BAB17

Fanfiction - KPOP Series 7602

Orang pertama yang Y/n lihat ialah Jin yang ralit memerhatinya "okey first question why you do this again?" Tanya Jin dengan tegas,Y/n hanya mengeluh.

"No...this..from my dad...dia dah keluar.." jujur Y/n memejam matanya,Jin ternganga seketika dan mendekati Y/n "habistu nak buat macam mana?" Tanya Jin,Y/n memandang dan angkat bahu.

"Tak tahu tunggu maut aku datang?" Jin menampar bahu Y/n "mulut tu jaga sikit" Y/n hanya ketawa "mana Jimin?" Tanya Y/n "dia ada meeting besar so dia terpaksa tinggalkan kau dengan aku" Y/n hanya angguk.

"Aku nak bercerai dengan dia" Sekali lagi Jin mencubit tangan Y/n "sakit lah!yelah appa dah keluar aku taknak dia buat apa apa dekat Jimin...aku rela mati dari appa buat benda tak baik dekat Jimin" Jin mengeluh seketika.

"Maybe ada cara lain?" Y/n geleng "cukup lah eomma tinggalkan aku jangan Jimin...dia ibarat nafas aku" ketawa kecil Jin mendengarnya.

"Kalau dia ibarat nafas kau...Kau ibarat nyawa Jimin bagi dia..." Y/n memandang Jin yang senyum "y/n... kalau Jimin nak kau mati dia dah lama buang kau tepi gaung" y/n masih blur.

"Amboi kau sejak banyak makan pill jadi blur lak?"marah Jin,Y/n hanya ketawa "tak aku dah fikir dah..aku kena tinggalkan Jimin aku taknak appa attack dia..." sekali lagi Jin mengeluh.

"Okey look kau baru sedar so jangan fikir benda lain...just rest kejap lagi Lisa dan Jungkook datang" Y/n mengerut dahi "eh bukan aku Jimin yang suruh kejap lagi aku ada appoiment dengan pesakit lain ingat kau je ke?" Y/n hanya mencebik.

"Sayang sangat Jimin dekat kau" Y/n mengeluh "aku takut sayang dia tu sementara hanya untuk aku..." Jin mengusap lengan Y/n yang berparut "aku tahu terlalu banyak sakit kau lalui hanya sebab nak stay dekat Jimin...tapi kesakitan kau tak semestinya tiada kebahagiaan....aku dah kata jangan buat benda ni lagi kan?" Marah Jin lembut,Y/n hanya menangis.

"Kalau aku diberi pilihan untuk hidup dengan Jimin....aku taknak sebab aku tahu dia akan sakitkan aku lagi...aku takut dengan janji dia yang akan bunuh aku satu hari nanti"

Belum sempat Jimin masuk kedalam terhenti dia mendengar ayat Y/n yang merobek hatinya dengan kuat "sebab kau takut dengan janji lah kau tak pernah jumpa kebahagiaan yang tunggu kau" tambah Jin,Jimin masih kaku berdiri dihadapan pintu ward Y/n.

"K-kau tahu Jimin pernah bunuh anak kami?kau tahu tak sakit dia macam mana? Aku trauma nak ada anak dengan dia....hidup aku dengan dia di penuhi dengan sakit..depression..anxiety apa lagi lepas ni? Mental?" Jimin tertunduk sendiri mendengarnya,tidak menyangka sampai begitu dibuat kepada Y/n.

"Aku macam orang bodoh tunggu dia tiga tah-" Jin memotong "tiga tahun tu lah ajar kau untuk terus hidup...tiga tahun tu ajar kau untuk sabar buktinya sekarang...kalau kau bodoh dah lama kau tikam diri kau bunuh diri kau sendiri! Even Jimin pernah nak cuba bunuh kau tapi kau masih hidup!sebab kau kena teruskan hidup kau

Dan bina hidup baru dengan Jimin bukan meratap nak mati macam takde hal lain kau nak buat dekat dunia kau fikir dengan jalan bunuh diri ni boleh settlekan semua masalah?Y/n setiap orang tak lari dari buat salah...kalau aku dekat tempat kau,aku dah lama lari tinggalkan dia....jangan sia-siakan pengorbanan kau boleh? Tiga tahun kau tunggu takkan untuk beberapa hari lagi kau tak boleh tunggu untik bahagia?"Ujar Jin panjang lebar,Jimin masih kaki ditangannya ada sejambak bunga ros untuk Y/n.

"Kau fikir kau pilih jalan penceraian boleh bagi kau bahagia?c'mon aku jamin kau makin sakit!sebab kau tengok Jimin akan kahwin dengan Seulgi!" Marah Jin "kalau tu boleh buat dia bahagia" jawab Y/n,Jimin mengeluh kasar dan pergi ke tandas bunga itu diletak depan pintu ward Y/n.

"Aku tak tahu lah nak nasihat macam mana dekat kau cuma jangan menyesal tiada guna" Jin melihat jam tangannya "aku kena pergi dulu ingat nasihat aku bahagia kau hanya tinggal beberapa langkah lagi dihadapan kau..." Jin membuka pintu dan hampir terpijak sejambak bunga.

Jin mencangkung dan mengambil bunga itu sempat dia membaca kad yang terselit di dalam bunga "Y/n orang yang kata benci kau dekat dunia tak semestinya dia akan benci kau sampai bila-bila mana tahu orang yang kata benci dekat kau lah yang akan tarik kau keluar dari segala masalah kau" selepas Jin berkata begitu Jin meletakkan bunga itu diatas riba Y/n.

"Perkahwinan takkan indah kalau tiada kesakitan aku harap kau faham maksud aku" Sekali lagi Y/n kaku melihat Jin keluar,Y/n perlahan mengambil kad itu

'Please wake up my heart...I miss all about you...your Yeobo waiting for him sunshine'

-your devil husband-

Serta merta airmata Y/n turun "why my life so rude" gumam Y/n perlahan lima minit Y/n menangis tidak henti sehingga seseorang membuka pintu.

"Yahh!"Lisa masuk dengan risau mendekati Y/n,Jungkook masuk dengan buah-buahan yang berada ditangannya "kau kenapa menangis ni?Jimin pukul kau ke?" Y/n laju menggeleng.

"Aku sayang Jimin.." kata Y/n dengan menangis "Y/n aku pun tahu kau sayang dia separuh mati" kata Jungkook senyum "aku sayang dia seluruh nyawa aku" kata Y/n Lisa memeluk Y/n.

"Dah jangan nangis....tak habis-habis nangis macam mana Jimin nak suka kau?" Y/n makin menangis "apa ni sayang buat Y/n makin menangis!" Marah Jungkook.

"Kalau awak pandai pujuk!pujuk lah dia!" Marah Lisa "eish! Gaduh jelah aku sakit pun nak gaduh!" Y/n menyeka airmatanya kasar mood sedihnya terganggu dengan pasangan itu.

"Alah bukan salah aku Lisa tak pandai pujuk kau...tengok ni aku bawa makanan untuk kau nanti cepat sembuh kau boleh lah pikat balik si pabo tu" perli Jungkook memberi plastik berisi buah kepada Jungkook.

"Serius Lisa aku rasa nak bunuh Jungkook sekarang" Y/n sambut dengan kasar "alah bunuh je aku boleh cari lain" kata Lisa,Jungkook pandang mereka berdua dengan pandangan maut.

"Btw thank you datang jumpa aku~" kata Y/n ceria "alah benda kecil lah kau suruh aku jadi cleaner dekat sini pun boleh~mesti aku jadi tukang cleaner paling hensem" puji Jungkook pada dirinya.

"Siapa je nak dekat kau?" Tanya Lisa sinis "kau lah!kau lah!" Jawab Y/n dengan Jungkook serentak "haah kau je terima perangai pelik Jungkook" kata Y/n,habis merah muka Lisa disitu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jimin sudah mengetahui Lisa dan Jungkook sudah sampai namun dia masih berdiri di luar hospital menunggu Yoongi dan Yoonji yang ingin datang menjenguk Y/n

Namun kepalanya masih kusut dengan ayat Y/n yang menyakitkan hatinya "kau lagi susah nak di selesaikan daripada selesaikan masalah company aku" gumam Jimin dan senyum sikit

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience