Rate

Terawang

Poetry Series 66

Start yoTertutup mata, hati telah hilang
Bagai burung yang gugur kuasa untuk terbang
Terawang, kaki tak jejak bumi, sayap tak sentuh angin —
Terapung antara tanah dan langit.

Sayap gagah jatuh, terlalu rapuh diratah angin —
kering tak berdaging.
Melayangkannya terawang-awang.
Ikut. Ikut. Ikut.
Kerana sakit; Melawan arus itu sakit.

Kuasa terbang telah hilang,
tapi gagah lagi untuk menentang
angin yang terang-terang bagi petunjuk;
Angkuh bertongkat paruh.

Silau mata melihat hijau,
Kilau permata di lubuk jauh,
Tertangkap sekadar bayang hitam;
Mata tertutup. Telinga terkambus.

Hati hilang. Minda melayang.
Dosa logika tak akan diampun.
Percaya? Terperdaya?
Di bawah sedar hidup-hidup kau ditipu.
Tanpa sedar, kau jadi penipu.
Menipu. Ditipu. Tertipu.
Menjadi penipu menipu penipu.
ur content...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience