Series
105
Setahun telah berlalu, tiga orang bekas penjenayah iaitu Khai, Naz dan Mat telah bekerja sebagai perisik kerajaan bagi mengelakkan sebarang jenayah berlaku. Seperti yang telah berlaku, Berlian Cleopatra telah dicuri oleh kumpulan perompak handal dari Amerika Syarikat iaitu Roseline Love.
Mereka kelihatan semakin berkarisma denga sut perisik yang membuat mereka kelihatan kacak. Mereka berjalan menuju ke bilik mesyuarat. Kali ini ada mesyuarat tergempar daripada ketua pengarah kerana ada sesuatu berlaku pada negara.
"Seperti yang kamu semua tahu, tujuan saya memanggil kamu bermesyuarat adalah untuk memaklumkan sesuatu yang berkaitan dengan negara kita. Perkara ini dikhuatiri akan menjejaskan kedaulatan negara kita memandangkan khazanah kita telah dicuri. Ya. Berlian Cleopatra dicuri sekali lagi. Dan dipercayai ia telah sampai ke Amerika Syarikat. Jadi kita telah kesuntukan masa untuk berpeluk tubuh. Jadi saya akan gerakkan unit-unit risikan kita ke sana. Khai, Naz dan Mat, kamu bertiga akan menjadi ketua kepada unit kamu. Kita akan bekerjasama dengan FBI di sana bagi memudahkan lagi usaha pencarian berlian tersebut. Semoga berjaya."
....................................................................
"Wow! Tak sangka kita akan cari balik berlian tu. Serius aku takleh nak move on dengan apa yang dah berlaku tahun lepas." kata Mat.
"Tapi aku hairanlah. Kenapa berlian tu kena curi balik erk? Ada benda tak kena ni?" ujar Naz.
"Itu aku tak pasti. Yang pastinya orang tu bukanlah orang yang sama dengan time kita tangkap tu." jawab Khai.
"Betul tu. Padahal kumpulan Roseline Love dah lama tumpas. Ni mesti orang lain yang curi ni." kata Mat.
"Aku dah buat research tadi. Berlian Cleopatra tu memang selalu menjadi buruan dunia kerana nilainya amat tinggi. Sebab tulah berlian ni selalu sangat hilang." kata Naz.
"Itu tak penting. Sekarang ni kita kena dapatkan banyak maklumat pasal lokasi persembunyian perompak tu. Dan yang paling penting, kita kena cari tahu mana berlian tu disorokkan." ujar Khai.
....................................................................
LAS VEGAS, AMERIKA SYARIKAT...
"Sir, we've got an information for you."
"What it is? Malaysian Government found out about the diamond. Soon they will take an action to catch us."
"So what? I know that they will find that diamond. What should we do is, beware to their spy. I heard that they have their official spy."
"Yes sir. I will inform to our team to be careful. Excuse me."
"Huh! Horshit! How could they hired spy ro find Cleopatra's Diamond? You will never caught me and take back your diamond. Never!"
Lelaki tersebut ialah Edward Robinson, ketua mafia "C'est La Vie". Dikatakan ia adalah mafia paling digeruni di Amerika Syarikat. Kegerunan penduduk disebabkan oleh mereka amat handal dalam mencuri dan merompak. Mereka juga mengedar dadah ke seluruh Amerika melalui pembekal di setiap bandar-bandar utama seperti Los Angeles, New York, Massachusetts, Boston, San Francisco, California, Florida dan lain-lain. Oleh itu, mereka menjadi buruan polis di seluruh dunia disebabkan jenayah lampau mereka yang telah menjejaskan imej Amerika di mata dunia. Bagaimanakah mereka ini dapat menumpaskan sindiket dadah dan jenayah rompak "C'est La Vie"?
....................................................................
"So, aku dah dapat info tentang penjenayah tersebut. Nama kumpulan mereka C'est La Vie. Doramg ni memang mafia tersohor seluruh dunia. Terlalu banyak kes jenayah dorang macam rompakan besar-besaran dan pengedaran dadah." ujar Khai yang kelihatan hebat menerangkan secara terperinci maklumat tersebut.
"So, what should we do? Mereka ni bukan calang-calang orang. Bila-bila masa dorang boleh kalahkan kita. Pengikut mereka ramai di serata dunia."
"Sebab tulah kita kena plan elok-elok. Mafia ni memang berbahaya. Kalau kita tersilap langkah, buruk padahnya."
"But, mana berlian tu disorok?"
"Las Vegas. So kita akan ke sana esok. Apa yang perlu kita buat adalah be ready for any risk."
"Baiklah. Kami akan sedia asalkan berlian tu dapat dikembalikan ke Malaysia."
"Meeting done. Semua boleh bersurai."
"Thank you tuan."
Share this novel