BAB 1 Masuk Sekolah

Romance Completed 2425

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 11.30 pagi dan aku masih mengelamun sendirian. Malas rasanya ingin melangkah masuk ke sekolah.Namun gagah juga untuk aku pergi bagi menjalankan tanggungjawab aku sebagai anak.

Hari ini merupakan hari pertama ku bersekolah bagi sesi 2014.Umurku sudah meningkat 14 tahun dan aku masih bingung(sorry la bingung sekejap, kan baru bangun tidur).Pada pagi itu ibu yang menghantarku ke sekolah. sesampai sahaja,aku melihat rakanku Aisyah.

Aisyah merupakan rakan sekelas ku sejak tingkatan satu lagi dan aku mendapat tahu bahawa tahun ni aku masih duduk di kelas yang sama dan kawan yang sama(muak jugak lah tengok muka minah ni tapi takpelah mungkin jodoh barangkali).

Dari jauh lagi dia melambai lambai kepadaku.Setelah berjalan menghampirinya aku bertanya "kau kelas apa wei" walhal aku sudah tahu jawapannya(saja jer menyakat)."Eeee kau ni kita kelas sama lagi la tahun ni" jerit aisyah."Alololololo saja je usik, aku tahu la" kataku setelah aku melihat mulut aisyah sudah muncung sedepa.Budak ni kalau tak majok tak sah bisikku di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience