Rate

bab 1

Drama Series 2759

Bunyi enjin lori di luar rumah menggamit dia bangun untuk melihat siapa yang datang dengan lori gedabak dan berhenti betul-betul depan rumahnya .

“ Mir..Mir..” Panggil Ham kalut . Tubuh Amir yang nyenyak tidur , dia goncang kuat . Mahu menyedarkan sahabatnya .

“ Apa ?” Soal Amir yang terpisat-pisat . Pelik Ham tiba-tiba kalut semacam . Selalu dia tidak begini.


“ Lori..”


“ Aduh..lori pun kau nak jakun ke ? Belambak dah aku jumpa dekat atas jalan tu ." Amir capai semula bantal ditangan Ham , mahu sambung semula tidurnya yang terganggu.


“ Ni bukan lori biasa .” Ham masih terjenguk-jenguk melalui tingkap .


“ Lori boleh terbang ?” Soal Amir dengan ketawa geli hati . Dia masih baring meniarap dengan mata terpejam .


“ Ish..Mana kau tahu ni ? Memang lori ni boleh terbang .” Ham menoleh Amir sekilas yang baring di tengah-tengah ruang tamu .


Amir celik mata . Kepala diteleng ke kanan . Mencari Ham!


“ Kau biar betul ??” Soal Amir tidak percaya .


Tahun 2020 yang dijangka wujudnya kereta terbang, tetapi sudah wujud lori terbang terlebih dahulu? Advance tahap ajaib . Amir bingkas bangun . Nak jugak tengok lori terbang yang dimaksudkan Ham .


“ Mana ?” Soal Amir teruja . Langsir dikuak luas .


“ Tu..” Ham muncung pada lori kepala merah yang sarat dengan muatan di depan rumah mereka .


Amir kecilkan mata . Hidung dia kembang kempis dibuatnya .


“ Sudah lah !” langsir dilibas ke arah Ham .


Terasa seperti diperbodohkan pula . Tayar lori tu elok saja jejak ditanah tar . Terbang apanya . Kain kanvas digunakan menutup muatan tu yang terbang adalah .

Bengong punya Ham !


“ Betul la..tu..” Ham muncung lagi pada susuk tubuh yang baru saja turun dari tempat duduk penumpang.


“ Penumpang lori tu dah terbang ke dalam hati aku .”

Tu dia !

Pick up line rupanya . Amir ingatkan bangun-bangun dari tidur tadi , dia sudah menjejak ke zaman kereta terbang .


“ Cakap lah awal-awal .” Marah Amir geram . Langsir dia selak kembali .


“ Cun tak ?” Soal Ham siap dengan kening terangkat .


“ Yang mana ?” kepala Amir ke atas bawah . Mencari gerangan yang dimaksudkan Ham .


“ Yang tu..Yang belakang..” Ham menunding jari pada gadis sederhana tinggi , dengan rambut di ikat satu .


“ Tapi hat tu lagi cun !” Amir luruskan jari pada gadis disebelah , bertudung biru .

“ Yang tu tak apa , jangan yang baju hitam tu .” Ham menumbuk bahu Amir yang mengekek ketawa .

“ Alamak !” Ham kalut.


Pappp !!


Cermin tingkap ditutup rapat . Terkejut bila sepasang tajam memandang mereka berdua dari luar . Ini lah padahnya mengintai anak dara orang .


“ Dia Nampak ke ?” Soal Amir pada Ham yang berpeluh .


“ Nampak kut !” Ham menyeka peluh dengan jari .


Cermin tingkap dibuka perlahan-lahan . Hilang susuk tubuh yang diintai mereka sebentar tadi . Mereka berdua menarik nafas lega . Mujur saja gadis-gadis tadi sudah pergi .


“ Esok baru kita beramah mesra dengan jiran baru." Ham sudah bersiul-siul menuju ke bilik air .


Amir hanya memerhati dengan ekoran mata . Kepala digeleng . Dia tidak mahu terlibat dengan sesi beramah mesra Ham. Dibuatnya semua sudah kahwin , tak ke malu nanti? Ya , hanya Ham saja yang tidak tahu malu . Semua jiran tetangga dia sapa . Tak kira bangsa atau umur . Semua sudah menjadi geng Ham !


“ Kalau bulan bisa ngomong..”


“ Dah mula dah..” Amir garu kepala sebaik mendengar suara Ham . Mula lah tu nak test vocal !


“ Hari-hari aku ngomong..” Nyanyian Ham bergema lagi .


Ham membuka pili air , gayung dia capai lalu air disimbah ke seluruh tubuh .


“ Brrr..Aku sudah ngomong..Kalau airnya memang sejuk !” Habis berterabur lirik lagu, diganti dengan suara Ham menjerit kesejukan .


Amir menekup bantal ke telinga . Tak sanggup nak dengar suara Ham yang memetir . Boleh muntah darah dibuatnya .


Apa lah nasib dia dapat housemate macam Ham .


*********


Amir duduk dimuka pintu . Kasut dia sarung . Tali yang longgar diketatkan . Dan , siap !


Topi keledar dia capai , elok dia sarungkan di kepala .


Baru saja punggung dia mencecah seat motor , satu suara menyapa .


" Assalamualaikum.."


Visor topi dia tolak naik . Jelas terpancar wajah Amir terkejut . Mujur rahangnya sudah terkatup .


" Waalaikumsalam.." jawab Amir perlahan . Masih tidak percaya .


" Nak pergi kerja ?"

Erk !


Lidah Amir tiba-tiba kelu . Tak sangka , pagi-pagi dia disapa bunga dari rumah sebelah !


" Tak..pergi jalan !"


Satu suara mencelah dari belakang . Mukanya mencuka .


" Erk ?" Si bunga terdiam .


Sempat dia mengerling pada Amir .


" Jalan-jalan dengan baju macam ni ?" Soal Si bunga pelik sebaik melihat penampilan Ham .


" Dah tu ? Lagi mahu tanya ." Dengan bongkaknya Ham menjawab .

Ham melangkah keluar dari pintu dengan baju berkolar lusuh dipadan pula seluar jean sama-sama lusuh . Nampak selekeh . Berbeza dengan Amir yang nampak bergaya walaupun sama santai dengan Ham .


" Ish..kau ni.." Amir jegil mata pada Ham .


Geram dengan mulut lepas Ham .


" Maaf ya..dia memang macam ni ." Amir minta maaf bagi pihak Ham .


Si gadis sebelah tersenyum kelat . Laju saja langkahnya masuk ke dalam perut kereta . Terpadam segala niat baiknya .

Amir sekadar memerhati kereta si gadis berundur keluar dari perkarangan rumah .


" Udah..udah le..teman udah lambat nak koje !" Ham mematikan lamunan Amir.

Ham menepuk visor Amir hingga tertutup . Sakit pulak hati dia bila Amir langsung tak berkelip .


Tanpa menunggu lama , Ham membonceng motor milik Amir . Hampir saja Amir tidak mampu mengawal motornya yang mahu terbalik.


Badan saja keding . Sekali dia lompat , macam jin aladdin . Serupa gempa bumi !


" Mana motor kau ?" Amir pusingkan tubuh ke belakang .

" Masuk bengkel !" Jawab Ham sebal .


Amir geleng kepala . Motor buat hal lah tu ! Sama macam tuannya .


" Ni apahal monyok ?" Soal Amir pelik .

Pagi-pagi dah bad mood . Apa kes ?


" Aku ? Patutnya aku yang tanya kau ." Ham pulang paku keras .


Kura-kura naik perahu , acah-acah tak tahu pulak !


Kening Amir bercantum . Sudah la menumpang . Di marahnya kita pulak .

" Sesi ramah mesra , aku yang patut mula kan . Tak manis kalau pihak perempuan yang mulakan terlebih dahulu." Ham berpeluk tubuh .


Amir ketawa kuat . Ingatkan apa lah tadi . Ni mesti kes takut saham jatuh menjunam . Plus cemburu !

" Bukan aku yang mula kan.." Amir sudah menghidupkan enjin motor .


Malas mahu melayan perangai gila Ham .


" Sepatutnya..kau pura-pura bisu . Biarkan aku yang mula soal nanti ." Ham beri cadangan yang dia rasa bernas .

Makin besar gelak Amir . Apa gila kawan sorang ni . Allah elok-elok bagi suara , di suruhnya jadi bisu .


Ham buat-buat pekak . Walhal dalam hati berbakul dia maki Si Amir .


" Ni apahal ? Dah lima minit tak hidup jugak ." Ham yang duduk dibelakang pelik .


Amir cuba lagi .


Tak boleh jadi ni . Pakai starter tangan pun masih tak mahu hidup . Dia cuba starter kaki pula .


Hampa .


Masih juga tak hidup .


" Apa kena ni ? Semalam elok je ." Amir sudah turun dari motor , diikuti Ham .


Seat motor diangkat .


" Bad !" Laung Ham sebaik melihat motor Badrul sampai dipintu pagar .


" Aku pinjam motor kau ."


Tanpa berlengah , dia melompat naik . Pedal gear dia tekan , terus motor milik Badrul memecut laju .


Badrul terpinga-pinga melihat Ham kalut semacam . Topi keledar dia buka .


" Haram punya Ham !" Marah Amir sebaik melihat tangki minyak dia kosong .

" Apahal tu ?" Soal Badrul kepada Amir yang menyinga .


" Dia dah balun minyak aku sampai habis , pandai dia lari !" Amir dah cekak pinggang .


Badrul tersengih sambil menepuk bahu Amir .


" Macam tak biasa.."


Amir mendengus . Seronok lah Ham tinggalkan aku disini. Seat motor ditutup kasar.


********


Semuanya serba tak kena buat Ham . Dalam seminit , adalah sepuluh kali dia mengerling jam tangan .


Hari ni dia terasa lambat pula masa berlalu . Jiwanya seolah-olah tertinggal dirumah .


Ceh !

Jiwa konon .


Bukan setakat jiwa .


Roh..


Hati..


Ulam jantung..


" Hai..jauh menung ?" Tegur Sarjan Josep yang baru sampai .


" Ermmm..boleh tahan la.." jawab Ham yang duduk di pondok post .

Sarjan Josep turut serta duduk di kerusi kosong bersebelah Ham .


" Jauh mana tu ?"


Eh..eh..sarjan aku ni . Ajak bergurau pulak .


" Nun sampai sempadan thailand sana.." jawab Ham bersahaja .

Nak sangat melawak kan . Aku pun boleh .


" Bagus! High taste..nak nyah ke perempuan tulen ?"


Ham menoleh .


Sah !


Jauh menyimpang . Tahu lah sana port wrong way ! Lelaki jadi perempuan . Ingat aku ni nafsu songsang ke ?


" Ke situ pulak sarjan ni . Mesti la perempuan tulen ."


" Bahaya ni !"


Kening Ham bertingkat-tingkat . Apa yang bahaya ? Polis pun manusia juga . Ada hati dan perasaan .


" Parah jugak !" Sarjan Josep masih tidak pandang muka Ham .

Sudah .


Dahi Ham pun ikut bertingkat lagi tinggi.


" Salah ke polis bercinta ?" Tanya Ham pelik .


Bagi dia kerja tetap diutamakan , demi negara tercinta . Bukannya dia bercinta waktu bekerja . Dan hal peribadi tidak akan dicampur adukkan semasa berkerja. Masih salah ?

" Siapa cakap ?" Sarjan Josep pandang Ham pelik .


" Tadi sarjan cakap ?" Ibu jari dihala pada Sarjan Josep disebelah .


" Saya cakap pasal ni.." surat khabar di tangan , Sarjan Josep angkat tinggi .


Jelas terpampang tajuk utama yang terkandung dalam surat khabar .


' BAHAYA PENGUNAAN TELEFON BIMBIT KETIKA MEMANDU , PARAH MENGUNDANG '


Wajah Ham berubah kelat .


Ingatkan apa lah tadi .


Sarjan Josep saja nak bikin aku malu !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience