10

Romance Series 96821

“kenapa papa termenung? Papa cepatlah masak, Fia lapar ni?” desak Sofea bila melihat Danish masih termangu-mangu memandang telur dan roti dihadapannya. Danish tersentak, dipandangnya Sofea.

“papa tak tahu masaklah Fia, kita breakfeast kat kedai lah dulu ok? Makan roti canai nak?” pujuk Danish, penuh pengharapan agar Sofea bersetuju.

Anak kecil itu pantas menggeleng. Wajahnya tidak puas hati. “Fia tak nak, Fia nak roti telur macam mamacu masak juga,”bentak Sofea. Sudah ada aliran air jernih menuruni pipinya. Danish kalut, akur akhirnya dengan desakan sikecil. Sofea sudah tersenyum.

“Fia kenalah tolong papa, mula-mula mamacu buat apa?” Tanya Danish pada Sofea. Akhirnya siap jugalah roti telur yang diingini Sofea atas usaha mereka berdua walaupun pada permulaannya ada tiga keeping roti hangit… Danish tersenyum puas, akhirnya berjaya juga.

Matanya merenung ruang dapur, berselerak, ibarat dilanggar garuda. Pinggan mangkuk yang diguna penuh disingki, percikan minyak dan tumpahan telur penuh atas dapur. Sofea juga ikut memandang ruang dapur itu, teringat mamacunya tidak suka dapur yang berselerak dan kotor.

Eka memandang sekeliling, kepalanya masih lagi sakit. Digagahkan juga diri bangun. Cuba mengingati apa yang berlaku. Dia bingkas bangun bila fikirannya sudah mengingati apa yang berlaku. Mana Sofea? Haziq? Dia panic. Segera melangkah keluar dari bilik tidurnya. Kakinya melangkah ke ruang dapur apabila terdengan suara Sofea dan Danish dari ruang itu.

Eka hampir pengsan memandang ruang dapur yang berselerak, kelihatan Danish dan Sofea sedang berkejaran. Ada sisa-sisa telur di lantai. Sofea ketawa riang sambil tangannya membaling telur kearah papanya. Niat mereka untuk mengemas dapur menjadi sebaliknya pula. Eka beristifar dalam hati, kepalanya bertambah pusing bila memandang dapurnya. Tawa Sofea terhenti bila menyedari kehadiran mamacunya.

Danish yang kehairanan melihat reaksi Sofea turut memandang kearah yang sama. Terpaku. Matanya merenung wajah Eka yang kelihatan terkejut, wajah yang sedia pucat itu bertukar merah tiba-tiba. Geram. Manataknya, malam tadi dapurnya begitu bersih ditinggalkan dan kini……..

"eh, you.. dah sara... oppss dah.. ehh bila you bangun? I tak perasanpun," ujar Danish, serba salah apatah lagi bila melihat wajah Eka yang memerah, menahan marah mungkin. Sofea sudah bersembunyi di belakang papanya. takut dimarahi mamacu barangkali. Eka masih lagi mendiamkan diri. tidak tahu bagaimana untuk bereaksi, marah atau sebaliknya, yang pasti perasaannya berbaur saat itu, ada rasa marah, sedih dan bahagia... bahagia??? bahagia melihat kemesraan Sofea dan Danish.

sudah lama dia tidak melihat kemesraan yang begitu... ada rasa sayu tiba-tiba... bila terkenangkan keakraban Sofea dan walidnya... ada rasa rindu yang menggamit hatinya... Danish merenung wajah Eka yang sayu, dia menghampiri Eka. tanpa sedar Eka telah berada dalam pelukannya. menangis...

Eka menghamburkan segala kelukaannya selama ini. Sedih kehilangan Kak Lia dan Abang Razif, dan yang paling melukakan ialah dia telah kehilangan Rie. Tanpa niat dia telah melukakan lelaki itu, lelaki pertama yang bertakhta dihatinya, yang masih lagi dicintainya sehingga kini... dan mungkin juga selamanya......

Danish masih lagi diam, tidak tahu bagaimana nak memujuk Eka. Hairan, apa yang terjadi? mengapa Eka begitu sedih sekali... Sofea, terpinga-pinga bila melihat mamacunya menangis. Akhirnya, anak kecil itu turut menangis sama... rasa bersalah memenuhi ruang hatinya. mamacunya menangis kerana dia nakal barangkali, itu yang difikirnya. Danish semakin tidak tentu arah.

"Ehhh... papa..." tiba-tiba Sofea menghentikan tangisannya. dia merenung wajah mamacu dan papanya. mata anak kecil itu bersinar riang... Danish terpinga-pinga, Eka juga begitu. Hanya kedengaran esakannya. matanya turut memandang wajah Sofea yang tiba-tiba ketawa. kenapa??? Danish dan Eka terpinga-pinga.......

"Pia? kenapa ketawa tiba-tiba ni?" tanya Danish, Eka masih lagi dalam pelukannya, hanya tangisannya sahaja sudah reda. "mamacu dan comot, look papa... muka mamacu dah kena calit ngan telur... baju mamacu pun dah kotor..." pantas Danish memandang Eka, akhirnya dia turut ketawa melihat wajah Eka yang sudah comot.

Eka merenung Danish dan Sofea yang sedang ketawa. mukanya memerah kembali. geram... "dahlah tu... kalau Pia ketawa lagi mamacu tak nak kawan dengan Pia... tak nak masak lagi..." Eka pura-pura merajuk. pantas Sofea menghentikan tawanya. segera menghampiri mamacunya, reaksinya seperti takut-takut. Danish ketawa melihat aksi Sofea.

"mamacu, janganlah marah Pia... bukan Pia yang kotorkan dapur. papa yang ajak Pia main baling-baling telur. kalau mamacu nak marah, marah papa... kita denda papa suh kemas dapur k,"ujar Sofea dengan aksi manjanya. "apa pulak papa yang salah, Pia yang baling roti kat papa dulu... sape yang suh maak roti telur? Pia yang paksa papakan? jadi Pia yang salah tau..." ujar Danish, bibirnya memungcung.

pura-pura merajuk. Sofea serba salah, matanya merenung mamacu dan papanya.... siapa yang perlu diikutkan... Eka masih lagi buat muka selamba walaupun sudah sakit perutnya menahan tawa, lucu melihat wajah Sofea, ditambah lagi wajah Danish yang pura-pura merajuk. hilang macho lelaki itu...

Hampir dua jam masa diambil untuk mengemas dapur, Eka hanya memerhatikan sahaja Sofea dan Danish mengemas semula dapur. dia buat tidak tahu je. sedar-sedar, Danish dan Sofea sudah terbaring di ruang tamu. tertidur. Letih mengemas dapur agaknya. walaupun tidak sebersih biasa namun boleh diberi empat bintang atas kerajinan mereka berdua mengemas... dia membiarkan mereka tertidur di ruang tamu, manakala dia bersama-sama Haziq Amsyar tidur di bilik.

Boy berlari laju ke arah Baby yang menantinya. Dia baru mendapat khabar yang Baby akan berpindah, kemana?? dia tidak tahu. tiba-tiba sahaja Muzaffar memberitahunya. Baby merenung sayu wajah Boy yang masih tercungap-cungap dihadapannya. "Betulke baby nak pindah?"tanya Boy setelah nafasnya stabil kembali. huh..dia sendiri tidak sangka dia mampu berlari selaju itu.

Baby rakannya, mereka selalu bermain dan ke tadika bersama-sama. Baby sekadar mengangguk. dia turut sedih. sedih untuk meninggalkan Boy. "Kenapa? kenapa Baby nak tinggalkan Boy? Baby kan dah janji?" tanya Boy. matanya sudah berkaca, Baby sudahpun menangis. tak sampai hati melihat wajah Boy yang sedih itu. "mama dan papa nak pindah, Baby tak tahu kenapa. tapi Boy jangan sedih Baby janji tak akan lupakan Boy dan janji-janji kita," Baby terus memeluk Boy.

Hari ini mereka akan berpindah, mujur dia berjumpa Muzaffar, melalui Muzaffar dia titipkan pesan agar Boy berjumpa dengannya ditempat biasa. dan petang ini, petang terakhir mereka akan bersama. "Boy pun janji tak akan lupakan Baby dan janji kita..." ucap Boy. Baby tersenyum. tiba-tiba terdengar panggilan dari Along, dan mereka berpisah di situ, belalang dari daun kelapa yang dibuat Boy kejap dalam genggaman tangannya. matanya merenung sayu pada wajah Boy. begitu juga dengan Boy...

Baby janji Baby takkan lupakan Boy............

Boy janji Boy takkan lupakan Baby.........

Baby merenung lesu belalang yang dibuat dari daun kelapa itu. kenangan itu sentiasa hadir kala matanya terpandang belalang pemberian terakhir dari Boy sebelum mereka berpisah. Belalang itu di temui ketika mengemas stor beberapa minggu yang lalu. Boy maafkan Baby… tanpa sengaja Baby melupakan Boy dan janji-janji kita. Agaknya apa yang berlaku kini merupakan pembalasan pada Baby.

Masa yang berlalu menyebabkan Baby terleka dan bayangan Boy semakin hilang... hanya kini, baru Baby menjejaki semula teratak kenangan kita yang Baby simpan jauh di dasar hati sehinggakan Baby sendiri terlupa jalan menuju ke teratak kenangan kita itu. Maafkan Baby, Baby telah memungkiri segala janji-janji kita. Walau dimana Boy berada kini, Baby akan tetap mendoakan agar Boy bahagia selamanya.

Mungkin Boy juga sudah melupakan Baby, atau masih setia pada janji-janji kita… Baby harap Boy berbahagia. Maafkan Baby kerna tanpa sengaja telah menodai janji-janji kita… dan kini Baby telah menerima pembalasannya… Baby telah dilukai dan melukai hati orang yang paling Baby sayang… Boy melangkah riang memasuki pejabatnya. Langkahnya terhenti dihadapan setiausahanya yang sedang leka membuat sesuatu.

Bila melihat hasil yang terdampar diatas meja setiausahanya, dia terpaku. Hatinya teringatkan seseorang, seseorang yang telah lama dlupainya… Baby, bisiknya sendiri… setiausahanya terkejut melihatnya. Dia sekadar tersenyum hambar dan terus masuk ke biliknya. Pada setiausahanya dititipkan pesanan agar dia tidak diganggu. Kenangan lama itu hadir kembali.

Setelah lebih dari dua puluh tahun, nama itu hadir kembali. Baby…… dimanakah anak gadis comel itu sekarang? Tentu sudah dewasa dan mungkin juga sudah dimiliki orang lain… mungkin juga sudah menjadi ibu kepada anak-anak yang comel. Maafkan Boy, tanpa sedar Boy menodai janji-janji kita. Boy janji nak cari Baby bila Boy dah besar, tapi Boy tak lakukannya…

Boy biarkan masa berlalu dan nama Baby terus terpadam dalam diari hidup Boy sehingga kini, malah Boy telah serahkan hati ini pada orang lain…maafkan Boy… walau dimana Baby berada, tak kira apa yang berlaku, samaada Boy masih berada dalam ingatan Baby atau tidak, Boy doakan Baby bahagia… Masa terus berlalu, Eka semakin senang dengan kehidupannya kini walau sesekali kenangan bersama Rie tetap hadir menjengah kala dia kesunyian… namun dia sudah dapat menerima ketentuan takdir… jodohnya bukan bersama Rie… mereka hanya diketemukan untuk bercinta tapi bukan untuk bersama.

Danish juga semakin bertanggungjawab. Hari minggu sering dihabiskan bersama-sama Sofea dan Haziq, malah anak-anak itu makin rapat dengan lelaki itu. namun penerimaan ahli keluarga Danish masih lagi dingin, hanya bapa mertuanya sahaja menerimanya dengan tangan terbuka.

Haziq sudah pandai ketawa bila diagah, dia benar-benar bahagia melihat sikecil itu membesar. Adakalanya Sofea merungut bila dia lebih memberi perhatian pada Haziq berbandingnya. Dia hanya ketawa melihat gelagat Sofea yang merajuk bila dia tidak memperdulikannya. Akhirnya si kecil itu akan mengadu pada papanya.

Danish hanya membiarkan sahaja malah adakalanya menambahkan lagi rajuk Sofea apabila turut melebihkan si kecil dan akhirnya dia akan ketawa riang melihat gelagat Sofea dan Danish. Seperti biasa Sofea pasti mengadi pada mama di telefon, mama pula akan pura-pura memarahinya dan Danish dan tika itu Sofea akan ketawa riang. Ahhh betapa bahagianya melihat senyum tawa anak-anak itu… diarasakanm pengorbanannya selama ini berbaloi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience