ABD 29: TERLUKA LAGI

Romance Completed 1571819

Adrian membawa Miya ke biliknya dan terus berlalu, meninggalkan Miya di biliknya yang luas dan mewah itu. Tidak pula dia berpesan atau berkata apa-apa membuat Miya terpinga-pinga.

Melangkah ke walk-in closet, Miya membuka almari, mencari tuala. Satu persatu pintu dia buka, sehingga dia melihat susunan tuala berwarna putih kemas terletak di rak almari paling hujung. Menarik sehelai tuala, dia mencari t shirt atau baju yang dia boleh pakai sementara dia mencuci dressnya.

Beberapa helai kemeja lelaki dan dress wanita tergantung rapi di dalam almari itu. Tidak mungkin dia menyarungkan kemeja lelaki. Nanti dikata mahu menggoda pula. Bukankah kemeja lelaki yang disarungkan ke tubuh wanita itu begitu signifikan dengan niat ingin menggoda? Dia tidak mahu Adrian mengaggapnya begitu.

Menanggalkan dress yang sudah kotor itu, Miya mengambil sehelai dress berwarna kuning lembut lalu disarung ke tubuhnya, sebelum menuju ke bilik mandi dan mencuci bahagian dressnya yang terkena ais krim itu. Mujurlah kesan ais krim itu masih baru dan tidak mengambil masa yang lama untuk mencucinya.

Namun hampir satu perempat daripada dress itu sudah basah dan tidak mungkin Miya dapat memakainya semula dalam beberapa minit ini. Paling kurang pun terpaksa tunggu sehingga setengah jam untuk dress itu mengering sedikit.

“Alah..macam mana nak pakai ni..” Miya mengomel sambil melangkah keluar dari bilik air tanpa menyedari Adrian telah berdiri di depan pintu bilik air itu dengan sehelai dress di tangannya.

“Siapa benarkan awak pakai baju tu?”

Tersentak Miya yang tidak menyedari kehadiran Adrian. Apatah lagi apabila mendengar suara Adrian yang dingin itu. Memandang Adrian, tiada kata-kata yang keluar dari Miya. Dia kaget, dan tidak tahu mahu memberikan reaksi yang bagaimana. Bungkam dia melihat tatapan Adrian yang tajam seperti mahu menelannya.

Apa Adrian marah kerana dia memakai pakaian Dahlia? Dia tidak berniat apa-apa. Dia hanya memakainya sekejap sementara menunggu dressnya kering.

“Saya…”

“Awak tak layak ambil hak Dahlia! Awak faham tak? Selain saya dan Lora, awak tak boleh sentuh apa-apa hak Dahlia!” Terjongket bahu Miya dengan suara Adrian yang melengking kuat itu. Sontak terpejam matanya.

"I'm sorry...I..." ujarnya.

"Awak tetap takkan jadi Dahlia, takkan nampak macam Dahlia walaupun awak pakai baju dia! Awak bukan Dahlia dan jangan pernah terfikir untuk ambil hak dia!"

Terkedu Miya sehingga mahu bernafas saja terasa sulit. Bingung, kelu, terluka sehingga otaknya terbejat dan tiada kata-kata yang mempu dia luahkan. Kenapa Adrian selalu berprasangka kepadanya? Kenapa Adrian selalu mengeluarkan kata-kata yang melukakannya? Kenapa Adrian selalu menuduh dia mahu menjadi Dahlia? Dia tidak berniat apa-apa. Langsung tidak!

“Walaupun semua keluarga saya sukakan awak, tapi tak bermaksud awak lebih baik dari Dahlia! Awak jangan fikir awak dapat gantikan Dahlia. Awak takkan sama dengan dia dan awak takkan dapat gantikan tempat dia sampai bila-bila! Awak faham tak?”

Mata Adrian mencerlung marah sehingga nampak urat-urat merah dalam matanya.

Miya tidak menjawab. Toh, tidak kira apa yang dia perkatakan, mungkin hanya akan kedengaran seperti alasan di telinga Adrian.

“Saya faham…” Miya menjawab perlahan.

“Good!” Adrian berlalu dan menutup pintu dengan menghempasnya kuat, sehingga terjongket bahu Miya.

Membuka mata, Miya memandang pintu bilik dengan tatapan kosong. Sebaik sahaja dia mengejipkan mata, setitis air matanya jatuh. Tidak cuba menyeka atau menahannya, semakin banyak titis jernih itu mengalir sehingga dia teresak.

Walau seteguh dan sekuat mana pun hatinya, dia tetap manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan.

Kata-kata dan perbuatan Adrian benar-benar melukakannya. Ini bukan kali pertama. Bukan! Adrian seolah-olah memandangnya seperti objek. Objek untuk memuaskan nafsunya dan objek untuk dia mendapatkan hak penjagaan Lora. Adrian tidak pernah memandangnya sebagai isteri. Dia boleh menerima hakikat Adrian tidak pernah mencintainya, tetapi perlukah Adrian menghina dan menuduhnya cuba menggantikan tempat Dahlia? Dia tahu dia tidak layak dan tidak pernah cuba untuk cuba menjadikan dirinya layak.

Menanggalkan dress kuning milik Dahlia, Miya menyarungkan semula dressnya yang masih basah, sebelum keluar dari bilik itu.

Tidak peduli dengan majlis yang masih berlangsung, Miya meninggalkan villa mewah itu. Mungkin kerana bilangan tetamu yang ramai, dan masing-masing sibuk berbual, tiada sesiapa yang menyedari kehilangannya.

Menelusuri jalan yang kiri kanannya ditanam pokok oak, dengan gantungan lampu LED berwarna kuning, membuat Miya tidak begitu takut dengan suasana sunyi itu walaupun bersendirian. Jarak dari villa ke pagar utama sejauh 2km, namun sedikit pun dia tidak berasa penat. Bunyi muzik dan tawa ria tetamu di Villa masih terdengar, meriah meraikan hari lahir Tuan Nelson Liew. Namun dia tidak betah untuk berada di villa itu lagi. Walaupun keluarga Adrian melayannya dengan sangat baik, tetapi kata-kata Adrian benar-benar membuatnya terguris. Mungkin kerana ini bukan kali pertama, membuatkan kata-kata itu seperti menabur garam di atas luka yang masih berdarah. Perit dan pedih.

Masih ada lebih kurang empat bulan lagi sebelum Adrian menceraikannya. Mampukah dia bertahan selama itu? Atau dia patut berhenti setakat ini sahaja? Perkahwinan mereka adalah rahsia, dan perceraian mereka juga akan menjadi rahsia, bukan? Datin Fauziah tidak akan tahu jika mereka bercerai dan Adrian tidak akan kehilangan hak penjagaan Lora.

Meneruskan langkah, Miya mendongak memandang langit malam yang diterangi cahaya bulan. Nafas ditarik panjang sebelum dia menghembusnya perlahan.

Mungkin dia tidak mempunyai tuah dengan lelaki. Hubungannya dengan lelaki tidak pernah berakhir dengan baik. Jika ditakdirkan hidupnya akan berakhir tanpa sebarang ikatan perkahwinan, tanpa anak, tanpa pewaris, dia redha. Dia pun anak yatim piatu dan tidak diketahui asal-usul. Jadi, untuk apa perlunya keturunan? Dia pun tidak ada harta yang boleh diwariskan.

Namun cadangan Balqis beberapa hari lepas masih terngiang-ngiang di telinganya. Apa dia perlu mempertimbangkan cadangan itu? Ya, setidaknya, selepas bercerai, dia punya sesuatu sebagai alasan untuk dia terus berdiri. Anak.

Miya terus berjalan. Dia tidak tahu ke mana arah tujunya. Dia hanya terus melangkah, mengikut nalurinya. Hati dan fikirannya kosong saat ini. Sekosong langit malam tanpa sebutir bintang.

Pin! Pin!

Bunyi hon kereta dari arah belakang mengejutkan Miya. Tidak menoleh, dia menepi sedikit ke arah kiri, walaupun dia yakin tidak sedang menghalang laluan kenderaan.

Pin! Pin!

Bunyi itu lagi. Berang, Miya menoleh. Sudahlah fikirannya berserabut, hatinya sakit, perasaannya terluka, ada pula manusia yang cuba mencari gaduh dengannya.

Sebuah Audi R8 berwarna hitam dipandu perlahan, seolah mengekorinya. Memicingkan mata, dia cuba memfokuskan pandangan ke arah tempat duduk pemandu untuk melihat siapa pemandunya.

Belum sempat dia mengecam si pemandu, kereta itu berhenti di sebelahnya dan pemiliknya menurunkan cermin.

Adam!

Berdecit kesal, dia melebarkan langkah menjauhi lelaki itu. Dia tidak berminat untuk berdepan dengan sesiapa sekarang ini. Dia mahu bersendiri.

Sekalipun dia sedang kecewa dengan Adrian, tidak mungkin dia membalasnya dengan membiarkan Adam mendekati.

“Miya!” panggil Adam. Kembali memandu perlahan, disejajarkan keretanya dengan langkah Miya.

Miya terus melangkah, malas menghiraukan Adam.

“Miya, get in the car. Awak nak pergi mana malam-malam ni?” tanya Adam, sambil mencondongkan sedikit badannya ke kiri, memandang Miya melalui cermin tingkap yang terbuka.

Tiada jawapan. Dengan tatapan datar, lurus ke depan, Miya nampak tidak berminat menjawab pertanyaannya.

Adam membuang nafas. Diparkir kereta di pinggir jalan, lalu keluar.

“Miya, tunggu!” Dikejar langkah Miya yang sudah semakin jauh.

Miya masih tidak menghiraukannya

“Miya, I dengar jerit kat you tadi.”

Kata-kata Adam itu berhasil menghentikan langkah Miya.
Peluang itu digunakan Adam untuk mendekati Miya. Berdiri di depan wanita itu, dia menelisik wajah Miya yang sembap. Dia tahu Miya menangis. Dia mengekori Miya sejak isteri abangnya itu melangkah keluar dari villa.

Kebetulan dia sedang menuju ke biliknya ketika dia mendengar Adrian membentak Miya dan melangkah keluar dengan wajah marah sebelum menghempas pintu dengan kasar.

“Kenapa awak kahwin dengan Adrian?” tanya Adam tanpa mengalihkan tatapannya nya dari wajah Miya.

“Bukan urusan awak,” balas Miya dan ingin segera berlalu, tetapi Adam menghalang dengan berdiri di depannya.

“Adam…” Miya menghela nafas kasar. Sungguh dia lelah menghadapi tingkah Adam ini. Tidak fahamkah Adam, yang dia tidak mahu diganggu.

“I know something is wrong with the marriage between you and Adrian. Tell me, why did you marry him?” Adam terus mendesak membuat Miya berdecak kesal.

“There is nothing wrong with our marriage. And if there is something wrong, you have no right to know,” balas Miya.

Adam terdiam. Menelisik wajah Miya dan mencari kejujuran di sebalik wajah ayu itu. Miya tetap seperti dulu. Sentiasa tenang. Tidak pernah dia melihat Miya menjerit, marah atau meninggi suara. Malah, ketika dia tertangkap bersama teman serumah Miya dulu pun, Miya tidak menjerit memarahi atau memakinya. Sedangkan dia ingin sekali Miya memaki, menghamun, malah memukul atau menumbuk mukanya jika itu boleh membuatkan Miya memaafkannya. Tetapi, itu tidak berlaku. Miya dengan tenang melangkah meninggalkannya tanpa menoleh lagi.

“Saya tak suka dengar dia bentak awak, Miya,” kata Adam.

“That’s just a misunderstanding,” balas Miya.

“Salah faham apa?”

Miya membuang nafas. Rimas. Apa Adam tidak nampak riak mukanya yang sudah menyampah ini? Apa dia perlu berterus terang menyatakan dia tidak mahu berbicara dengannya? Apatah lagi untuk membahas masalah rumah tangganya. Daripada meluah kepada Adam, lebih baik dia bercakap dengan botol sabun.

“Adam, awak baliklah.”

“Saya akan balik kalau awak ikut saya.”

“Saya takkan balik ke sana,” tegas Miya.

“Why?”

Miya mendesah kasar. Tahap kesabarannya sudah sampai ke ubun-ubun. Sedikit saja lagi mahu meledak.

“Sebab baju saya basah. Saya nak balik, nak rehat, nak tidur. Saya penat.” Miya masih cuba mengawal suaranya supaya tidak melenting.

Anak matanya turun, memandang bahagian bawah baju Miya yang masih basah.

Pelik. Bukankah tadi Adrian sudah mengambil baju ganti untuk Miya? Mengapa Miya masih memakai baju basah ini?

Dan...Mengapa pula Adrian membentak Miya?

Berbagai persoalan muncul di benaknya, tanpa satupun menemui jawapan.

“Saya hantar awak balik,” pelawanya.

“Tak perlu Adam. Saya boleh naik Grab.”

“Miya, saya tak berniat apa-apa.” Adam masih berusaha memujuk. Walaupun dia telah memberi jaminan kepada Adrian tidak akan mengganggu Miya, tetapi dia tidak sepenuh hati berkata begitu. Rasa cintanya pada Miya masih terlalu besar. Bukan mudah untuk dia melupakan, apa lagi melepaskan.

“Apa kata kalau kita pergi minum dulu. Anggap ni macam reunion, jumpa kawan lama. Saya takkan sentuh apa-apa tentang perkahwinan awak dengan Adrian.”

Miya tidak membalas. Lama dia berfikir sebelum akhirnya dia menerima pelawaan Adam itu. Secawan kopi mungkin bisa menenangkan otaknya yang berserabut, dan hatinya yang galau.

Sebuah coffee shop yang terletak tidak jauh dari kediaman Tuan Nelson menjadi pilihan Adam.

Memesan iced moccha untuk Miya, dan Americano untuk dirinya sendiri, dia masih belum melupakan semua tentang Miya. Kopi dan kek kegemaran Miya, warna kesukaan Miya, semuanya. Malah cara Miya memegang pen, kepala Miya serong ke arah mana saat menulis, jari mana yang paling banyak digunakan oleh Miya untuk menaip. Segala-galanya masih kekal tersemat dalam kepalanya. Lima tahun bukan waktu yang singkat untuk dia tidak menghafal segalanya tentang Miya.

“Ermmm…This cake is tasty..” Miya menikmati Basque Burnt Cheese Cake yang dipesan oleh Adam untuknya. Kek kegemarannya. Dia sukakan semua jenis makanan yang berasaskan keju, baik pencuci mulut ataupun hidangan utama.

“That’s your favourite cake,” ujar Adam lalu menyesap kopinya yang masih hangat.

“Yeah…” Miya mengangguk dan tersenyum nipis. “Tapi, masih tak boleh lawan Burnt Cheese Cake yang dekat kolej dulu.”

“The one at the faculty café right?”

“Emmm..” Miya mengangguk cepat. Terbayang kek keju yang selalu dinikmatinya ketika di universiti dulu. Adam akan selalu menunggunya di café fakulti sehingga dia habis waktu kuliah. Café itu menjadi tempat janji temu mereka sementara menunggu kelas seterusnya. Sepotong kek keju, dan secawan kopi dikongsi berdua. Nama saja kongsi berdua, tetapi selalunya dia akan menghabiskan tiga per empat daripada kek itu.

Ah, ternyata dia masih mengingati momen indah bersama Adam lima tahun lalu.

“You still remember, huh.” Adam tersenyum senang.

Miya tidak membalas; masih menikmati keenakan kek keju hangus kegemarannya itu.

“So, do you have a girlfriend?” tanya Miya, tidak mahu Adam terus bercakap tentang mereka.

Adam ketawa tanpa suara. “Kalau I jawab tak ada, you faham?”

“Tak ada sebab untuk saya tak percaya.”

“Actually, I’m still waiting for you.” Adam bersuara perlahan, seolah berbicara pada dirinya sendiri, tetapi dia berharap Miya mendengarnya.

“You should move on. Our relationship ended five years ago and I’m Adrian’s wife now,” balas Miya.

“Yeah. I know.” Adam menunduk dalam sambil mengaduk kopinya. “Are you happy with him?” tanyanya.

Miya menghela nafas. “We’ve agreed not to discuss about this, right?”

“Right. I’m sorry.” Adam tersenyum getir.

Hening. Beberapa saat, tiada bicara antara mereka. Masing-masing larut dalam fikiran masing-masing sebelum mata Adam menancap pada cincin dengan permata berwarna biru pada jari manis Miya. Cincin perkahwinan ibunya. Entah mengapa, hatinya berdenyut sakit melihat cincin itu. Cincin yang menunjukkan kepemilikan keluarga Liew terhadap Miya. Sayangnya, Miya milik Adrian, bukan miliknya.

“So, awak kerja kat mana sekarang?” tanya Adam, cuba mengalihkan rasa sakit di hatinya dengan berbicara tentang pekerjaan Miya.

“Marketing Department dekat syarikat pengeluar barang kemas.”

“Oh, apa nama syarikat tu?”

“DayMond Jewels.”

Hati Adam bagai disiram cecair downy. Wangi dan berbunga-bunga. DayMond Jewels? Serius?

Oh, kebetulan apakah ini? Syarikat yang kononnya akan diserahkan padanya? Dia tidak berminat untuk mengambil alih syarikat itu daripada Adrian. Tetapi kalau bekerja di Jabatan Pemasaran, dia tidak akan menolaknya. Tak kisahlah walau hanya menjadi kerani, asalkan dia dapat melihat Miya setiap hari.

Berdosakah dia kerana memiliki perasaan begitu terhadap isteri abangnya? Dia sedar mencintai Miya adalah satu kesalahan, tetapi dia tidak bisa menepisnya. Dia tidak akan mengganggu rumah tangga Adrian, tetapi dia tetap akan mencintai Miya dalam diam. Setidaknya sehingga dia menemui wanita yang benar-benar dapat menggantikan tempat Miya di hatinya.

“Sejak bila?” tanya Adam lagi.

“Dah tiga tahun lebih.”

“Ermmm…Saya pun akan kerja dekat situ nanti.”

“I know. Adrian ada beritahu.”

“How’s the working environment there?” tanya Adrian lagi.

“Very condusive..” Miya mula bercerita tentang suasana kerja di D-Mond Jewels. Tentang rakan sejabatan yang sangat bekerjasama, rakan dari jabatan lain yang saling tolong-menolong, ketua yang bertimbang rasa, serta serba sedikit strategi pemasaran yang diamalkan di syarikat itu. Sesaat dia seakan lupa segala dendam, kebencian dan rasa sakit hatinya terhadap Adam.

Adam mendengar dengan asyik, walaupun tidak semua kata-kata Miya masuk ke dalam otaknya. Dia lebih terpesona dengan wajah dan suara Miya yang nampaknya sudah mulai lunak dengannya. Tidak lagi sombong dan dingin seperti tadi.

Selepas hampir dua jam menghabiskan masa bersama, Miya meminta diri untuk pulang. Bagaimanapun dia isteri Adrian. Tidak seharusnya dia berdua dengan lelaki lain walaupun Adam adalah adik Adrian dan mereka berada di tempat terbuka. Namun setidaknya, dia dapat melupakan seketika rasa kecewa dan terlukanya terhadap Adrian.

Adam menawarkan untuk menghantarnya pulang, namun dia menolak. Bimbang jika dilihat Adrian dan akan menimbulkan salah faham antara dua beradik itu.

Namun tanpa Miya tahu, Adam mengekori Grabcar yang ditumpanginya. Bukan Adam mahu menyelidik tempat tinggal Miya, tetapi dia hanya mahu memastikan keselamatan wanita itu.

DI villa, tetamu beransur pulang ketika jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam. Hanya tinggal beberapa keluarga terdekat sahaja yang masih berbual dan menjamu selera.

“Adrian, where’s Miya? Mama tak nampak dia dari tadi.”

Pertanyaan mamanya membuat mata Adrian melilau mencari kelibat Miya di ruang utama Villa mewah itu. Namun, dia tidak melihat Miya.

Selepas memarahi Miya kerana memakai dress Dahlia tadi, dia terus meninggalkan isterinya itu dan langsung terlupa tentangnya.

Adakah Miya masih belum keluar dari bilik?

Tanpa menjawab pertanyaan ibunya, Adrian terus melangkah menuju ke biliknya di tingkat dua.

Membuka pintu bilik, dia tidak nampak Miya di situ. Dijenguk pula ke bilik air.

Kosong.

Di mana Miya?

Adrian diserbu rasa bimbang tidak semena-mena. Juga kesal. Dia tahu dia terlalu mengikut perasaan dan melukakan Miya sekali lagi dengan kata-katanya yang menyakitkan hati.

Mengeluarkan telefon dari saku dalam kotnya, berniat mahu menghubungi Miya, tetapi dia melihat notifikasi mesej pada skrin. Pantas dibuka mesej dari Miya itu, yang dihantar dua jam lalu.

‘I had to go back first. And I’m sorry for staining Dahlia’s dress with my body.’

Merapatkan kelopak matanya, Adrian mengetap bibir. Jelas. Miya terluka dengan kata-katanya tadi. Dia tidak berniat untuk melukakan Miya, tetapi dress yang disarungkan oleh Miya adalah dress terakhir yang dia hadiahkan pada Dahlia, untuk dipakai pada majlis ulang tahun perkahwinan mereka, tetapi Dahlia tidak sempat menyarungkannya.

Adrian mendail nombor Miya, tetapi hanya dijawab oleh mesin pesanan suara. Didail sekali lagi. Masih sama. Adakah Miya merajuk dan menutup telefonnya? Adrian mengetap bibir. Dalam kekesalan, dia geram juga dengan Miya. Berani-berani dia mematikan telefonnya!

Turun semula ke tingkat bawah, Adrian menghampiri ibunya.
“Mama, I kena balik dulu,” ujarnya.

“Where’s Miya?” tanya Puan Sri Bethanie. Dia dapat mengesan sesuatu yang tak kena apabila melihat wajah Adrian yang kusut.

“Daddy, where’s omma?”
Sebelum sempat Adrian menjawab pertanyaan ibunya, Lora tiba-tiba muncul.

“Omma dah balik.”

“Omma marah Lora ke?” tanya Lora dengan mata berkaca.

“No. Mana ada omma marah. Omma tak marah Lora kan?” Adrian memujuk.

“But it’s my fault. I stained omma’s dress with ice cream.”

“It’s not your fault. You didn’t do it on purpose, right? Omma didn’t blame you at all.” Benar, Miya langsung tidak menunjukkan rasa marah atau mengungkit kesalahan Lora itu.

“Really?”

“Yeah.” Adrian mengangguk.

“Habis tu, kenapa omma balik awal? Kenapa omma tak tunggu kita?"

Adrian terdiam. Itu bukan salah Lora, tetapi salahnya.

“Sebab omma sakit kepala.” Ah, terpaksa dia berbohong.

Mengalih tatapan dari Lora, dia memandang ibunya yang hanya memerhati gelagat dia dengan Lora. Tidak berani dia bertentang mata dengan ibunya itu, kerana dia tahu ibunya sangat bijak membaca fikiran orang.

“I balik dulu,” ujarnya dan terus berlalu sambil memegang tangan Lora, dan tanpa menunggu jawapan ibunya.

“Adrian.”

Adrian menoleh semula.

“If anything happened between you and Miya, I’m not on your side,” ujar Puan Sri Bethanie. Suaranya perlahan sahaja, tetapi Adrian dapat merasai ketegasan dalam kata-kata itu, dan dia tahu ibunya bena-benar memaksudkannya.

“How could you...? I'm your biological son, right?” Adrian memprotes.

“Remember my words.” Tanpa membalas kata-kata Adrian, Puan Sri Bethanie meluruskan telunjuk ke arah anaknya itu dan terus berlalu.

Adrian “…”

SESAMPAI di rumah, Adrian terus melilau mencari kelibat Miya. Tetapi, rumah itu sunyi dan tiada tanda-tanda yang menunjukkan Miya sudah pulang.

Dengan dada berdetak hebat, dia meluru ke bilik. Gelap. Menekan suis lampu, dilihat katilnya kosong.

Di mana Miya? Adrian menjengah ke bilik air. Tidak berkunci, menunjukkan Miya tiada di situ.

Fikiran Adrian mula kusut. Miya menghantar mesej kepadanya lebih dua jam lalu mahu pulang ke rumah. SepatutnyaMiya sudah berada di rumah ketika ini. Perasaan kesal, bimbang, marah mula bercampur aduk.

Apa Miya merajuk dan melarikan diri?

Memikirkan kemungkinan itu, Adrian bergegas menuju ke walk in closet dan dia lega kerana melihat baju-baju Miya masih tergantung kemas di sana.

Jadi, di mana Miya sekarang?

Atau Miya diculik ketika pulang bersendirian?

Serta-merta berita tentang gadis yang menjadi mangsa rogol dan bunuh pemandu grab memenuhi ruang fikiran. Dikeluarkan telefonnya dari saku seluar, dia menghubungi Miya sekali lagi.

‘Hello, this is Miya Liany. I’m not available right now. Please leave your message…’

Masih dijawab oleh peti pesanan suara. Adrian mula tidak tentu arah. Hujan lebat yang masih belum berhenti sejak tadi membuatnya bertambah resah.

Tuhan, di mana Miya?

“Daddy, omma isn’t home, yet. Where is she?” Lora sudah seperti mahu menangis. Takut benar dia, jika Miya merajuk kerana dia mengotorkan baju ommanya itu. Dia takut jika Miya terus tidak pulang ke rumah dan dia tidak berpeluang untuk meminta maaf, walaupun Miya sudah berkali-kali memberitahunya bahawa dia tidak marah dan tidak menyalahkannya.

“I…” Adrian tidak tahu mahu memberikan jawapan yang bagaimana. Dia bingung dan buntu.

Apa yang harus dia lakukan sekarang?

Lapor pada polis? Ah, Miya hilang belum pun sampai dua puluh empat jam.

“Can we go find omma? It’s raining outside. Mesti omma sejuk” rengek Lora.

“Hmmm..Okay. Let’s go find omma..”

Ketika Adrian mencapai kunci kereta, pintu appartment mereka tiba-tiba dibuka dari luar, dan Miya melangkah masuk dengan wajah datar. Adrian dan Lora sama-sama tergamam memandangnya. Miya membalas pandangan mereka tanpa ekspresi.

“Omma, where did you go?” Lora berlari ke arah Miya dan memeluknya.

Miya tidak membalas pelukan Lora, sebaliknya dia bertinggung, mensejajarkan ketinggiannya dengan Lora.

“Are you worried about me?” tanya Miya lembut sambil membelai rambut Lora.

Lora mengangguk. “I thought you were mad at me and left me. I’m so scared. I’m sorry for staining your dress.”

“Lora, berapa kali omma nak cakap. Omma tak marah. It’s just a dress. No big deal. Nanti boleh basuh.” Miya meyakinkan Lora. Dia tidak tahu mengapa Lora begitu tebal dengan rasa bersalah, sedangkan dia langsung tidak menyalahkan anak itu.

“Betul? Omma tak marah?” Lora masih ragu-ragu.

“Betul. Tak perlu rasa bersalah.” Miya tersenyum, sambil memandang tepat ke dalam anak mata Lora, meyakinkan anak itu yang dia benar-benar tidak marah.

“Next time, if I made mistakes, just scold me. But, plese don’t leave me,” ujar Lora dengan mata berkaca.

Miya tersenyum lantas memeluk anak itu. “Okay.” Diusap lembutkepala Lora lalu bangun dan terus menuju ke bilik. Langsung dia tidak memandang Adrian yang memerhatikan gelagat dia dan Lora sejak tadi.

Dia benar-benar terluka dengan kata-kata Adrian. Dan dia dia tidak boleh berpura-pura seolah-olah dia langsung tidak terkesan. Dia perlukan masa untuk melupakannya.

“Daddy gaduh dengan omma?” tanya Lora sambil mendongakkan kepalanya memandang Adrian.

“Lora, it’s time to sleep.” Adrian tidak mahu menjawab pertanyaan Lora. Didorong lembut tubuh Lora menuju ke biliknya.

“Did you scold omma?”

“Change your clothes then go to bed”

“Jangan gaduh dengan omma. Omma baik.”

“Lora, jangan masuk campur urusan orang dewasa.” Sedikit menekan suaranya, buntang matanya memandang Lora, membuat anaknya itu akhirnya dia.

Membantu Lora menggosok gigi dan menukar baju, Adrian menemani anaknya itu sehingga dia tertidur.

Selepas memastikan Lora benar-benar lena, barulah dia kembali ke biliknya. Perlahan dia memulas tombol pintu.

Dia tidak pernah setakut ini berdepan dengan isterinya sepanjang enam tahun berkahwin dengan Dahlia. Dahlia jarang merajuk, kerana arwah isterinya itu jenis yang lantang dan terus menyuarakan isi hatinya tanpa berselindung. Berbeza dengan Miya, yang lebih suka memendam.

Melangkah masuk, dia mendapati Miya sudah tidur. Dia tidak tahu sama ada dia perlu merasa lega atau terus melayan rasa gelisahnya.

Melabuhkan duduk di birai katil, dia memandang Miya yang kelihatan begitu tenang dalam tidurnya. Terhulur tangannya mahu membelai pipi Miya, tetapi sesaat kemudian, dia menarik semula tangannya, seolah-olah ada sesuatu yang menahan.

“I’m sorry…” Namun, kata-kata itu hanya bergema dalam hatinya.

Entah mengapa dia selalu melukakan Miya dengan kata-katanya. Dan selepas itu dia akan menyesal sendiri. Dia akui, dia tidak dapat mengawal emosi apabila melihat Miya menyarungkan baju Dahlia. Baju itu adalah baju yang dia hadiahkan kepada Dahlia untuk dipakai pada hari ulang tahun perkahwinan mereka, tetapi Dahlia tidak sempat menyarungkannya kerana dia terlibat dalam kemalangan sehari sebelumnya.

Dia sudah hampir melupakan Dahlia sejak bersama Miya. Hampir. Sekalipun ingatan tentang Dahlia tetap hadir, tetapi apabila Miya bersamanya, ingatan itu sedikit demi sedikit hilang. Melihat Miya menyarungkan baju itu, membuat emosinya tersulut. Fikirannya terbayang wajah dan tubuh Dahlia yang berlumuran darah, serta jasad Dahlia yang terbujur kaku di atas katil hospital.

Dia tidak tahu sampai bila dia harus hidup dengan bayangan Dahlia, sedangkan susuk itu sudah tiada dan tidak mungkin akan kembali.

Share this novel

awer
2022-09-09 22:28:03 

baju je pun. tu oun nk kecoh la ko ni...

norsila
2022-09-09 19:59:24 

hahaha jentik dgn bom...kn senang..hahaha

Rimatanti Rasyid
2022-09-09 15:41:28 

mata masuk habuk lah baca capter ni.. kesiannya miya. semoga miya tabah utk hadapinya.. Adrian ni pun satu ikut sgt hati yg panas baran tu..


NovelPlus Premium

The best ads free experience