... Aku seperti sudah dewasa bila berfikir. Hehe.

"Naklah! Abang kan boyprend, Anora!" Aku memeluk lengan sasanya erat. "Raiden milik Anora seorang saja!" aku terus mencium pipinya sekilas.

Abang mencuit hidung aku sambil tersenyum. Abang... Aku merenung abang dalam... Abang.

"Jom makan! Abang suap, Anora dulu tau! Haa, tak suap siap abang!" Abang Raiden mengangguk lalu mencapai sudu dan mangkuk yang berisi bubur ayam dan dicedokkan sedikit lalu di suapkan ke dalam mulutku.

"Nyam-nyam! Sedapnya bila abang suap! Rasa aura sweet-sweet dari abang Anora yang handsome ni." Aku memuji abang.

Tiap hari... Aku akan memujinya. Tiap hari, kat mana pun aku berada, nama dia sentiasa ada dalam hati.

Abang Raiden Luth.

***
(7 tahun kemudian)

Aku menayangkan riak sombong di sekolah. Pandangan dingin aku hadiahkan pada mereka yang memandang aku. Pfft! Aku tak minat nak berkawan bahkan berlawan.

Bagi aku, disekolah... Semua takut dengan aku kerana ayah... Ayah guru silat yang terhadap di sini. Aku pun belajar silat dengan ayah, cuma aku suka moden kan gaya silat itu. Itu gaya aku.

Ramai juga yang cari gaduh dengan aku tanpa sebab... yang tu aku tak kisah tapi sampai nama abang aku di buruk buruk kan, kat situ juga aku bantai dia sampai mampus. Tak adalah sampai mampus sampai koma.

Cikgu tak berani ambik tindakkan kerana mereka tahu, kalau yang tak cari masalah dengan aku, aku takkan mulakan peperangan. Itu bukan cara aku. Orang nak burukkan nama aku pun tak apa. Tapi nama Raiden Luth! Jangan!

"Wey! Cacat lah dia!"

"Dia tak boleh bangunlah!"

"Buang bekal dia! Hahhahahahahha"

"Siapa ni? Tak pernah nampak pun dekat sekolah, dengan kerusi roda lagi. Eiuw, gelinya!"

"Hahahahahaha!"

Aku yang ternampak sekumpulan manusia pelajar sekolah ini dari satu arah terasa ingin menjenguk. Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati.

Sampai saja di situ semua manusia bagi aku laluan. Aku melangkah masuk ke dalam bulatan manusia itu. Saat itu, aku terkedu...

"Abang!"

Mula kedengaran manusia di sekeliling aku berbisik.

Kerusi roda terbalik, baju t-shirt yang aku belikan untuk abang tempoh hari habis kotor bekas tapak kaki. Tangannya juga lebam seperti dia kena buli!

Di bawah badannya ada satu tuppeware. Air mata aku hampir jatuh. Wajah abang berkerut menahan sakit. Aku terus membetulkan kerusi rodanya, dan mengangkat tubuhnya yang sasa itu ke atas kerusi roda.

Masih sakit pun dia masih menghulurkan aku bekal yang dibawanya untuk aku-- mungkin? Kerana dia sudah tak bersekolah.

"Abang..." terasa air mata aku bertakung sambil merenung abang.

Dia yang tak mampu berkata-kata hanya tersenyum kepada aku. Aku yang dah tak tahan melihat wajahnya terus menoleh ke arah semua pelajar yang mengelilingi kami. Baik perempuan baik lelaki dua-dua binatang! Baik senior baik junior mereka bawah tapak kaki aku saja kalau mereka sentuh abang aku!

"Siapa pukul abang aku?!"

Mereka saling berpandangan. Tak berani muncul kan diri.

"Baik salah sorang bagitahu sebelum semua aku rembat!" Aku merenung wajah setiap seorang mereka dengan tajam.

"1..."

"2..."

"Aku... dan Holland..." wajah Tom dan Holland aku pandang silih berganti. Aku memeluk tubuhku sendiri.

"Lagi?"

"Sally..." jawab Tom. Menyebut nama girlfriend dia. Aku tersenyum sinis.

Mataku beralih memandang Sally senior aku, berumur 15 tahun yang masih tak berganjak dari bulatan itu.

"Keluar... Sebelum aku sendiri yang heret kau keluar, Sally." aku menahan-nahan suara dari menengking.

Tiba-tiba terasa baju aku di cuit dari arah belakang. Aku terus menoleh, abang...

Dia menggeleng jangan lakukan. Ya, dia tahu apa akan aku lakukan pada sesiapa yang membuli abang.

Aku tersenyum lalu mengusap rambutnya. "Abang... Abang kena pukul dengan budak bodoh semua ni, biar Anora tolong balas,ok?" senyuman manis aku hadiahkan untuk abang sebelum senyuman aku bertukar jahat apabila tiga tubuh manusia yang sentiasa acah besar di sekolah ini berada dihadapan mata.

"Kenapa korang buli abang aku?"

"Ka-mi-- ta-k tahu yang tu abang kau..." Holland menjawab.

"What the hell korang tak tahu? Bukan korang selalu bercerita buruk pasal abang aku ke? Takkan tak kenal dia? Hrm?" aku menyoal dengan nada suara yang dibuat-buat comel.

Holland yang mendengar suara aku yang berubah itu terus mengangkat wajah saat itu aku mengambil kesempatan dengan menumbuk wajahnya kuat. Holland rebah ke lantai.

Kini aku pandang Tom dan Sally bergilir ganti. "Cis! Aku tak ada masa nak tanya orang bodoh macam korang berdua ni. Baik aku...."

Bam!

Pak!

Bam!

Bam!

Pak!

Krak!

Aku menggenggam penumbuk aku sendiri setelah selesai membelasah tiga manusia ini dengan pantas.

"Ingat semua, kau sentuh abang aku. Korang mati." tubuh mereka semua mengigil ketakutan. Aku terus menoleh ke arah abang dan menolak kerusi rodanya, berlalu pergi.

***

"Abang, kenapa abang datang sekolah, Anora? Abang tahu kan sekolah ni, sekolah pembuli?" aku menyoal abang sambil meletakkan ubat di luka wajah dan tangannya.

'Abang nak bagi Anora bekal je, Anora tertinggal bekal yang abang buat pagi tadi.'

Aku tersenyum kecil. "Tangan sakit pun nak banyak gerak lagi. Tapi tak apa. Terima kasih, abang. Sayang abang... Jom, Anora suap abang makan. Lepas ni, abang ikut jelah, Anora pergi sekolah. Nak?"

Wajah abang seperti terkejut.

'Cikgu Anora tak marah?'

"Pfft. Cikgu pun tak berani sentuh, Anora. Don't worry. Kesian abang duduk rumah sorang-sorang. Balik dari sekolah, Anora hari-hari belanja abang makan aiskrim!" aku menjatuhkan kepala aku pada bahunya.

"Sayangnya, Anora kat abang!"

Sejak hari itu, aku yang sentiasa malas mahu ke sekolah kerana mahu menemani abang dirumah menjadi rajin. Hari-hari abang akan ikut aku ke sekolah. Duduk di kelas aku, bersebelah tempat duduk dengan aku.

Cikgu-cikgu tak ada yang tanya. Tak sempat mereka bertanya, aku sudah tenung wajah mereka macam mahu tembus.

Sejak hari itu... abang suka belajar. Abang cepat tangkap. Aku sanggup heret dia kemana saja dengan kerusi rodanya. Aku sanggup.

Sampai satu masa, tiba-tiba abang tak mahu ke sekolah. Katanya, dia mahu berehat di rumah.

Aku hanya mengangguk faham, walaupun pada hari itu aku benar-benar rasa tidak sedap hati. Aku harus ke sekolah juga.

Di sekolah, aku sentiasa bayangkan abang di sebelah aku, sambil tersenyum adakala dia tertidur sambil menghadap aku.

Aku rindukan dia. Jam ditangan berkali-kali aku telek. Argh! Kenapa lambat sangat masa ni?!

Jam 12:30 aku tak tahan. Masa semua sedang sibuk berbual dan cikgu tak ada yang masuk kelas aku menyelinap keluar dari sekolah.

Aku tak tahan. Hati aku benar-benar gelisah sejak aku berangkat ke sekolah pagi tadi.

Sampai saja dirumah , aku mula pelik tatkala rumah bersepah. Sana-sini bersepah. Aku tak fikir panjang terus berlari masuk ke bilik abang... saat itu..

Aku... aku tak mampu berbicara. Kakiku kaku dihadapan pintu.

"Abang..."

Sebatang pisau tercacak di atas perutnya. Darah merah pekat mengalir keluar dari perutnya.

Air mata aku jatuh...

Tubuh abang kaku di atas katil. Abang...

Kaki aku tak boleh bergerak, aku cuba bergerak dengan cara menyeretkan tubuh ke arah katil abang.

Sampai dihadapan dia. Air mata aku makin lebat jatuh. Abang...

Pisau yang tercacak di atas perutnya aku cabut perlahan.

Wajahnya aku pegang.

"Abang! Bangunlah! Abang!"

Tiada gerakan. Tiada tindak balas.

Aku menunduk memandang lantai. "Abang!!!!!!!!"

Sejak hari itu, aku menjadi pendiam. Mak ayah yang cuba berkomusikasi dengan aku pun aku biarkan.

Masa abang ada mereka tak mahu bercakap dengan abang, masa abang pergi sibuk menangis sana sini.

Sejak itu, pisau yang menikam abang aku simpan tapi selepas polis buat siasatan dan tak tahu siapa yang membunuh abang jadi aku simpan. Bilik abang jadi bilik aku. Bilik aku jadi bilik babi.

Apa bila aku rindu abang, bajunya yang berada didalam almari aku hidu sepuasnya sambil menangis meratapi pemergian abang.

Abang...

Raiden Luth.

Mata hazel hijaunya, rambut perangnya, wajah pucat dan kacaknya aku akan ingat sampai bila-bila. Semua gambar abang aku simpan.

Abang...

Dan aku akan balas dendam atas kematian abang. Apa nak jadi, jadilah! Aku perlu siasat. Siapa... yang bunuh abang.

Aku akan hukum dia sampai dia rasa dia salah orang untuk dibunuh.

Maaf prolog panjang sangat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience