Chapter 9

Romance Series 24277

BAB 9

“Assalamualaikum,boleh saya duduk sebelah awak? sapa pemuda yang melanggarku tadi.

“Eh, muka papan, tak malu nak duduk sebelah saya .Dah la tadi langgar saya pastu siap kutuk lagi” Aku membalas soalan pemuda itu dengan nada geram tetapi pemuda itu dengan selamba dan tanpa segan silu terus duduk di sebelahku. Aku hanya mendengus perlahan tanda protesku atas tindakan pemuda itu.

“Eh,engkau dah sampai pun. Ni aku perkenalkan kat kau Ieda, MD. IDWAN SAZMIL B. ASMADI merangkap roommate baru aku. Dia baru bertukar kat kampus kita semester ni” terang Darius kepada aku tentang pemuda yang duduk sebelahku.

“Hai, awak boleh panggil saya Wan je, sorry yea pasal langgar awak tadi.”pemuda itu pula bersuara. Mata kami saling bertentangan namun aku melarikan pandanganku ke arah lain kerana hatiku berdebar-debar tatkala melihat dengan lebih dekat matanya yang redup dan mengoda itu.

“Emm, yelah saya maapkan tapi awak kena terjun KLCC dulu la macam awak cakap tadi” sengaja aku mempermainkan Idwan.

Kini, sudah dua bulan aku menjalinkan hubungan dengan Idwan. Tidakku sangka bibit-bibit cinta kami bermula dengan perlanggaran yang tidak disengajakan. Kadang kala aku tersenyum sendirian mengenang detik itu. Takdir ILAHI yang Maha Kuasa mampu mencorak apa sahaja yang berlaku. Aku bersyukur ke hadrat ILAHI kerana aku ditemukan dengan Idwan. Dia memang seseorang pemuda yang baik hati, romantik, penuh kasih sayang, bersopan-santun dan amat setia. Ciri-ciri seorang kekasih yang diidam-idamkan oleh setiap insan memang ada pada Idwan. Bunyi nada dering kekasih gelapku dari telefon bimbit mengejutkan lamunanku.

” Assalamualaikum, hello ayang. Happy two month anniversery. Anje rasa bahagia sangat sekarang dan I really love you my smushipu”.Suara yang amat kurindui menelefonku. “Waalaikumsalam anje. Happy anniversary to you too. Ayang pun amat mencintai anje. Kasih dan sayang ayang tak kan berubah walau badai dan taufan mengganas datang melanda.Ayang amat berharap mahligai cinta yang kita bina akan berkekalan ke jinjang pelamin jua ke syurga kelak”aku pula bersuara.

” Wah, ayang anje ni bersastera yea ari ni. Insyaallah apa yang ayang impikan tu bakal memjadi realiti. Anje takkan sesekali mensia-siakan bakal isteri anje sorang ni.Ayang malam ini jumpa anje kat temapat biasa yea, anje rindu sangat kat ayang” Idwan mengajakku.

” Ok, malam ni pukul 8.45 kita jumpa kat tempat biasa yea sayang”jawabku.

“See you later ayang, Assalamualaikum and love you” Idwan mengakhiri perbualan.

Seperti yang dijanjikan tepat jam 8.45 malam aku ke food court atau lebih dikenali bentang di kalangan siswa dan siswi UITM JOHOR kampus Segamat untuk berjumpa sang kumbang yang menjadi pujaan hatiku.

Aku hanya mengenakan seluar trek berwarna biru gelap, t-shirt biru muda bercorak hati pemberian anje, serta tudung berwarna putih. Idwan pernah berkata kepadaku dia tidak begitu mementingkan soal pemakaianku, yang penting aurat dan maruah terjaga. Aku amat terharu di saat dia mengucapakan kata-kata itu padaku. Jam sudah menunjukkan 9.15 malam tapi kelibat anjeku tidak juga kelihatan. Sudah puas aku menelefonnya namun hampa kerana telefonnya dimatikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience