Rate

chapter 1

Romance Series 3787

"Oh yeah!! Pindah sekolah duduk dengan abang ngah."Kata Aaina yang tak sabar-sabar nak pindah ke sekolah MRSM Alor Gajah sebab ada abang ngah merangkap kembarnya, Adha Mukhriz.

"Apalah adik long yang sorang ni.... "Kata abang long ataupun lebih dikenali sebagai Muhammad Zarith kepada dirinya sendiri.

"Hihihi....Na... "baru Aaina nak cakap tiba-tiba Datin Tiara datang.

"Ish ish ish.... korang berdua ni sama je perangai. Sorang 22 tahun sorang lagi dah 17 tahun tapi perangai macam baru umur 7 tahun... molek lah gitu ye.... "Kata Datin Tiara sampai terkeluar loghat Kedah .

"Takpe mama, esok nana dah takde sebab pergi sekolah baru... "Kata Aaina dengan gelakkan bila teringat ibunya telah mengeluarkan loghat Kedah gitu.

"Dah, pergi siapkan balik semua beg kalau biarkan sampai lusa pun belum tentu siap. "Kata Datin Tiara lalu pergi ke arah biliknya untuk beradu setelah seharian penat bekerja.

"Okay Mama." Laung Aaina dan Zarith dari ruang tamu.

Selepas membalas okay, Aaina menyambung aktiviti mengemas barang sambil dibantu oleh Zarith.
.....................................................
"Huwargh!!Dah siap kemas."Kata Aaina dengan matanya yang kuyu.

"Macam monster pulak adik abang ni,dah cepat masuk bilik tidur,abang pun dah penat ni,."Kata Zarith sambil menguap.

"Biarlah... "Kata Aaina sebelum menjelirkan lidah.

"Dah, good night."Kata Zarith kepada Aaina sambil berlalu ke biliknya.

"Good night."Balas Aaina
............................................
"Aku harap takde sorang pun kacau Aaina kat sana. "Kata Zarith perlahan sebelum tidur. Manakan tidak, Aaina merupakan adik kesayangan dia. Nak kata tk cantik? Muka Aaina memang macam orang putih dah. Dengan bulu mata lentik, mata berwarna hazel, rambut lurus bewarna coklat serta mukanya yang tidak dijajahi segala jenis jerawat membuatkan dia sangat cantik. Tapi bukan sebab muka cantik Zarith menjadikan Aaina sebagai adik kesayangan tetapi disebabkan sesuatu kejadian....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience