BAB 5

Crime Completed 2238

“Syabas, Al! Mulai saat ini, kamu menjadi Sicarios dan menyandang julukan Silencio Asesino (Silent Killer)” ujar Sebastian yang begitu gembira, tak lama kemudia Sebastian memberikan pekukan hangat dan mengajak pengikutnya bersorak bagi menyambut kedatangan Al-Ghazali dalam kartel mereka.

Sejak dari hari itu, Al-Ghazali tidak lagi diburu Geng Xavier dan Kartel Miguel. Pihak berkuasa bandar Juarez dan polis Federal sudah disogok oleh kartel Marlon agar berhenti menjejaki Al-Ghazali, meminta hitman mereka itu dibiarkan saja bebas.

Dan semenjak insiden itu, hubungan di antara Al-Ghazali dan Anika juga semakin rapat. Al-Ghazali sering mengajaknya berkencan siang dan malam jika ada kelapangan.

“Terima kasih ya Al-Ghazali, kau dah banyak tolong aku selama ni terutamanya menyelamatkan aku dari cengkaman Diego yang cemburu buta dan pendera. Jika kau tak ada hari itu aku pasti aku sudah mati di tangan Diego,”

“Usah dikenang lagi, sudah itu menjadi tanggungjawab ku untuk membantu orang yang dalam kesusahan. Sebenarnya aku ingin beritahu pada kau bahawa selama ini aku menaruh hati pada kau. Aku tak tahu sejak bila perasaan ini datang tapi aku tak pernah menyukai gadis lain sepertimana aku menyukai kau.”

“Aku sangat terharu mendengarnya Al-Ghazali, tak sangka kau suka pada aku padahal ada lebuuh ramai gadis lain yang lebih cantik untuk kau miliki,” jawab Anika tertunduk malu.

“Jangan cakap begitu Anika, aku sukakan kau. SUdikah kau jadi kekasihku?” tanya Al-Ghazali.

“Ya, aku setuju.” jawab Anika mengangguk berulang kali tanda setuju beserta senyuman yang sekali lagi meluluhkan jiwa Al-Ghazali.

Tidak lama kemudian, dari tingkap Restoran itu kelihatan sekumpulan pemuda dengan gerak-geri yang mencurigakan. Tak semena-mena mereka mengeluarkan pistol dan mula menembak ke arah Al-Ghazali. Namun mereka gagal,

Al-Ghazali segera memeluk Anika lalu menundukkan diri cuba melindungi diri mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience