Rate

Bab 1

Romance Series 4255

"Hanis, pergilah berehat." Hafiz, abang sulung Hanis mengarah.
"Hanis tak apa-apalah" Hanis terus menyambung kerjanya.

"Takpelah Hanis, biar abang yang buat kerja ni. Hanis pergi balik rumah jap. Atuk ada nak mintak tolong Hanis rasanya. Pergilah."
Hanis mengeluh perlahan. "Ok lah."

Hanis melangkah pulang ke rumah yang hanya beberapa meter saja dari gerai makan mereka. Hanis dan abangnya tinggal bersama-sama dengan atuk mereka. Ibubapa mereka sudah lama tiada. Jadi mereka hanya ada atuk, satu-satunya ahli keluarga mereka yang ada.

"Atuk ada nak mintak tolong Hanis?" Hanis bertanya lalu mendekati atuknya yang sedang berehat di kerusi malas.

"Hanis buat apa kat gerai?" Kata atuk sambil menggaru-garu kepalanya memikirkan sesuatu.
"Hanis kan baru je habis pembedahan. Hanis kena banyak berehat."

"Hanis dah sihatlah atuk. Hanis dah boleh buat kerja." Kata Hanis agak sebal.

Semenjak selesai pembedahan jantung, semua orang menjaga keadaannya supaya tak terlalu aktif. Seolah-olah Hanis masih lagi tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Hanis fikir setelah pembedahan itu selesai, mereka tidak akan terlalu risaukan Hanis lagi. Di mata keluarganya, Hanis masih lemah. Hanis harus diberi perhatian lagi.

Ibu Hanis meninggal dunia ketika Hanis berusia 13 tahun akibat menderita penyakit jantung. Hanis merasa dia seperti ditimpa sumpahan kerana neneknya juga menderita penyakit yang sama, dan menurun kepada ibunya ketika ibunya berumur 35 tahun.

Atuk dan abangnya berusaha untuk mengelakkan Hanis terkena penyakit yang sama namun setelah umur Hanis mencecah 23 tahun, Hanis mula menunjukkan tanda-tanda penyakit itu. Tetapi ahli keluarganya tidak putus harapan.

Mereka membawa Hanis pergi berjumpa doktor pakar terbaik untuk merawat jantung Hanis. Tetapi malangnya jantung Hanis tidak mampu untuk berfungsi dengan baik sehingga Hanis hampir kehilangan nyawanya.

Namun, berita baik untuk Hanis, doktor pakar memberitahu satu-satunya cara untuk selamatkan nyawa Hanis adalah dengan melakukan pembedahan pemindahan jantung. Sehingga kini, Hanis mampu bernyawa dengan bantuan jantung yang telah didermakan kepadanya. Hanis terkejut apabila atuk menarik hidungnya.

"Apa atuk ni? Main tarik hidung pulak."

"Kamu tu, atuk duk bersembang dengan kamu, boleh pulak kamu berkhayal ye?"

"Oh, yeke? Atuk cakap apa tadi?"

"Takde apalah."

"Takde apa pulak. Ok lah, Hanis nak keluar."

"Hanis nak keluar pergi mana?"

"Nak pergi ambik angin dekat taman"

"Nak atuk temankan Hanis?"

"Takpelah atuk. Hanis boleh pergi sendiri. Hanis kan dah besar."

Sebaik saja Hanis habis bercakap, kakinya tersadung di karpet dan hampir tersembam ke lantai. Hanis memandang atuknya yang sudah mengukir senyum sinis.

"Jangan ketawa." Hanis memberi amaran kepada atuknya.

"Hati-hati ye Hanis." Atuknya membalas.

Dengan segera Hanis meninggalkan atuknya yang sudah mahu tergelak. Lucu melihat telatah cucunya yang satu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience