Rate

bab 1

Short Story Series 1054

"Kenapa harus aku yang merasa? bilakah semua ini berakhir? setiap kali yang berlaku aku yang terus mengalah dan mengalah!!" aku penat. Bilakah semuanya berakhir?Tuhan permudahkan segala ujian yang engkau berikan padaku. Aku yakin segalanya ada hikmah disebalik dugaan yang engkau berikan.

Air mataku mengalir dengan hangat membasahi pipiku. Aku rindu pelukan ibuku. aku rindu pelukan ayahku. Bilakah aku mampu memeluk mereka seperti anak-anak lain yang memeluk orang tua mereka penuh cinta dan kasih sayang dari mereka. Walaupun ibu dan ayah jauh tak akan pernah memudarkan cinta seorang anak kepada orang tua.

Aku mesti semangat. Aku tak boleh menyerah. Aku pasti dapat hadapi segala dugaan ini. Aku hanya mampu melemparkan pandangku keluar jendela melihat keindahan alam yang dicipta Nya. Terasa sebak di dada bila melihat dua orang adik beradik yang akrab bermain di halaman rumah mereka yang bertentangan dengan rumah ku.

Sekali lagi aku gagal untuk menahan air mataku yang perlahan-lahan membasahi pipiku. Kamudian aku melemparkan pandangku ke aku arah langit. Awan kelihatan mendung dan hujan mungkin akan turun dengan lebat. Ribut menepis lembut pipiku dan rambutku melambai-lambai ditiup angin sepoi-sepoi. Air mata yang mengalir tadi perlahan-lahan berhenti dan hanya tinggal sebak di dada yang dirasai.

Aku berhenti sejenak bila melihat kerenah dua orang adik beradik yang bermain di halaman rumah itu. "Adik sakit bahagian mana? Jom masuk biar kakak bersihkan luka adik tu. Kalau lambat nanti terkena jangkitan kuman pada luka adik. lagipun hari nak hujan" Si kakak itu bernama Rishell dan adik pula bernama Jeffella. kedua-dua mereka sangat akrab dan saling menyayangi.

Kakak memapah adiknya perlahan lahan masuk ke dalam rumah mereka. lama kelamaan, kedua-dua adik beradik itu lenyap dari pandangku. Ku lihat semula awan yang semakin berat dan hujan turun bila-bila masa sahaja. ku melihat jam pada tangan ku dan jarum menunjukkan pukul 6.30ptg.

Ku menutup jendela dan merebahkan tubuhku pada tilam empukku. Badanku terasa segala sakit akibat kepenatan seharian berjalan kaki untuk mencari peluang pekerjaan tapi hanya menghampakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience