Rate

Bab Pertama

Other Completed 1134

Langit yang membiru menandakan suasana yang gembira bakal tiba . Bukannya aku ingin menafikan kehadiran aku di sini membawa bahagia kerana ini hanya titik permulaan aku dan masih banyak lagi rintangan yang perlu aku hadapi .


Pada hari pertama aku di sini , aku telah melihat suasana dewan yang penuh dengan riuh rendah suara - suara pelajar - pelajar baru yang datang untuk mendaftar pada hari ini . Aku pun merupakan salah seorang pelajar cuma aku takdelah banyak mulut sangat sebab aku tak kenal sesiapa , lagi pun kan takkanlah tetiba jer aku nak tegur orang pulak tapi kalau ada orang tanya aku jawab jer sebab aku ni jenis orang yang macam ni kalau aku kenal rapat dengan seseorang tu kan , aku akan bercakap jer dengan orang tu sepanjang masa tapi kalau aku tak kenal dengan orang tu , aku cuma jadi macam nilah kalau ada kerja ataupun ada apa.- apa urusan baru aku akan bercakap .


Ramai sangat orang beratur dalam dewan ni hari ni . Barisannya pulak panjang sampaikan berbaris - baris hingga ke hujung dewan . Aku pulak memang dah sahlah beratur kat yang belakang - belakang . Maklumlah aku kan datang dari jauh tapi sebenarnya aku datang sehari sebelumnya lagi cuma malam tu aku bermalam kat Melaka kat rumah mak sedara aku . Jadi , dekat jelah kan . Keesokan hari tu , aku dengan keluarga aku pun bertolak ke uitm tu . Kat sinilah aku sekarang . Barisan nampaknya dah makin memendek . Giliran aku nak sampai dah ni . Tak sampai dua minit , sampailah giliran aku . Aku pergi kat kaunter tu . Aku pun bagilah surat tawaran aku kat dia . Dia pun keep in kat dalam sistem . Lepas tu , aku pun bergerak pergi kat kolej aku . Aku dapat bilik kat tingkat 6 . Bilik 6 - 13 . Aku pun angkatlah barang - barang aku pergi masuk kat dalam bilik tu . Keluarga aku pun tolong aku jugak . Tak lama lepas tu , mereka semua pun nak balik . Aku pun turunlah sekali dengan mereka . Aku bersalam dengan mereka semua . Mereka semua pun bertolaklah balik .


Lepas tu , aku pun masuk balik kat bilik . Barang - barang aku semua tadi dah kemas dah masa keluarga aku naik sekali tu . Aku nak bergegas nak sembahyang zohor takut terlepas pulak . Selesai aku sembahyang zohor , aku rehat - rehat jap . Tak lama lepas tu , roommate aku pun muncul . Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam . Perut aku laparlah pulak . Aku pun ajak dia makan sekali dengan aku . Kami pun share makanan tu sama - sama .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience