20. Omma

Romance Completed 1572856

Rutin Miya berjoging setiap hujung minggu tidak tergencat meskipun semalam dia tidur agak lambat.

Itulah kelebihan matanya. Walau selewat mana dia tidur, matanya tetap akan celik pada pukul 5.30 pagi. Mungkin kerana sudah terbiasa begitu.

Namun, dia hanya berjoging dua pusingan sahaja hari ini berbading selalunya empat atau lima pusingan. Letih kerana semalam kurang tidur. Pulang lambat dari pelancaran dan sambung pula dengan 'urus niaga' bersama Adrian, membuat dia tidur kurang dari empat jam sahaja semalam.

Melangkah pulang, dia berniat memesan makanan ke rumah sahaja. Selepas itu dia mahu menyambung tidur sehingga tengah hari

Saat membuka pintu, dia melihat sepasang kasut wanita sebelum dia mendengar suara obrolan dari arah ruang makan. Melangkah masuk, dia melihat Eryna sedang menghidang makanan di atas meja. Adrian pula duduk manis di kerusi, menyesap secawan kopi sambil membelek-belek sebuah fail.

"Eh Miya...Sorry I buat dapur you macam dapur sendiri. Come, let's have breakfast," ujar Eryna apabila melihat Miya menapak ke ruang makan.

Tiada jawapan daripada Miya; melirik Adrian yang kelihatan tidak begitu acuh dengannya. Terus membelek fail sambil menyesap kopi panas yang mungkin dibancuh Eryna.

"Actually I ada urusan sikit dengan Adrian, that's why I datang. And I ada bawak breakfast for both of you," kata Eryna, bagai tahu apa yang bermain dalam fikiran Miya.

"Oh...no problem. You boleh datang bila-bila masa. Lagipun ni rumah Adrian, bukan rumah I," jawab Miya sebelum berlalu ke dapur, menadah air daripada penapis melegakan tekaknya yang panas dan kehausan. Entah mengapa, dia kurang senang melihat Eryna bertandang sepagi ini ke rumahnya.

Adrian yang mendengar jawapan Miya itu, mengangkat muka. Dipandang belakang tubuh isterinya itu yang sedang meneguk air di dapur.

Suara Miya terdengar biasa sahaja, wajahnya juga tidak menyiratkan apa-apa, namun Adrian merasa jawapan Miya itu seperti menyindirnya.

Apa Miya tidak senang dengan kehadiran Eryna?

Teringat semalam Miya terang-terang menyatakan tidak suka Eryna mengganggunya saat dia di rumah.

'When you're with me, you're mine.'

Tanpa sedar, bibir mengukir senyum. Miya dominan juga ternyata.

"Adrian..."

Suara Eryna membuat lamunan Adrian sirna lantas mengembalikan fokusnya kepada dokumen di depannya. Namun ekor matanya tiba-tiba menangkap pergerakan Miya di dapur. Isterinya itu dengan selamba menanggalkan t-shirtnya. Miya sengaja. Dia tahu. Mata Miya tidak lepas memandangnya sehingga t-shirt berwarna kuning itu lolos dari kepalanya, menyisakan sport bra berwarna hitam.

Bulat mata Adrian memandang Miya sambil dengan isyarat mata, mengarahkan Miya menyarungkan semula bajunya.

Pasang wajah tidak peduli, Miya memusingkan tubuhnya, menadah segelas lagi air sejuk. Bersandar pada kabinet dapur, dia meneguk air sambil memandang tepat ke arah Adrian yang sesekali mengerlingnya.

Sengaja dia membuka sedikit bibirnya saat meneguk air. Meleleh air dari mulutnya, turun ke dagu sehingga menitis ke dada.

Menganga Adrian tidak percaya. Itu benar-benar Miya, kan? Bukan penyamar? Atau klon? Atau jin yang menyerupai Miya?

Jika ya, mengapa dia berkelakuan seperti orang kerasukan?

Meletakkan cawan di dalam sinki, dia kembali ke ruang makan. Mendekati meja makan dengan hanya memakai legging dan sport bra. Beberapa helai tisu dia tarik lalu mengelap dadanya. Perlahan gerakan tangannya menelusup masuk ke dalam bra mengelap bahagian yang basah. Jelingan tajam Adrian tidak diacuhkan.

"Miya, duduklah. Kita..." Kata-kata Eryna terhenti apabila saat menoleh ke samping, dia melihat Miya dengan badan separuh terdedah.

Ternganga mulutnya memandang Miya dari atas ke bawah. Patutlah dari tadi dia melihat Adrian hilang fokus, malah asyik mengusap-usap tengkuk. Rupa-rupanya ada umpan.

"Takpelah. Enjoy your breakfast. I dah janji dengan kawan nak breakfast kat luar hari ni," balas Miya. Sebenarnya dia tidak berjanji dengan sesiapa. Hanya mahu menunjuk protes.

"Awak tak bagitahu saya pun!" Adrian tiba-tiba meningkah.

"Well... I'm telling you now."

"You told Eryna, not me."

"Samalah. You heard it, right?"

"Kawan mana?"

"Adalah. Awak tak kenal."

"Kawan DayMond?"

"Bukan. Kenal masa jogging tadi."

Melongo Adrian tidak percaya. "Baru tadi kenal, dah janji nak pergi breakfast sama-sama?"

"Ermm." Miya mengangguk. "Dia dah pelawa, takkan nak tolak. Saya nak mandi dulu. Enjoy your breakfast."

Miya melengos masuk ke bilik tanpa mempedulikan tatapan tajam Adrian dan Eryna yang terkebil-kebil mendengar perdebatan itu.

"Dia tak suka I datang sini ke?" tanya Eryna setelah Miya menghilang ke biliknya.

"You balik dululah. I'll take a look at this documents, and we'll discuss about it tomorrow."

"Oh..." Eryna nampak terkejut dengan kata-kata Adrian. Tidak sangka Adrian akan menyuruhnya pulang. Namun, siapa dia untuk membantah. "...okay." Bangkit dari duduknya, Eryna berkemas-kemas sebelum meminta diri.

MELANGKAH keluar dari bilik mandi, Miya melihat Adrian sudah duduk tegak di sofa hujung katil mereka. Kaki bersilang, mata tepat memandangnya dengan tangan berlipat ke dada.

"Kenapa awak cepat sangat percayakan orang?"

Terhenti langkah Miya yang sedang menuju ke walk in closet mendengar pertanyaan Adrian.

"Saya memang macam tu. Kalau tak, saya tak kahwin dengan awak."

Tercekik Adrian dengan jawapan selamba Miya. Sejak bila Miya jadi cerewet dan suka menjawab begini?

"Tak payah keluar dengan dia. I'll go breakfast with you."

"Bukan awak breakfast dengan Eryna? Penat-penat dia datang bawak breakfast tapi awak tak makan."

Adrian berdecit. "Jangan cakap banyak boleh tak?"

MENGADAP pemandangan KLCC, Miya dan Adrian menikmati sarapan mereka dengan senyap di thrty8 restaurant.

"You did it on purpose, right?" Adrian tiba-tiba bersuara memecah keheningan.

Miya yang sedang menikmati kek lava coklat, mengangkat muka. "What?"

"Awak tak suka Eryna?"

"Tak adalah."

"Then, why did you do that?"

"Do what?"

"Don't pretend to be naive. Apa yang awak buat kat rumah tadi sebab awak sengaja nak halau Eryna. Am I right?"

"Awak yang suruh dia balik. Bukan saya."

"Awak yang buat saya suruh dia balik."

"Saya buat apa?"

"Miya..." Picing mata, Adrian berdesis. Geram. "...awak ni rupanya tak senaif yang saya nampak."

Miya senyum. "Your rule, never say thanks to husband. My rule, when you're with me, you're mine."

Terangkat kening Adrian mendengarnya.

"Walaupun sementara, but I'm still your legal wife. Kalau awak mati sehari dua ni, saya tetap ada bahagian dalam faraid. Eryna? Tak ada. So, berbanding Eryna, saya lebih berhak ke atas awak."

"Berani awak mintak saya mati sehari dua ni?!" Buntang mata memandang Miya yang santai saja menikmati sarapannya tanpa rasa bersalah.

"Saya kata kalau. Tapi saya tak doa awak mati cepat. Saya doakan awak panjang umur at least sampai awak ceraikan saya. Banding faraid, saya lebih suka tawaran dalam perjanjian kita. One million ringgits and a house are more interesting to me."

Lagi-lagi Adrian dibuat tercekik dengan kata-kata yang keluar dari mulut Miya.

"Eight more months to go. Masih jauh lagi. Kenapa mesti cakap soal cerai tu sekarang?"

"Okay, I'm sorry. But can you obey my rule as long as we're still husband and wife?"

"Fine! When I'm with you, I'm yours."

Tersenyum, Miya memberi isyarat kepada Adrian supaya mendekat.

"What?"

Tidak menjawab, telunjuknya menggamit, minta Adrian memajukan tubuh ke arahnya.

Sebal, namun Adrian menurut juga. Memajukan sedikit tubuhnya ke arah Miya dan tanpa amaran, satu kucupan singkat singgah di bibirnya.

Bulat matanya memandang Miya dengan wajah tidak percaya.

"That's the way I should thank you, right?"

Adrian tertawa sambil menggeleng perlahan. "Right."

.
. .

PETANGNYA, Adrian menjemput Lora dari rumah Datin Fauziah.

“Daddy, can we go to a florist?” tanya Lora sambil memandang daddynya.

“Nak buat apa?"

“I want to buy flowers for aunt Miya.”

“Why? Any special occasion today?” tanya Adrian.

“No. I just want to give her a gift.”

Terdiam Adrian menatap anaknya. Lora semakin dapat menerima Miya sebagai ibu tirinya. Malah, Lora juga sudah mula membiasakan dirinya dengan memanggil Miya sebagai Aunt Miya. Tidak lagi Miya, seperti dahulu.

“Can I?” tanya Lora dengan wajah penuh mengharap.

“Okay.” Adrian bersetuju lalu mengarahkan Akram supaya singgah di sebuah kedai bunga tidak jauh dari kondominium mereka.

MEMILIH sejambak bunga carnation berwarna pink untuk dihadiahkan kepada Miya, Lora sendiri yang mengarahkan pembantu kedai bunga membungkus bunga itu. Adrian hanya memerhati anaknya itu mengarah itu dan ini kepada pembantu kedai. Ketika itu dia menyedari, Lora sudah mula menunjukkan kecerewetan seperti Miya.

“Riben ni tak sama panjang. My mommy would measure everything and she's very meticulous. This uneven ribbon will cause her to feel disturbed and I’m afraid she won’t like my gift.” Lora menunjuk ke arah ikatan riben pada jambangan bunga itu yang salah satunya panjang sedikit. Hanya berbeza 0.5cm berbanding riben yang satu lagi. Jika tidak diteliti, kecacatan itu tidak begitu kelihatan pun.

Beberapa bulan sahaja, penyakit teliti Miya menjangkiti Lora. Namun, apa yang membuatnya bimbang, apabila Lora menyebut Miya sebagai my mommy. Lora tidak pernah memanggil Miya dengan panggilan Mommy. Ketika di awal pernikahannya dengan Miya dahulu, Lora beberapa kali memberitahunya bahawa dia hanya ada satu mommy. Miya bukan mommynya dan Miya takkan dapat menggantikan tempat mommy.

“Kenapa beli carnations?” tanya Adrian. Ketika itu mereka sudah kembali ke kereta selepas beberapa kali pembantu kedai membetulkan ikatan riben dan susunan bunga yang ditempah Lora.

“Because it’s beautiful and I like it.”

“But Aunt Miya likes lilies.”

“I know. But I want to give her what I like so that when she looks at this flowers, she will remember me.”

Tersenyum Adrian mendengar jawapan Lora.

“Do you like her?” tanyanya.

“Yes, but not as much as I like mommy.”

Adrian mendesah lega. Sekurang-kurangnya dia tahu Lora tidak melupakan ibu kandungnya, dan urusan perceraiannya dengan Miya tidak akan menjadi sukar seperti yang dia fikirkan. Biarlah Lora terus menjaga jarak hubungannya dengan Miya. Dia tidak mengharapkan Lora dan Miya akan menjadi rapat. Dia cuma berharap dalam tempoh setahun ini, Lora dapat menerima Miya sebagai sebahagian daripada keluarga kecil mereka.

Selangkah memasuki pintu rumah, aroma masakan memenuhi rongga hidung. Tentu Miya sedang berada di dapur menyediakan hidangan makan malam.

Menanggalkan kasut, Lora segera berlari ke dapur. Bunyi derap langkahnya membuat Miya menoleh.

“You’re back," ujar Miya dengan senyum menghiasi wajah cantiknya.

Lora mendekat lalu menghulurkan jambangan bunga yang dibelinya tadi kepada Miya.

Bersinar mata Miya dengan wajah teruja.

“For me?” Mengelap tangannya pada apron, Miya mengambil jambangan bunga itu dari tangan Lora. Spontan jambangan bunga itu dibawa ke hidungnya

Lora mengangguk sambil tunak matanya menatap Miya, melihat reaksi ibu tirinya itu.

“Thank you, sweetie. I like it,” ujar Miya seraya mencuit hidung Lora. Dia kemudian mengambil balang kaca dari kabinet, mengisi air dan memasukkan bunga carnation berwarna pink itu ke dalamnya.

“Beautiful, right?” ujar Miya sambil membetulkan kedudukan bunga itu di dalam balang. “Tapi boleh auntie tahu, bunga ni sempena apa, ya?”

Lora tidak menjawab, sebaliknya dia membuka beg sandangnya dan mengeluarkan sekeping kertas A4 berwarna pink yang telah dilipat dua menjadi seperti kad. Ragu-ragu dia menghulurkan kertas itu kepada Miya.

Kertas itu bertukar tangan sebelum mata Miya meneliti setiap goresan lukisan dan tulisan di atasnya. Terdapat lukisan seorang kanak-kanak yang dilukis seperti orang lidi. Rambutnya panjang dan ditocang, memegang tangan seorang perempuan dewasa. Di bawah lukisan itu ditulis, Lora and mummy. Di bahagian atasnya pula ditulis, ‘I love you, mom.’

Tersenyum Miya tanpa sedar, membaca ucapan itu. Terasa diri begitu dihargai oleh seorang anak, walaupun Lora cuma anak tirinya.

Membuka lipatan kertas itu, setiap aksara yang tertulis dibaca satu persatu.

‘Dear mom. Thank you for making cupcakes for me, thank you for cooking delicious food every day. I love you.’ –Lora-

“Awwhhh…Lora…This is so cute…” Miya bertinggung mensejajarkan ketinggiannya dengan Lora.

Menarik Lora ke dalam pelukannya, dia berbisik. “I love you too.”

“Can I call you mummy?”

Pertanyaan Lora itu membuat Miya tergamam. Lama dia diam sambil menatap Lora yang juga sedang memandangnya dengan pandangan penuh mengharap. Dia tidak tahu mahu memberi jawapan yang bagaimana, sehinggalah deheman kecil Adrian mengganggunya. Baru dia sedar, Adrian memerhatikan dia dan Lora sejak tadi.

“You don’t want me to call you mummy?” suara Lora kedengaran bergetar. Mendung di wajahnya sudah tidak dapat diselindung lagi.

“No..No..No..Lora, it’s not that I don’t want you to call me mummy…” Miya panik apabila melihat wajah Lora yang sudah seperti mahu menangis. “But…”

“But what?” tanya Lora. Berkaca-kaca mata memandang Miya.

“But…” Miya melirik ke arah Adrian melalui ekor matanya. Dia bukan tidak mahu Lora memanggilnya mummy, tetapi dia takut Adrian akan menuduhnya cuba menggantikan tempat Dahlia. Cukuplah sekali Adrian menuduhnya begitu. Dia terluka. Sungguh.

“Mommy is your mommy. I mean your real mommy..biological mommy..and I’m…” Miya terhenti sejenak. Cuba mencari kata-kata sesuai untuk menjelaskan supaya tidak menyinggung perasaan Lora. Tetapi, pada masa yang sama dia sempat mengutuk Adrian di dalam hati, yang langsung tidak mahu membantunya. Lelaki itu hanya membatu di tempatnya sambil menyilang tangan, memerhatikan dia dan Lora.

“Apa kata Lora panggil auntie dengan panngilan lain?”

Lora mengerutkan dahinya, “Like what?”

“Errmm..Auntie suka tengok drama Korea and auntie rasa suka sangat dengar orang Korea panggil ibu dia, omma. What if you call me omma, hmm?”

“Omma?” Lora menggumamkan kata-kata itu.

“Ennghhhh…soooo cute…” Miya menangkupkan kedua-dua tangannya ke pipi dengan senym teruja. “One more time.”

“Omma….”

“Oh my god, it sounds so cute Lora.”

“Really?” Wajah Lora yang mendung sebentar tadi, cerah semula. “Omma..”

“Yes..”

“Omma…Omma..Omma…Omma…Omma..Omma..Omma…”

“Enggghhhhh…: yes..yes..yes..I like that…” Miya memeluk Lora dan mencium pipinya bertubi-tubi. “How about you?”

“I like it too..”

“Okay..from now, you can call me omma…”

Lora tersenyum gembira, membuat Adrian turut tersenyum. Dia sendiri tidak dapat membuat Lora tersenyum begitu sejak kematian Dahlia.

MAKAN malam mereka selepas itu diselangi dengan cerita-cerita Lora tentang sekolahnya dan sesekali respon Miya membuat Lora ketawa. Adrian pula hanya memerhati. Miya memang pandai melayan Lora. Anak itu kelihatan senang berkongsi cerita dengan Miya. Lora yang selalunya diam sedikit demi sedikit mula menjadi kanak-kanak yang petah dan periang.

Ah, Miya!

Jampi apa yang dia guna sehingga semua orang menyenanginya?

Share this novel

Azie Sitam
2022-08-24 16:13:25 

saya suka jln cerita,harap2 andrian rasa bersalah dgn apa yang dilakukan terhadap Miya


NovelPlus Premium

The best ads free experience