PROLOG

Short Story Completed 3401

Boneka adalah permainan yang selalu dimainkan oleh anak2 kecik. kadang2 si dewasa juga ada yang pegng boneka malahan tidur dngan boneka mereka.

Ada boneka beruang, ada boneka panda, ada boneka monyet dan sebagainya. Walaupun berlainan bentuk, rupa dan warna. Tapi hakikatnya boneka semuanya sama. Boneka tiada hati. Boneka tiada perasaan.

Apa pun yang kau lakukan pada boneka, ia takkan rasa apa? Ia takkan berkata pada engkau "Hei, manusia! Jangan kau conteng2 badan montelku,". Malahan, boneka juga takkan menangis walaupun engkau mencucuk perutnya dengan Lidi tajam atau sebagainya.

Boneka adalah boneka. Rupa dan saiznya tak menjadi perbezaan langsng kerana smua boneka adalah sama. Boneka itu tak ada hati, tak ada perasaan. Tak ada air mata untuk dititiskan. Tak ada hilaian tawa yang mampu dikeluarkan dari suaranya, dari tekaknya yang mempunyai bulu-buluan sahaja.

kadang2 manusia juga bisa menjadi boneka, setelah perasaannya berulang kali dimainkan. Ingatlah bahawa boneka itu walaupun tiada perasaan tpi setiap rupanya ada kelainan. ada yang rupanya sentiasa senyum, ada yang sntiasa mngenyitkan mata. Dan ada juga boneka yang canggih dan disetkan suaranya untuk mnyebut "I lOve you," pada sesiapa sahaja yang memegangnya.

Tanpa hati, manusia juga hanyalah seperti boneka .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience