Rate

Ann, Fokus!

Short Story Completed 1981

Aku masih berdiri di belakangnya. Memandangnya daripada jauh. Kerana, ke mana sahaja aku pergi, dia mesti ada.

"Jian!"
Dia menoleh memandang ku yang jauh tertinggal.
"Yo," balasnya sambil tersenyum.
Aku berlari anak menuju ke arahnya.
"Kenapa kau tak datang ambil ujian semalam? Cikgu bising, tahu tak," ujar ku.
"Betul?" Ujarnya. "Kau macam mana, lulus tak?" Sambungnya lagi.
"Tak," ujarku sambil geleng kepala. "Aku kena ambil ujian ulangan sekali dengan kau," tambah ku lagi.
"Teruknya kau," ejeknya mengusik sambil menampar belakang ku dengan buku latihannya.
"Sakit gila!" Aduh ku dengan pantas membalasnya dengan buku tebal.
"Awal pagi la korang berdua dah riuh kenapa?" Aizat merenung tajam ke arah kami berdua.
"Kau nak baca tak, Jian?" Sean hulur majalah 18 tahun ke atas kepada Jian.
"Teruklah korang ni. Tak malu ke?" Bengang dengan perangai tidak senonoh mereka.
Terang dan jelas bagi majalah tu depan ku. Mereka betul-betul tak anggap aku ni perempuan agaknya.
"Ek eleh, kecohlah. Kenapa, kau nak pinjam ke lepas ni?" Provoke Jian kepada ku.
"Tak hingin aku!" Balas ku geram.
Kecil besar, kecil besar je aku tengok budak bertiga ni.

"Cemburunya aku dengan kau," luah Dina tetiba. "Kau rapat gila dengan mereka bertiga," sambung Dina lagi.
"Kau nak cemburu kenapa. Kau tahu tak, dorang tak mereka layan aku sama macam kawan lelaki dorang," jelas ku dengan cemburu Dina yang tidak berasas itu.
"Minggu depan kelas kita nak ada kan jamuan perpisahan sebelum minggu peperiksaan. Kau dah fikir nak bawa apa untuk jamuan itu nanti?"
Aku termenung sejenak. Jamuan perpisahan?

Aku beralih melihat Jian yang hanya terpisah satu baris. Aku dan Jian menjadi kawan sejak daripada tadika lagi. Hubungan kami memang akrab tetapi tidak lebih daripada itu.
"Hanna."
"Ya?" Balas ku. 'Aik, mana pula dia ni?' Tetiba Jian hilang dari pandangan ku.
"Ann, apa kata kau buat cupcake untuk jamuan itu nanti. It's like you treat us a lunch time dan tanda penghargaan kau kat kami, sahabat sejati selamanya," ujar Sean dengan senyuman melebar penuh makna.
"Gila!" Aku tahu, Sean hantu cupcake.

Pada masa yang sama, mata ku tertangkap kelibat Jian yang berada di luar kelas bersama dengan seorang pelajar perempuan. Senyuman manis terlukis di wajah si perempuan, dan di balas dengan renungan lembut dan senyuman nipis si lelaki.

"Kau buat choco cupcake untuk kita orang je tau," suara Aizat mematikan lamunan ku.
"Betul tu," sokong Sean.
"Jian bukan main seronok lagi kat luar tu kan," ujar Aizat.
"Jian tak perlu cupcake Ann, takpe rasanya. Dia dah ada makwe tu," balas Sean berbaur cemburu.
"Sokong," balas Aizat.
Entah kenapa, jantung ku bagai ditusuk dengan seribu jarum, terasa sakit sangat.
'Aku tak perlu tengok pun kalau aku tak nak, tapi aku terpandang juga,' luah hati ku berbisik.
Aizat dan Sean masih dengan topik kek cawan mereka dan beriya-iya memujuk ku. Walaupun jasad ada bersama mereka, tapi fikiran ku jauh terpisah.
"Mengumpat lah tu?"
Serta merta, aku, Sean, dan Aizat memandang Jian.
"Nak gula-gula?" Jian hulur kepada ku. Gula-gula yang sama yang Jian beri kepada pelajar perempuan tadi.
"Ni je?" Usik ku. Jauh di sudut hati ku, aku kecewa.
"Tak nak sudah," balas Jian dan ingin merampas balik pemberiannya.
"Buruk siku!" Aku mengelak pantas dengan memakan terus.

Tiara, pelajar perempuan paling popular di sekolah kami, dan pelajar perempuan yang berjumpa dengan Jian tiga hari lepas, muncul depan ku.
"Tapi lukisan saya takde la cantik sangat," ujar ku merendah diri.
"Tolonglah, Hanna. Aku nak beri hadiah kepada seseorang sebelum minggu peperiksaan ni," pujuk Tiara bersungguh-sungguh.
"Tapi kenapa dengan saya, kenapa bukan dengan cikgu seni sendiri?"
"Saya dah jumpa cikgu, cikgu saran awak kepada saya sebab awak pelajar terbaik seni halus."
"Kenapa nak bagi lukisan, kenapa tak bagi bend lain je?"
Kenapa Tiara nak bersusah payah bagi benda yang dia sendiri tak tahu nak buat. Beli je kat kedai sudah.
"Saya nak bagi sesuatu yang boleh dia ingat dan kenang sampai bila-bila, dalam masa yang sama, saya nak dia tahu perasaan sebenar saya kat dia," ulas Tiara panjang lebar.

Jadi betullah cakap Sean dan Aizat, Jian dan Tiara sepasang kekasih selama ini.
"Tolanglah, Hanna. Bolehlah," pujuknya tanpa berputus asa.
Aku bukan tak nak tolong dia, tapi aku sendiri takde masa nak melukis. Aku sibuk dengan ulangkaji peperiksaan dan ujian ulangan yang terlepas. Aku bohong Jian aku gagal ujian, tapu sebenarnya aku tak hadir dan dalam masa yang sama, aku dapat tahu Jian pun tak hadir masa tu.
"Bolehlah. Awak nak lukis apa? Tapi hari ini saja tau. Esok saya ada ujian ulangan," Aku mengalah tapi bersyarat.
"Terima kasih!" Soraknya riang.

Seperti biasa, aku akan ada sebotol besar dutchlady perisa strawberi semasa melukis.
"Awak minum ni?"
"A'ah."
"Tak terlalu manis ke?"
"Saya suka perisa ni. Awak nak? Perisa coklat ada, tapi kotak kecil."
"Boleh juga, terima kasih."
Perisa coklat tu sebenarnya untuk Jian sebab Jian akan ambil aku punya kalau dia takde untuk dia.
Tiara melukis sepasang angsa di tasik berlatar belakangkan matahari terbenam. Lukisannya menimbulkan perasaan romantik dan tenang. Mampu mengukir senyuman yang memandangnya. Lukisan Tiara tidak teruk mana pun, cuma perlu dihidupkan saja untuk menjadikan lukisannya tampak hidup dan nyata.

"Wah, cantik. Siapa lukis ni?"
Tercacak wajah Jian di tetiba melihat Tiara sedang menambahbaik lukisannya mengikut arahan ku tadi.
Aku sedikit pun tidak terkesan dengan kehadiran Jian. Aku masih ralat mengulangkaji.
"Hey," ujarnya menghampiri ku yang tidak mempedulikan kehadirannya.
"Yo," balas ku.
Geram barangkali dengan tindakan ku, Jian merampas botol minuman ku dan meminumnya sampai habis yang tersisa separuh tadi.
"Hey, apa ni?!" Marah ku.
"Aku punya mana?" Tagih nya sambil buat muka.
"Aku lupa beli," dalih ku.
Jian ternampak kotak dutchlady perisa coklat di sebelah Tiara.
"Lupa?" Bengis wajah Jian merenung ku.
"Sorry. Balik nanti aku beli untuk kau. Aku janji," ujar ku perlahan.

Tiara memandang dengan penuh perasaan curiga terhadap mereka berdua. Tiara merasakan ada sesuatu antara mereka. Dari awal Jian masuk ke dalam bilik seni tadi, matanya terarah terus ke arah Hanna. Walaupun bibir Jian memuji lukisan Tiara, tapi pandangan terarah ke susu kotak pemberian Hanna kepadanya tadi. Tiara terdengar keluhan kecil Jian saat terpandang kotak dutchlady tu. Paling menyakitkan hati Tiara, melihat saling kefahaman antara mereka berdua.

Sesi persekolahan untuk hari ini telah sampai ke penghujungnya. Tiara berjaya menyiapkan lukisannya. Jian yang telah bersiap sedia menanti Hanna untuk ujian ulangan mundar mandir menanti kedatangan Hanna.

"Terima kasih, Hanna. Saya berjaya siapkan lukisan ni dengan jayanya," ucap Tiara ikhlas.
"Sama. Sebenarnya, awak pandai melukis, cuma perlukan banyak latihan je lagi," balas Hanna jujur.
"Jomlah balik sama," ajak Tiara berkemas untuk pulang.
"Eh, takpe. Saya ada ujian ulangan hari ni."
"Sorang je?"
"Taklah. Jian ada sekali. Okay, bye. Hati-hati okay."
Hanna berlari ke bangunan sebelah untuk ujian ulangan.

Aku dan Jian jalan beriringan. Jian mendiamkan diri sepanjang jalan.
"Kau okay?" Aku berhenti betul di hadapannya.
Renungan Jian hari redup dan sayu.
"Jian Isaac!"
"I can hear you, Ann. Shout out!" Balas Jian geram.
"Kau tu, khayal apa entah," rajuk ku manja. Tetiba.
"Hey, you look so cute," ujar Jian. Tetiba.
"Oh gosh!" Ujar mereka serentak.
"What the hell!" Sumpah Jian.
"Hell shit!" Balas Hanna.
"What?!" Ujar mereka serentak sekali lagi, menyedari diri mereka menyumpah serana.
"Jumpa esok," ujar Hanna sebelum melarikan diri.

Aku bersiap-siap untuk tidur. Hari ini terasa hari yang sungguh panjang dan memenatkan. Macam-macam hal, macam-macam benda berlaku hari ini.
"Ann tak nak makan ke?" Ibu muncul di muka pintu bilik ku.
"Tak. Ann letih sangat hari ini," ujar ku manja.
"Rehat cukup-cukup. Selamat malam," ujar ibu dan mencium ubun-ubun ku sebelum keluar dan mematikan lampu bilik ku.
Aku baru nak pejam mata, telefon ku bergetar (mode silent and vibrate).
"Yes," jawab ku malas.
"Tidur dah ke?" Tanya si pemanggil.
"Jian?" Aku cam suaranya tanpa perlu melihat nama si pemanggil di skrin.
"Yes, I am. Are you waiting call from someone else?" Jelas lagi nyata accent British Jian di corong telefon.
"Bukanlah. Aku dah nak tidur ni. Kau nak apa call aku tetiba ni?"
"Nak ajak kau main online game. Aizat dan Sean pun online sekali."
"Gila!" Marah ku geram. "Study lah sana wey korang. Exam tinggal beberapa minggu je lagi. Chau! Nite, Jian."
"Sorry. Gudnite, Ann."
Aku tersenyum setelah Jian tamatkan talian. Semoga mimpi indah malam ini.

Hari jamuan perpisahan tiba jua akhirnya. Dari awal Hanna sampai hingga ke jamuan bermula, Hanna tak nampak pun batang hidung Jian.
"Nampak Jian tak?" Tanya Hanna.
"Entah. Bilik guru rasanya," jawab rakannya.

Hanna bergerak menuju ke bilik guru. Dalam perjalanan menuju ke bilik guru, tetiba Hanna terdengar suara Tiara. Hanna menyaksikan kejadian siaran langsung di mana Tiara menampar Jian melepaskan marah dan tidak puas hati yang jelas terpapar di wajah Tiara.
'Gaduh ke?' Bisik hati ku dan saat itu jugalah Jian sedar kehadiran di situ.
"Eh?" Aku tergamam seketika saat mata kami bertaut antara satu sama lain.
Disebabkan cemas dan gelabah, aku bercakap tanpa berfikir.
"Biasalah tu, gaduh manja," ujar ku kekok dan kaku.
"Lenkali bawa berbincang bebaik," sambung ku lagi.
Pedih sebenarnya untuk ku luahkan, namun ku gagahkan juga dan aku cuba memaut tangan Jian namun di rentap kasar oleh Jian.
"Bincang bebaik kau kata?" Ujar bengis dan bengang.
Aku terkesima dengan tindakannya. Aku tersalah cakap ke? Kenapa dia nak lepas kemarahannya kat aku pula? Jian pergi meninggalkan aku berdiri kaku sendirian.

Disebabkan sakit hati, kecewa, sedih, dan marah, aku melarikan diri ke padang. Aku duduk termenung jauh sambil ditemani angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan cuaca redup petang. Air mata ku jatuh menyembah bumi. Kesedihan tak tertahan jua akhirnya. Dengan mata berkaca diselaputi air mata, aku merenung kek cawan strawberi ber-topping-kan cream coklat cheese yang aku buat satu-satunya untuk Jian. Aku makan separuh sambil mengelap air mata yang mengalir.
"Jangan habiskan, separuh tu untuk aku," Jian muncul dan hulur susu kotak strawberi kepada ku.
"Takut kau tercekik nanti," sambungnya lagi.
Aku mengalihkan wajah ku dengan pantas, takut Jian perasan aku menangis.
"Kau buat cupcake sama untuk jamuan juga ke?" Tanyanya dan mengambil cupcake yang aku makan hampir separuh.
"Tak. Aku buat kek," jawab ku dengan suara sedikit serak.
"Kenapa kau menangis?" Tanyanya beku.
Aku tak tahu nak jawab macam mana soalannya, kecewa masih terasa di hati ku.
"Kau sayang aku tak?" Tanyanya lagi.
Aku berpaling dengan berkerut seribu di dahi mendengar soalannya tadi.
"Sayang aku tak?" Ulangnya sekali lagi.
"Sayanglah. Kenapa?" Aku semakin pelik dan hairan dengan soalan luar akal Jian.
"Kau cintakan aku tak?" Soalnya lagi.
Aku tetiba hilang sabar.
"Kau dah kenapa ni?"
"Kau tau tak, aku luahkan perasaan aku kat kau time tue, tapi kau sibuk bercakap pasal cupcake. Sakit hati tau!" Luahnya.
"Bila?" Jian ada luah perasaan dia kat aku, kenapa aku macam tak ingat dan tak tahu pula.
"Ada. Dan sekali lagi, masa kat beli seni, tapi kau ralat ulangkaji dan halau aku keluar."
"Bilik seni? Ulangkaji? Time Tiara melukis tu ke?"
"A'ah."
"What?! Tiara then?"
"Aku dah beritahu dia, tapi dia sendiri yang nafikan dan tak percaya. Aku cuma anggap dia kawan dan tak lebih dari itu. Aku dah ada orang yang aku suka," jelas Jian.
"Kau dah ada orang yang kau suka? Siapa?"
"Lembab," Jian menjentik lembut dahi ku.
"Sakit gila!" Aku menampar laju bahunya.
"Aku suka kau, Hanna!" Luahnya.
"What?!"
"I loved you since we meet for the first time," luahnya.
"Tadika?"
"Yes," jawabnya jujur.
"Goat!" Tersasul jadi kambing pula.
"Eh?" Terkejut dan hairan.
"I like since our first day in high school, agak lambat untuk aku sedari," luah ku segan.
"Kau kan kura-kura, lambat," usiknya.
"I love you, Ann," luahnya.
Bagaikan di blusher pipi ku mendengar luahan hati Jian.
"Thanks."
"Eh?" Ujarnya.
Aku minum susu strawberi yang diberinya tadi.
Inilah kisah kami. Selamanya. Jian Isaac dan Hanna Anne.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience