ABD 41: YOU ARE MY SWEETEST DREAM

Romance Completed 1572856

"Eryna atau Balqis? Adam kata Balqis yang belikan makanan untuk awak. Saya ada bukti untuk hukum Balqis. Tapi saya tak ada bukti untuk hukum Eryna. Awak tak jawab, awak tahulah macam mana nasib kawan baik awak tu."

"Please stop it, Adrian!"

"Eryna atau Balqis?"

Miya tertawa sinis, membuat wajah Adria berkerut dalam. Tertanya-tanya, apa yang lucu sehingga Miya tertawa.

“Deep inside here…” Lurus telunjuk Miya menekan dada Adrian. “…I’m sure you already have the answer.”

Adrian terdiam. Ditatap lekat wajah Miya yang juga sedang menatapnya dengan mata berkaca.

“Awak kata awak akan percaya semua jawapan saya. But the point is, awak bukan nak percaya pada saya, tapi awak masih tak nak percaya DIA yang buat. Am I right?” Sengaja Miya menekan suaranya saat menyebut dia.

Adrian masih tidak bersuara. Turun naik halkum menelan ludah tanpa mengalihkan tatapannya daripada wajah Miya.

“Am I right?” Miya mengulangi pertanyaannya. Antara kedengaran dengan tidak saja suaranya, tenggelam dalam tangis yang cuba ditahan.

“You’re wrong. I trust you. I trust you more than I trust myself.”

Giliran Miya pula kelu dan terkedu.

“You know why?” Adrian menjedakan kalimatnya, memberi ruang kepada Miya untuk mentafsir, walaupun dia tahu Miya tidak akan berkata apa-apa. “…because I love you more than myself.”

Tangan Miya terkepal. Kolam mata yang bergenang akhirnya melimpah, mengalir turun ke pipinya. Bergetar bibirnya, tidak mampu bersuara.

“Thank you. Sekarang saya dah dapat jawapan dan saya takkan teragak-agak untuk bertindak.” Adrian berlalu sesudah mengatakan itu. Dia sudah dapat jawapannya tanpa perlu Miya menjawab ya atau tidak.

Kaku, Miya menghantar kepergian Adrian itu dengan anak matanya. Dipandang langkah sigap Adrian sehingga lelaki itu hilang di sebalik pintu lif.

“…because I love you more than myself.” Kata-kata Adrian itu terngiang-ngiang di telinga Miya.

Sehingga dia berbaring di sebelah Lora, memaksa matanya untuk tidur, kata-kata itu masih berdenging-denging merenggut ketenangannya.

Apa Adrian sudah melupakan cintanya pada Dahlia? Atau luahan itu tadi tidak lebih hanya rasa ingin memiliki sesuatu yang sudah terlepas darinya? Atau Adrian hanya mahu dia kekal demi Lora?

Entahlah…Sukar untuk dia menebak apa yang ada dalam hati Adrian. Apatah lagi luahan lelaki itu tadi bertolak jauh daripada layanan yang diberi semasa mereka masih suami isteri.

Apakah mungkin ada kemungkinan manusia boleh berubah dengan hanya satu malam? Apa sebegitu cepat rasa cinta tumbuh dalam hati Adrian untuknya, ketika suatu ketika dulu lelaki itu dengan lantang dan tidak pernah jemu mengingatkan cintanya hanya untuk Dahlia?

Membuang nafas, Miya memusingkan tubuhnya mengadap Lora yang sudah lama dibuai mimpi. Entah apa yang ada pada wajah Lora, namun menatap anak yang bersih dari sebarang dosa itu membuatnya sedikit tenang.

Jujurnya dia tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi dengan luahan Adrian. Ada rasa ragu, tetapi pada masa yang sama ada sedikit rasa mahu percaya. Namun rasa sangsi lebih mendominasi akal rasionalnya membuat dia menolak rasa mahu percaya itu.

Biarlah masa yang menentukan kerana hingga detik ini, dia masih belum yakin dengan keikhlasan Adrian.

MIYA sedang meneliti emel di komputer apabila bunyi notifikasi mesej mengganggu konsentrasinya. Tanpa mengalihkan fokus dari skrin komputer, dia mencapai telefon di hujung meja. Geser skrin, dia membuka aplikasi WhatsApp.

Melihat nama Adrian, Miya sempat ragu-ragu sama ada mahu membaca mesej itu atau tidak. Namun mengingat sejak mereka bercerai, Adrian tidak pernah menghantar mesej kepadanya kecuali jika ada perkara terlalu penting, dia menekan juga mesej yang dihantar itu.

Mama ajak kita dinner rumah dia hujung minggu ni. She didn’t expect refusal. -Adrian-

Tercenung Miya sejenak membaca mesej Adrian itu. Andai menolak, dia bimbang akan mengecewakan PS Bethanie. Wanita itu melayannya dengan baik selama dia menjadi isteri Adrian. Mahu menerima, dia sebolehnya tidak mahu terlalu kerap bertemu Adrian, apatah lagi rapat dengan keluarganya. Semakin hampir dengan tamat iddah, semakin dia ingin jauh daripada Adrian walaupun sehingga detik ini dia masih tidak menemui jalan untuk menjauhi Lora.

Ketika dia masih berfikir-fikir, dering telefonnya membuat dia tersentak. Dipandang skrin telefon. Desah lelah lolos dari bibirnya apabila melihat nama PS Bethanie berkelip di sana. Dia sudah boleh mengagak tujuan wanita itu menelefon.

Menarik nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan, dia menjawab panggilan itu.

“Hallo mama.”

“Hallo Miya. Are you busy?”

“Tak jugak. Ada apa ma?”

“Weekend ni datang rumah mama ya? Kita dinner sama-sama. Dah lama family kita tak berkumpul.”

Klausa ‘family kita’ itu membuat Miya terkedu. Ada rasa hangat mengalir saat mendengarnya dari mulut PS Bethanie. Terasa dia sangat dialu-alukan di dalam keluarga itu meskipun hakikatnya dia bukan lagi isteri Adrian.

“Kita jumpa weekend ni ya Miya.”

“Erkk..o..okay ma…” Tidak sampai hati menolak permintaan PS Bethanie, Miya akhirnya bersetuju, walaupun tidak sepenuh hati.

“Okaylah. Mama nak call Adam pulak. Dia tu susah sikit. Suka cari alasan. Bye Miya.”

“Bye.”

Menatap skrin telefonnya, Miya mengeluh berat. Sampai bila harus seperti ini? Dia mahu jauh daripada Adrian, tetapi semakin hampir dengan tamatnya iddah, kakinya bagai diseret terus mendekat.

Apa dia sepatutnya berterus terang dengan keluarga Adrian tentang perceraian mereka?

Ya, sepertinya itu jalan terbaik supaya dia tidak terus terperangkap dalam perasaan serba-salah seperti ini lagi.

HUJUNG minggu itu, Adrian menjemput Miya dan ke Lora untuk makan malam di rumah mamanya. Sunyi dan hening sepanjang perjalanan kerana tiada sesiapa antara mereka yang bersuara. Hanya sesekali Adrian atau Miya akan merespon pertanyaan atau percakapan Lora.

Bukan Adrian tidak mahu berbicara, namun melihat kedinginan Miya membuat dia mengurungkan niatnya. Beberapa kali dia membuka mulutnya mahu memulakan perbualan, tetapi entah kenapa suaranya bagai tersekat di rengkungan. Sejak akhir-akhir ini kawasan broca dalam otaknya seperti mengalami kerosakan sehingga dia hilang keupayaan untuk bertutur. Anehnya kerosakan itu hanya berlaku jika dia berdepan dengan Miya.

“Kenapa daddy dengan omma tak bercakap?”

Pertanyaan Lora itu membuat Miya yang membuang pandang ke luar dan Adrian yang sedang fokus memandu, bertatapan sejenak.

“We must learn not to talk too much,” ujar Miya bersahaja.

“Why?” tanya Lora.

“One who talks too much makes the most mistakes.”

Adrian berdeham apabila air liurnya terasa tersekat di kerongkong mendengar kata-kata Miya. Apa Miya memerlinya. Jika tidak, mengapa dia rasa tersindir?

“But the biggest mistake is not talking about what we really feel.” Adrian membalas, tidak mahu kalah.

Miya mahu menjawab, namun Adrian nampaknya tidak mahu memberi celah. “Diam dan membiarkan orang buat andaian sendiri takkan buat keadaan jadi lebih baik. Jalan yang sepatutnya lurus dah jadi kusut dan bersimpang siur.”

“Jalan tu lurus je, tapi pemandunya yang buta.”

Terkedu Adrian tidak mampu membalas. Namun otaknya tetap ligat mencari idea mahu menjawab serangan Miya itu.

“Bukan buta. But the driver suffered from a condition called amaurusis fugax.”

“What is it?” Lora yang mendengar perbualan omma dan daddynya itu menyampuk.

“Hilang penglihatan sementara dalam tempoh beberapa minit macam tu, due to the lack of blood flow to the retina of the eye.”

Tiada balasan daripada Miya ataupun Lora membuat Adrian menyambung: “We will feel as if something is covering our eyes.”

“Something that we call ego and arrogant.” Miya menyambung.

“That’s right.” Adrian menyokong. “Bila pemandu tu dah turunkan ego dan bertanya jalan, orang yang ditanya tu tak nak jawab. She was like…Padan muka, dulu aku nak tunjuk jalan, kau sombong.”

Adrian mengulum senyum melihat jelingan tajam Miya yang kembali membuang pandang ke luar.

“The driver needs to learn that his previous actions do affect her. Mungkin masa pemandu tu hilang penglihatan sementara, cara pemanduan dia buat perempuan tu hampir mati. Entah-entah perempuan tu dah remuk, hancur, relai, berkecai, berderai kena langgar. Jadi janganlah salahkan perempuan tu kalau dia diam. Mungkin bukan sebab dia tak nak jawab, tapi dia tak boleh jawab. Sebab dia dah mati.”

“Tak fahamlah omma dengan daddy cakap apa.” Keluhan Lora itu membuat Miya dan Adrian tidak lagi bersuara. Hanya kesunyian yang menyelubungi sehingga mereka sampai di kediaman PS Bethanie.

Lora segera berlari masuk ke dalam rumah sebaik sahaja Adrian menurunkannya dari kereta. Sementara Adrian, melebarkan langkah mendekati Miya lantas menyambar tangan bekas isterinya itu. Menautkan jemari mereka, dia tidak mempedulikan Miya yang sedikit memberontak cuba melepaskan tangannya.

“Saya cuma nak ingatkan…” Dengan nada berbisik, Adrian menekan suaranya. Bibirnya sengaja didekatkan ke telinga Miya. “…awak masih dalam iddah dan rujuk tu di tangan saya.”

“So?”

“Try me, Miya. Saya tak pernah gagal dapat apa yang saya nak.”

Miya diam. Malas berbalah setelah melihat kelibat PS Bethanie di pintu utama, menyambut kedatangan mereka dengan senyum ramah.

“Miya…” Tidak menyapa Adrian, PS Bethanie menarik Miya supaya beriringan dengannya menuju ke ruang makan.

Tingkah mamanya itu membuat Adrian mendengus sebal. Terasa seperti dia pula menantu dan Miya itu anak mamanya. Ya, bukan sekadar menantu, tetapi menantu tidak dianggap. Kasihan.

“Kita senasib.” Adam yang mungkin baru sampai, tiba-tiba muncul lantas melingkarkan tangan ke bahunya. “I anak angkat papa, you anak angkat mama.”

Adrian malas melayan. “You dah tak tinggal kat sini?”

“Yup. Papa kicked me out of this house.” Sengaja Adam mahu mengusik TS Alexander yang baru menuruni anak tangga terakhir menuju ke ruang makan.

“I expelled you from the list of beneficiaries of the inheritance as well,” balas TS Alexander, membuat Adrian tertawa.

“So semua harta papa akan jadi milik I? Oh God bless Adrian Liew,” ujar Adrian.

“Bukan you. Tapi anak you. Kalau Miya lahirkan anak lelaki, 15% shares dalam AV will be his and 5% for Miya,” ujar TS Alexander.
Kata-kata TS Alexander membuat seketika tubuh Adrian membeku. Terbantut seketika hasratnya yang baru mahu melabuhkan duduk. Dilirik Miya yang juga nampak tergamam.

“Kalau anak perempuan, tak ada nilai?” PS Bethanie tiba-tiba menyampuk.

“Anak perempuan 10% and Miya tetap akan dapat 5% as a form of appreciation kerana melahirkan anak untuk keluarga Liew.”

Adrian masih diam. Begitu juga Miya. Masing-masing hanyut dengan lamunan yang sama. Pil gugur itu kemungkinan akan membuatkan Miya tidak mampu mengandung lagi. Tidak seratus peratus pasti, tetapi itulah kata doktor.

Mengingat itu, membuat dada Adrian berdenyut nyeri. Jika benar itu berlaku, dia tidak risau akan saham 15%, 10% atau 5% itu. Tetapi dia bimbang perkara itu akan menjauhkan Miya darinya. Miya menganggap dialah puncanya dan sehingga detik ini dia sedar Miya masih menyalahkannya atas keguguran itu. Malah dia yakin Miya tidak akan teragak-agak untuk meninggalkannya tanpa mengharapkan satu persen pun daripada saham yang dijanjikan itu.

“Tak perlu tergesa-gesa. Take as much time as you want.” TS Alexander menyambung apabila melihat Adrian dan Miya tidak merespon kata-katanya.

“Ya.” Miya mengangguk dengan senyum nipis. Sedang Adrian masih diam tanpa sepatah kata.

“Apa kata Miya ambik cuti and ikut kita pergi Bahamas.” PS Bethanie memberi cadangan. Ketika itu mereka mula menjamah hidangan pembuka iaitu bruschetta, potongan roti panggang dengan olesan bawang putih, minyak zaitun, dilengkapi dengan potongan sayur dan daging lembu cincang.

Belum sempat Miya mencerna kata-kata ibu mentuanya itu, TS Alexander pula bersuara menyetujui.

“Good idea. Hari Ahad ni papa, mama, Adrian nak ke Bahamas. Acassia Villa plans to buy a hotel on Nassau Island, Bahamas. So next week kita kena jumpa lawyer untuk bincang tentang pembelian dan pengambil alihan.”

“Sambil teman Adrian, Miya boleh bercuti. Sementara Papa dengan Adrian selesaikan kerja, kita boleh hang out together. Meeting with the lawyers mungkin satu dua hari je. Lepas tu Miya dengan Adrian boleh spend time sama-sama. Consider this as your honeymoon. Lepas kahwin hari tu tak honeymoon kan?” PS Bethanie pula menimpali kata-kata suaminya, tidak memberi celah untuk Miya menolak atau membantah.

“Sebenarnya…Miya banyak kerja seminggu dua ni sebab…”

“Miya…Your husband is the boss and your brother-in-law is one of your subordinate. Use them.”

Berkerut wajah Adrian dan Adam memandang ibu mereka. Use them. Tidakkah itu bunyinya terlalu kejam?

“Adrian boleh approve cuti Miya and Adam boleh tolong selesaikan Miya. Easy, right?”

“Tapi…” Miya mahu menolak, namun suara Adam menahannya.

“Wait a minute.” Adam mengangkat satu tangan, meminta ruang untuk dia bersuara.
“I kena selesaikan kerja Miya? Means that I tak diajak bercuti ke Bahamas?”

“As what?” soal TS Alexander.

Terkedip-kedip mata Adam tidak tahu harus menjawab apa.

“You are not the boss, not even the member of the board, and nobody knows you’re my son. Nanti apa kata orang kalau you ambik cuti seminggu untuk berseronok di Bahamas?” TS Alexander dengan nada memerli.

“But I ada cuti tahunan.”

“I akan pastikan cuti you tak diluluskan,” kata Adrian.

“Aiya biarlah dia ikut. At least ada orang tolong ambilkan gambar, tolong bawak paper bag mama. So tak payah bawak maid.”

Semakin sebal Adam dengan jawapan mamanya. Dia diajak ke Bahamas hanya sebagai pengganti maid? Serius? Ah, benar-benar terasa seperti anak pungut saja.

“Tapi Miya tak boleh ikut.” Miya bersuara menarik perhatian semua yang berada di meja itu ke arahnya.

Adrian turut menoleh; memandang Miya di sampingnya dengan dada berdetak hebat. Bimbang Miya akan memberitahu tentang perceraian mereka di depan mama dan papanya.

“Kenapa? Don’t worry about your work. Bukan selalu kan Miya cuti? Lagipun accompany our husband for a business trip is one of our responsibility,” ujar PS Bethanie.

Miya masih nampak keberatan, membuat Adrian bertindak menggenggam tangannya, meramasnya lembut dengan jelingan seolah mengingatkan Miya tentang amarannya sebelum mereka melangkah masuk ke villa tadi.

Faham akan maksud perlakuan Adrian itu, membuat Miya akhirnya mengangguk setuju walaupun dalam hati mendongkol dengan rasa geram.

SEPANJANG jalan pulang, Miya terus mendiamkan diri. Masih marah kerana Adrian seperti sengaja menyokong cadangan PS Bethanie supaya dia turut serta ke Bahamas. Sepatutnya Adrian menegah kerana lelaki itu tahu bagaimana status mereka sekarang.

“I’m sorry…” Adrian akhirnya bersuara terlebih dahulu.

“Senang kan. Buat salah lepas tu mintak maaf.”

“Saya tak buat salah.”

Pening Miya dengan bicara Adrian yang berbelit-belit. Tidak buat salah, jadi I’m sorry yang diucapkannya tadi untuk apa? Senaman lidah yang sudah lama menjunjung ego dan tidak pernah berasa salah?

Namun Miya malas berkata apa-apa. Percuma berdebat dengan manusia seperti Adrian yang berhujung dia sakit kepala dan susah tidur.

“Saya tahu awak tak nak pergi Bahamas. Tapi sekali ni je kita gembirakan mama. Dulu dia pernah ajak Dahlia bercuti sama-sama ke Maldives. Mulanya Dahlia setuju, tapi bila dah dekat dengan tarikh tu, Dahlia tiba-tiba cancelled. Bukan dia je, Lora pun dia tak bagi ikut. Bila dia dan Lora tak ikut, takkan saya nak ikut. Lepas tu mama macam merajuk dan renggang dengan saya. Dia tak tegur saya berminggu-minggu. Saya call, mesej, dia tak jawab. Saya datang rumah dia pun dia tak keluar, tak nak jumpa saya. Sampailah birthday saya, baru dia hantar mesej happy birthday. Tapi setakat tu je. Tak ada surprise macam selalu, tak ada hadiah, dan tak ada ucapan panjang-panjang yang selalu dia tulis untuk saya.”

Miya masih diam. Ingin dia bertanya mengapa Dahlia enggan berbaik dengan PS Bethanie sedangkan mentuanya itu seorang wanita yang baik. Tidak keterlaluan jika dia mengatakan PS Bethanie itu adalah mentua idaman semua menantu.

“Even awak marah dengan saya, saya harap awak boleh buat demi mama.”

DEMI PS Bethanie, akhirnya di sinilah Miya. Di dalam pesawat peribadi milik TS Alexander bersedia untuk berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Nassau. Kagum sejenak Miya melihat kemewahan pesawat peribadi itu. Tidak seperti pesawat, tetapi kelihatan seperti sebuah kediaman. Ada ruang santai yang dilengkapi sofa kulit berwarna putih dan juga TV. Tempat duduknya saling berhadapan dengan sebuah meja berwarna coklat tua daripada kayu mahoni di tengah-tengah. Benar-benar tidak pernah terlintas dalam imaginasi Miya untuk menaiki pesawat mewah ini.

Sejam pertama penerbangan, PS Bethanie sibuk bercerita perancangannya setelah tiba di Nassau nanti.

“Do you like art?” tanya PS Bethanie. Ketika itu mereka bersantai di sofa sambil menikmati hidangan ringan yang baru disajikan oleh pembantu penerbangan.

“Sort of…”

“Nassau ada galeri seni. Nanti kita pergi tengok. Actually banyak aktiviti boleh buat dekat Nassau tapi Adrian suruh tunggu dia. Menyampah betul.”

“I heard it.” Adrian yang sedang menaip sesuatu pada Mac Booknya bersuara dari arah tempat duduk di belakang mereka.

PS Bethanie terkekeh. Miya pula tersenyum.

“I boleh bawak you pergi cruising, snorkeling, and the best part is kita boleh tengok dolphin,” ujar Adam.

“Hei, you bawak mama. I bawak Miya,” sampuk Adrian.

“Papa yang bawak mama. Adam tolong jaga barang dekat bot,” ujar TS Alexander.

Lagi-lagi Adam menyengir sebal. Papa masih belum habis marah dengannya kerana enggan membantu Adrian menguruskan DayMond. Dia bukan tidak mahu, tetapi dia belum bersedia. Biarlah dia belajar dari bawah dahulu. Tetapi entah kenapa orang tuanya itu tidak mahu faham.

“Yang Adam sebut tadi tu dekat Blue Lagoon Island. Nanti kita pergi. Tempat shopping tak banyak sangat sebab pulau kan. Tapi kalau nak shopping, nanti kita boleh plan ke Paris or London. Tokyo pun okay. Kita dua je. No husband. How is it?”

“Ermmm…” Teragak-agak Miya mahu menjawab. Jika dia masih isteri Adrian, tentu dia dengan senang hati menerima pelawaan itu.

“Adrian, you’ve got no problem with it right?” Yakin sahaja PS Bethanie yang Adrian mendengar perbualannya dengan Miya.

“Erk…Yeah sure.”

PS Bethanie tersenyum, senang dengan jawapan Adrian tanpa dia tahu konflik sebenar yang sedang berlaku dalam rumah tangga anaknya. Namun, daripada cerita Lora dia mendapat tahu Miya dan Adrian sudah lama tidak serumah. Sukar untuk percaya, namun melihat interaksi Adrian dan Miya yang nampak canggung ketika makan malam tempoh hari, membuat dia nekad untuk melakukan sesuatu. Idea mengajak Miya ke Bahamas tiba-tiba saja muncul dalam kepalanya ketika itu. Siapa tahu selepas menghabiskan masa bersama, dapat memulihkan hubungan Adrian dan Miya.

“Esok kita boleh berjemur dulu kat Cable Beach…Kalau tengok ramalan cuaca, suhu dekat Cable Beach esok 28 degree celcius. Tak panas sangat.”

Adrian pula diam-diam memerhati gelagat Miya dan ibunya. Dengan wajah bersahaja, senyum nipis, tidak terlalu peramah, Miya mampu membuat mama menyenanginya. Mungkin kerana sikap aslinya begitu yang tidak menampakkan dia berpura-pura atau hipokrit. Atau mungkin kerana sikap Miya yang kontra dengan mama yang membuat mereka berdua begitu serasi. Mama yang peramah dan suka bercakap, Miya pula pendiam dan lebih banyak mendengar walaupun sesekali jika Miya mengeluarkan pendapat boleh membuat orang terpegun.

PENERBANGAN yang mengambil masa lebih 20 jam membuat mereka terpaksa menghabiskan malam di dalam pesawat. Miya sudah terlentok di tempat duduknya selepas selesai makan malam. Adam pula sudah berdengkur di sofa.

Adrian yang baru selesai mandi, mendekati Miya yang sudah terlena sambil duduk. Hanya kepala yang terlentok pada alas lengan sofa.

Dengan berhati-hati dia membongkok lantas mengangkat tubuh Miya menuju ke bilik tidur tamu. Terdapat sebuah sofa mewah dan tempat tidur model double bed di dalam bilik tidur itu. Membaringkan Miya di atas katil, dia berjongkok memerhatikan wajah tidur bekas isterinya itu. Satu tangannya terhulur mengusap bibir Miya yang sedikit terbuka. Sudah lama dia tidak melihat wajah tidur Miya. Dulu, saat terjaga di tengah malam, wajah tidur Miya yang dia akan cari sebelum menarik Miya tidur di atas lengannya. Mengongkong Miya dalam pelukannya tidak pernah gagal untuk membuat dia lena semula sehingga pagi.

Ingin sekali dia merengkuh Miya ke dalam pelukannya saat ini namun dia tahu itu mustahil. Dia tidak mahu menambah kebencian Miya terhadapnya. Biarlah apa yang berlaku antara dia dan Miya selepas ini dengan kerelaan Miya. Sedikit demi sedikit dia cuba belajar menjadi seperti Miya saat cuba menarik perhatian Lora dulu. Berusaha, namun tidak terlalu memaksa.

“When you wake up, I hope you know how much you mean to me,” bisik Adrian sebelum bangun dan melangkah ke arah sofa bersebelahan katil. Direbahkan tubuhnya di situ sebelum dia mengiring mengadap ke arah Miya.

“Good night. You are my sweetest dream,” ujarnya sebelum perlahan kelopak matanya terkatup.

Share this novel

Roshasniah Mustafa
2022-10-29 06:23:06 

tq calyta..best.. bila nk tido same ni... cepat lah .rinduu

DgR
2022-10-28 22:37:51 

salam. tq update calyta...best ever


NovelPlus Premium

The best ads free experience