Rate

First Guy : Muhammad Adam Tan Sri Adnan

Romance Series 4523

2008

" Lisa, termenung apa lagi tu? Cepat masuk. Budak ni. Majlis dah nak mula tu " bebelan Puan Isma mematikan lamunan seorang gadis bernama Alisa Hani. " Ya ibu. Lisa nak masuklah ni " balasnya senada. Lemah semangatnya melangkah masuk ke dalam dewan yang sudah mula sesak dengan lautan manusia. Hari ini adalah hari pertamanya di Sekolah Menengah. Alisa telah berjaya mendapat tawaran belajar di sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi. Sebetulnya, dia tidak rela ke sana. Di sana dia perlu tinggal di asrama sehingga tamat belajar. Jauh dari keluarga. Jauh dari kampung halaman. Dia tidak mahu itu.

**********

" Nama saya Rain " seorang lelaki bertopi Nike mencuri tumpuan semua pelajar di kafetaria. Hari ini telah bermulanya minggu orientasi untuk pelajar-pelajar baru. " Ahaha.. amacam? ada gaya macam Rain Kpop tu tak? " kata-katanya mengundang tawa semua pelajar. Perasan. Getus hati Alisa. " Okey-okey. Harini aku nak bagitau korang semua tentatif untuk minggu orientasi korang. Macam biasa, ada tour sekeliling sekolah, sukaneka and the highlights is malam penutupan. On that night, you guys dah rasmi as a student dekat sekolah ni. Bukan itu saja, korang kena buat persembahan. Later on aku arrange kan korang ikut kumpulan persembahan " Rain as known as Bahrin mula mengagihkan pelajar-pelajar mengikut kumpulan persembahan mereka. Alisa telah dimasukkan ke bahagian lakonan. Ada kumpulan nasyid, boria, dikir barat, nyanyian dan lakonan. Sejujurya, Alisa tidak punya hati untuk semua ini. Dia sangat merindukan keluarganya yang jauh di mata. Ibu, Alisa tak mahu di sini. Rintihnya di dalam hati. Gadis kelahiran Besut itu tidak banyak bercakap. Hanya mengikut arahan yang diberikan sepanjang aktiviti minggu orientasi.

**********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience