Rate

bab 2

Vampire Series 2989

sedang alya berjalan melintasan jalan raya, tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju ke arahnya. kereta itu hampir sahaja melanggar alya.

“fuh nasib baik aku sempat brek tadi, kalau tak innalillah dah perempuan tu."getus farhan naim di dalam keretanya.

alya yang masih terkejut dengan situasi itu..masih berdiri tersengang di hadapan pacuan empat roda tersebut.

farhan terus keluar dari keretanya dan menerpa ke arah alya.

“woi perempuan, kau kalau nak bunuh diri..bukan kat sini tempat dia tau. kau pergi la naik bangunan tinggi ke, pastu kau terjun..tak pun kau pergi terjun jambatan kat sana tu."marah farhan kepada alya.

alya terus tersedar dari kejutan itu setelah mendengar amarah si pemandu.apabila mendengar lelaki itu berkata begitu, alya mula rasa panas..

“ish bukannya nak mintak maaf tapi pergi marahnya aku pulak, dia yang salah dia marah aku. logik ke."getus alya di dalam hatinya

“encik, encik kalau nak bunuh orang, jangan la bunuh orang kat jalan raya, encik pergi la kat lorong lorong yang sunyi..lepastu kalau ada orang lalu kat situ, encik tangkap la dia pastu bunuh dia ala ala vampire gi tu..”balas alya kemudian melemparkan senyuman sinis kepada farhan.

farhan yang mendengar itu terus tercengang, tidak tahu nak berkata apa apa.

“encik tengok lampu tu”.arah alya kepada farhan sambil menunjukkan jari ke arah lampu traffic itu.

“lampu merah kan, yang encik tak berhentikan kenderaan tu dah kenapa. ke encik ni buta warna?tak nampak ea..”bidas alya sinis kepada farhan sebelum berlalu pergi.

farhan masuk kembali ke dalam keretanya dan terus memecut laju.

“siapa perempuan tadi tu, kenapa aura dia lain macam."getus farhan naim di dalam hatinya.

*****

“emm cik, saya alya adreena karim. saya baru je dapat panggilan dua hari lepas yang saya diterima bekerja disini. dengan siapa saya perlu berjumpa ye?"alya memperkenalkan dirinya dan terus bertanya kepada penjaga kaunter di situ.

“ouh cik alya, mari saya bawa cik alya untuk dikenalkan kepada pekerja-pekerja di sini."ujar penjaga kaunter itu.

alya hanya mengikut penjaga kaunter itu dari belakang.dia diperkenalkan kepada semua pekerja di situ.

kemudian penjaga kaunter itu membawa dia berjumpa dengan tuan farhan naim, iaitu boss syarikat besar ini.

tok tok tok...penjaga kaunter itu mengetuk pintu bilik itu.kemudian kedengaran suara dari dalam mengizinkan masuk.

alya melangkah masuk ke dalam ruangan yang luas itu.kesemua barangan di dalam bilik itu tersusun dengan cantik sekali.mata alya tidak dapat berhenti daripada meliar memerhati setiap pelusuk bilik itu.

dan kemudian alya memandang ke hadapan semula, betapa terkejutnya dia apabila melihat tuan empunya badan..

“orang yang aku sound tadi rupanya boss aku!"jerit alya di dalam hatinya.

manakala farhan pula terpaku melihat alya didepannya.

“eh..ni bukan ke perempuan yang aku nyaris langgar tadi.."getus farhan di dalam hatinya.

matanya tidak lepas dari merenung wajah manis alya.entah kenapa, setiap kali dia melihat wajah itu..dia rasa sesuatu yang lain..aura tarikan dari alya memang kuat.

“erm boss.”panggil penjaga kaunter itu apabila dia melihat boss nya dan alya saling merenung satu sama lain.

farhan tersedar, dia berdehem bagi menghilangkan rasa malu.

alya yang turut tersedar terus melarikan pandangannya .

“boss, kenalkan ini alya adreena, personal assistant boss." penjaga kaunter itu memperkenalkan alya kepada farhan naim.

“kalau takde apa-apa, saya keluar dulu ye boss.”katanya dan terus melangkah keluar.

“ya allah apa la nasib aku lepas ni, bantu lah aku ya allah."doa alya di dalam hati.

tanpa pengetahuan alya..rupanya farhan mendengar semua kata hatinya.farhan melemparkan senyuman sinis kepada alya.

seorang manusia vampire mempunyai kelebihan, iaitu mereka dapat mendengar kata hati orang yang berada dekat dengan mereka.

farhan bangun dari tempat duduknya dan berjalan mendekati alya dengan wajah yang serius.

alya mula berdebar-debar, “jangan la dia marah aku kat sini pulak"kata alya di dalam hati.

farhan naim yang mendengar kata hati alya itu cuba menahan gelak.dia mula menapak mendekati alya.

disebabkan farhan menapak terlalu dekat, jadi alya terpaksa mengundur ke belakang beberapa tapak..sehinggalah dia tersandar pada pintu bilik itu.

farhan mendekati alya hinggakan deruan nafas alya pun dia dapat dengar dengan jelas. tangannya melingkar ke belakang alya untuk mengunci pintu.

alya yang sedikit terkejut akan hal itu, terus tercengang melihat raut wajah bossnya yang licin bersih, berkulit putih ala ala korea ,bertubuh tegap and tinggi lampai.

“kenapa aku baru perasan ea yang boss aku ni handsome rupanya."getus alya di dalam hati.

farhan terus merenung alya. “apa yang istimewanya kau ni, kenapa aura kau begitu kuat sekali..manisnya bau tuu"kata farhan kepada alya sambil merenung mata hazel alya.

alya cuba menolak tubuh farhan yang begitu dekat dengan tubuhnya. namun gagal, macam mana lah tubuh kecil nya itu ingin menolak tubuh sasa bossnya.

farhan cuba untuk mengawal nafsunya, dia risau kalau-kalau taringnya keluar sekarang..

farhan menilik seluruh wajah alya dan akhir sekali turun ke bibirnya yang merah jambu itu.

farhan tidak dapat lagi mengawal gelojak hatinya, akhirnya bibir munggil milik alya itu bertaut juga dengan bibir milik nya.

korang tuggu ye..nnti waniey update next chapter :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience