BAB 6

Romance Completed 11570

Dewa mengangguk. Langkah Rafika terhenti bila melihat bayangan Afiq di sebalik dinding. Dia tertinjau-tinjau. Cuba memastikan matanya tidak silap dalam meneliti. Afiq dengan Syalina sedang bercumbuan disebalik dinding Falkuti Binaan.

Dai menarik nafas. Mata dipejam erat. Sebelum celik sekali lagi. Kali ini ruang matanya ditemani dengan air jernih yang keluar dari tubir mata. Lantas dia mengeluhkan telefon bimbit miliknya.

“Helo” perlahan suara Rafika.

“Afiq ada dekat mana ni?” soal Rafika . dihujung sana jelas kelihatan Afiq sedang menjawap panggilanya sambil bermesra dengan Syalina.

“Library. Tengah buat kertas kerja untuk final sem ni. Kenapa?” semakin lebat tangisan Rafika mendengar sahutan Afiq.

“Fika ingat nak ajak Afiq makan?”

“Tak boleh la Fika. Kerja Afiq ni penting. Lain kali la Afiq teman Fika okey?”

“Okey”

“Love you Fika” panggilan telefon ditamatkan.

“Siapa tu baby” soal Syalina. Afiq mengusap perlahan bahu Syalina.

“Oh siapa lagi, tunang I yang bodoh tu la” Afiq ketawa kecil.

“Bukan you cintakan dia ke?”

“I cintakan dia??. Huh please la. kalau tak kerana mama and papa I yang sukakan dia belum tentu I nak tunang dengan dia” jawapan dari Afiq membuatkan jantung Rafika seperti meletup.

Dadanya disentuh. Terasa ada yang menarik jantungnya keluar dengan kuat. Dia berlari meninggalkan pasangan yang berada didepan matanya. ‘Afiq sayangkan Fika’ ‘Fika, I love you’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience