Series
509
Di sebuah kerajaan di mana rakyatnya hidup dengan hasil bumi tanah yang subur. Sepanjang musim pasti ada hasil yang dituai buat mereka berkat dari sungai yang mengalir dari hutan yang lebat dan tebal yang terdapat di negara itu.
Namun, raja mereka. Raja Alatas tidak mempunyai seorang pun pewaris. Itu merunsingkan para rakyatnya dan yang paling utama adalah pemaisurinya yang sering dipersalahkan atas sebab itu. Ramai di antara para bangsawan sudah berangan bagi mengaturkan anak-anak mereka untuk mengisikan kekosongan bila Raja Alatas memerlukan pewaris kelak.
Pemaisuri Yaksha tidak mahu hal itu berlaku, dia mengarahkan dayangnya pergi mencari wanita yang tidak pasti asal usulnya untuk masuk ke istana dan menjayakan rancangannya untuk memberi pewaris kepada negara itu.
Raja Alatas yang terlampau sayang dengan wanita yang berparas jelita itu sampai tak mahu berpisah dengannya, sampaikan Raja Alatas tersebut membawa gundik kesayanganya itu ke mana saja. Walaupun dia harus dibawa ke medan perang.
Sampailah satu hari, permaisuri akhirnya hamil dengan atas segala usahanya selama ini. Dalam masa yang sama, dia tahu yang gundik pilihannya itu juga sedang hamil dan akan melahirkan bayinya dalam masa terdekat.
Pemaisuri merasakan anak yang ada di dalam kandungan gundik itu tak patut dilahirkan, hanya dia yang akan melahirkan pewaris negara itu. Pemaisuri menemui seorang bijaksana yang dikatakan mampu meramal masa depan.
“Bunuh perempuan itu dan segala keturunannya!” titah dari pemaisuri, setelah melihat ramalan masa depan oleh lelaki bijaksana itu.
Di malam yang kelam dan juga hujan ribut di luar istana, gundik kesayangan raja itu diculik keluar secara sembunyi. Pada malam itu juga Raja Alatas sedang bersama dengan para pembesarnya, tak sedar gundiknya dilarikan dari istana.
“Tunggu… aku mohon, kasihani aku.” rintih Heera, kesakitan diseret keluar. Perutnya yang terasa amat sakit tak dapat ditanggung lagi. Heera menangis sepanjang jalan.
“Diam! Kami tak kan bunuh kamu. Cukup kamu pergi dari istana. Jangan muncul lagi di istana.” Lelaki yang mengheret Heera melepaskan Heera di tanah yang berlumpur, kerana hujan deras pada malam itu.
“Kasihani aku!” Jerit Heera merintih kesakitan.
“Apa yang perlu kita buat?” soal seorang lagi, dia yang ketakutan tak mahu dihukum bunuh. Dia juga takut untuk membunuh.
“Tinggalkan dia, Yehuda akan uruskan nanti.”
“Ti… ti..tinggalkan?” gagap lelaki itu bercakap. Di dalam keadaan hujan ribut ini, tinggalkan wanita itu sendirian.
“Kita pergi sekarang.” Rakannya ditarik dan mereka berjalan pergi.
“Tung…gu,” rintih Heera melaung memanggil dua lelaki yang semakin lama semakin hilang dia dalam kelam malam.
Yehuda? Siapa? Adakah lelaki itu akan membantunya…
baru nk cuba2
Share this novel