Rate

LATTE

Short Story Completed 2817

Seperti hujung minggu sebelum ini, Nadine akan berkunjung ke sebuah kafe kegemarannya yang terletak di pinggir sebuah kampung.

Suasananya yang agak tenang menjadikannya salah satu sebab kenapa dia memilih tempat itu sebagai sebuah tempat wajib untuknya jika ingin menikmati minuman berkafien.

Nadine bekerja sebagai seorang pereka dalaman di sebuah syarikat yang sedang membangun. Hasil daripada karyanya, syarikat itu kini semakin dikenali.

Suasana yang selesa sentiasa menjadi alasan utama kepada seseorang itu untuk tetap berada disitu dalam satu jangka masa yang lama.

Berbalik kepada kafe tadi, ada satu daya tarikan yang begitu membuatkan Nadine ingin sentiasa menjejakkan kakinya disitu. Di dalam kafe ini sebenarnya sama saja seperti kafe-kafe yang berada di bandar, cuma pemilik kafe ini sedikit berbeza apabila dia akan mendekorasi satu sudut ini dengan berpuluh-puluh gambar polaraid.

Gambar itu pula hanya diambil secara random malah tiada satu pun kewujudan manusia didalam gambar-gambar itu.

Ianya hanyalah objek.

“Hot latte for you, miss.”

Sebuah senyuman manis dilemparkan oleh barista kafe itu.

“Kemas.”

Nadine berkata di dalam hatinya sambil mengangguk kepalanya tanda mengucapkan terima kasih. Sempat juga Nadine meneliti pakaian barista itu.

“Er, maaf!”

Nadine sebenarnya masih berkira-kira untuk memanggil barista itu, tetapi disebabkan desakan hati yang ingin tahu, dia menguatkan hatinya untuk meneruskan niatnya.

“Yes, miss.”

Barista itu kembali menghampirinya.

“Boleh saya tahu siapa pemilik kafe ni?”

Soalan Nadine membuatkan alis mata barista itu sedikit terangkat. Terkejut mungkin.

“Kenapa ya?”

Barista itu membalasnya dengan soalan.
Nadine agak ragu-ragu untuk menunjukkan kertas yang masih dilipat kemas didalam tas tangannya.

Sebenarnya sudah agak lama kertas itu berada didalam tasnya. Disebabkan itu jugalah dia kerap kembali ke kafe itu kerana dia ingin mencari pemilik kertas itu.

“It’s okay. Saya cuma nak tahu kenapa sudut di situ selalu saja berubah setiap minggu?”
Nadine tidak jadi untuk bertanyakan yang sebenarnya. Mungkin belum masanya.

“Oh, sudut kenangan tu? Bos saya sebenarnya tengah mencari seseorang. Sebab tu sudut itu akan sentiasa berubah pada setiap minggu.”

Barista itu menerangkan serba sedikit tentang sudut itu dan Nadine hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sambil memandang ke arah sudut itu.

Nadine menghampiri sudut itu. Banyak gambar polaroid yang bergantungan disitu. Pada gambar-gambar itu jelas tertera tarikh-tarikh yang terdapat pada minggu itu dan hanya berlainan tahun saja.

Selama ini, dia tidak pernah mendekati sudut itu secara dekat walaupun dia sangat menyukai sudut itu. Ada suatu perasaan yang membuatkan dia hanya ingin melihat dari jauh sahaja.

Nadine tertarik dengan satu gambar yang hanya ada secawan latte dan kertas tertulis ‘You’re Beautiful’. Dia terus menarik keluar kertas yang berada di dalam tas tangannya.

Ayat yang sama!

Sebenarnya, kertas itu disisip ke cawannya sewaktu kunjungannya beberapa bulan yang lalu, sama seperti gambar itu dan yang lebih menariknya tulisan itu juga hampir sama.

Nadine kembali meneliti gambar-gambar yang tergantung disitu. Setiap objek yang ada didalam gambar itu tidak pernah dilihatnya. Malah tiada pula gambar orang disitu. Hanya objek random yang mungkin ditangkap oleh pemilik kafe itu.

Nadine ralit meneliti gambar-gambar itu. Tanpa menyedari bahawa dirinya dihampiri oleh seseorang dari arah belakang.

“You’re beautiful!”

Mata Nadine terus kaku selepas telinganya menangkap suara itu.

Tangannya kuat menggengam kertas yang masih dipegangnya. Suara itu terdengar cukup dekat dengan hatinya. Suara yang pernah menhiasi hari-harinya.

Tapi dia tidak terus menoleh, malah matanya kembali meneliti gambar-gambar itu.

Gambar yang random itu sebenarnya merujuk kepada dirinya.

Dirinya ketika dia mencintai seseorang yang kini berada dibelakangnya.

Nadine terasa sedikit bodoh kerana tidak mengingati bahawa lima tahun lalu dia juga pernah menerima kertas yang tertulis seperti ini.
Secara perlahan Nadine mengubah posisinya dan memandang wajah manusia dibelakangnya tadi.
Seorang jejaka yang masih sama seperti lima tahun lalu. Jejaka yang telah meninggalkannya tanpa kata. Jejaka itu juga yang berjaya membuatkan hatinya tertutup untuk mereka yang bernama lelaki!

Mereka hanya saling memandang. Nadine kehilangan kata.

Tidak tahu apa yang perlu dibualkan saat ini.

Raza mengambil gambar secawan latte tadi yang tergantung disudut kenangan itu dan dia juga mengeluarkan kertas yang dilipat dua dari poket seluarnya. Kedua-duanya dihulurkan kepada Nadine.

Matanya penuh pengharapan agar Nadine akan menyambut pemberiannya itu.

Sayangnya, Nadine hanya memandang dan berlalu pergi. Raza agak terkejut dengan tingkahlaku Nadine.

Barista tadi turut melihat adegan itu dari kaunternya.

Keadaan kembali sunyi dan Raza masih berdiri disitu sambil memegang gambar dan nota itu.

Terima kasih sudi baca karya saya.

Share this novel

LadyinGreen
2022-05-23 16:16:00 

Nakkkk 2nd chapter please, nk tau apa kesinambungan kisah Nadine & Raza tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience