Rate

??Bab 1??

Romance Series 2364

Lambat Mel bangun, semalam balik pukul berapa?” soalan dari daddy buat Amelyn gerun, aduh!! Kantoi pula semalam balik lambat.
   “Macam biasalah Daddy!!” Emelyn balas bersahaja tiada langsung riak wajah serba salah. Tan Sri Khairuddin semakin geram melihat perangai anak perempuan nya ini, sudah berapa kali dinasihati tapi tak masuk langsung dalam akal dan fikiran. Bagai mencurah air ke daun keladi sahaja!!
   “Cubalah sekali Mel dengar kata Daddy, stop lah buat perangai macam ini. Duit yang Daddy bagi tu janganlah asyik nak guna untuk bershopping sahaja” bebel Tan Sri Khairuddin, Emelyn hanya tahu mengangguk kan kepala sahaja tapi faham sahajalah apa yang Daddy bicarakan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Bazir air liur sahaja bercakap dengan Emelyn yang keras kepala kuasa dua ini!!
   “Mel dengar tak apa yang Daddy cakap ni? Last warning ok!! Kalau tak dengar juga kad kredit Mel Daddy sekat!!” tegas nada yang dilontarkan Tan Sri Khairuddin. Emelyn mengeluh, inilah yang dia lemah sangat kalau tiada kad kredit memang tak bolehlah nak beli segala barang berjenama jadi kali ini dia harus dengar kata-kata Daddy.
   “Mel dengar. Oklah Daddy Mel lapar so Mel kena breakfast” itu sahaja balasan dari Emelyn dengan langkah longlai dia menuju ke ruang makan di mana orang gajinya Mak Piah sedang menyediakan sarapan pagi. Tan Sri Khairuddin mengeluh seketika, dia buntu bagaimana lagi mahu membentuk perangai anaknya ini. Gambar arwah isterinya direnung, arwah Emelda Raihana persis wajah Emelyn. Rindu nya dia pada arwah isterinya itu, isterinya itu meninggal dunia ketika Emelyn masih berumur lima tahun kerana penyakit ketumbuhan dalam perut takdir Allah tiada siapa mampu menolaknya. Tapi itulah di sebabkan dia terlalu sibuk mengurus kan hal syarikat nya dia terpaksa mengabaikan Emelyn sedikit sebanyak dia merasa inilah sebab Emelyn menjadi seperti ini.

Zara menghampiri ibunya yang sedang memasak di dapur, ada sesuatu yang dia mahu bicarakan namun risau pula sekiranya Puan Khairina tidak membenarkan. Namun dia harus tanya juga manalah tahu hati ibunya lembut mahu membenarkan.
   “Ibu, best kan Aisyah dapat kerja di Kuala Lumpur. Kan bagus kalau Zara pun boleh pergi ke sana juga”sapa Zara, Puan Khairina memandang anaknya dengan riak wajah berkerut.
   “Kenapa? Zara nak kerja kat sana ke?” duga Puan Khairina. Zara sudah gawat tidak tahu mahu jawab apa!!
   “Kalau ibu benarkan, apa salahnya lagipun Zara ada kelulusan” balas Zara, dalam hatinya berharap ibunya memahami apa yang dihajati.
   “Boleh tu memang boleh Zara, tapi ibu risaulah. Kuala Lumpur tu bandar besar takut kalau apa-apa jadi. Tapi kalau kamu mahu juga ibu boleh tanyakan Pak Long ada kekosongan tak di Syarikat dia” cadang Puan Khairina, Zara mengangguk bersetuju tapi itulah takut pula kalau sepupunya si Emelyn itu tidak suka dengan kehadirannya, bukan nak berangkat buruk tapi memang benar sejak dahulu Emelyn tak pernah melayannya dengan baik malahan cara percakapannya kasar sekali. Puas juga Zara cuba berbaik tapi apa yang Zara dapat hanyalah kata sindiran.
   “Kalau fasal Mel tu kamu jangan risau, ibu yakin dia dah ok dengan kamu” tambah Puan Khairina lagi, Zara hanya mampu tersenyum harapnya apa yang ibu katakan itu benar-benar terjadi.

   “Wah Mel, so stunning you punya cincin. You baru beli ke?” soal Zakya, rakan Emelyn. Emelyn hanya menayangkan riak wajah bangga. Macam biasa perangai dia yang selalu menunjuk itu!!
   “Of course lah, latest update you all!! By the way ni Pandora tau” balas Emelyn dengan riak, nasib sahaja dia dapat kawan sekepala yang sama perangai jadi tidak adalah isu meluat dan menyampah di situ tapi tidak boleh jangka juga hati manusia manalah tahu!
   “Untunglah you Met jadi anak orang kaya, apa-apa you nak dapat, petik jari semua dapat.” Ucap Nysa, dia lah antara rakan mereka yang berhijab lagipun dia model Muslimah.
   “Dahlah you all ni, asyik puji I saja. Well, today kita nak pergi mana?” Emelyn cuba menutup topik perbualan mereka sekarang.
   “Macam biasalah Mel, wayang or karaoke ataupun you all ada cadangan lain?” cadang Nysa, macam biasalah waktu free mereka di habiskan dengan aktiviti seperti ini lagipun kalau mereka tidak bekerja sekalipun harta keluarga masih cukup menampung hidup silap hari bulan tak habis tujuh keturunan.
   “I ok je, next week lah kita pergi holiday and maybe London or Paris ataupun Bandung” kata putus dari Emelyn, terkejut semua rakannya bila mendengar cadangan Emelyn mahu bercuti keluar negara.
   “Like seriously you nak bawa kita orang pergi holiday? Wah you memang terbaik lah Mel!!” kata Zakya dengan teruja, Emelyn hanya mengangguk mengiyakan.
   “But I cuma support tiket flight and hotel kita je tau. Duit makan and shopping tu pandai-pandailah you all bawa sendiri” beritahu Emelyn. Ketawa Zakya dan Nyssa mendengar nya.
   “Eh you ni mestilah I bawa, anak Tan Sri ok!!”

Sakitnya hati! Kereta Mini Cooper nya ini memang suka cari fasal, waktu macam inilah dia mahu meragam. Dengan kain ketat paras lutut itu Emelyn menendang tayar keretanya sendiri disebabkan rasa geram. Jam menunjukkan tepat pukul 9.30 malam, ada sesiapa yang nak berikan bantuan waktu macam ni? Someone? Somebody? Huh takde seorang pun yang nak tolong!!
   Baru sahaja Emelyn mahu mengeluarkan Iphone miliknya tiba-tiba sebuah kereta Audi berwarna putih memarkir berhampiran kereta Emelyn.
   Haziq Farhan!! Ada rasa menyampah dalam hati Emelyn melihat wajah itu, ada sahaja di mana dia berada.
   “Hey sweetie what’s going on?” soalan dari wajah lelaki kacukan China itu buat Emelyn rasa meluat.
   “I tengah main repair kereta dekat sini, you nak join ke? Manalah tahu I boleh betulkan sikit otak you yang dah rosak tu!!” sindir Emelyn dengan geram, tapi boleh pula Haziq ketawa!!
   “You know what, you look so cute when say like that. By the way, kenapa dengan kereta you ni” Haziq berkata, di awal ayatnya cuba membeli hati Emelyn namun percubaan itu sia-sia!! Haziq Farhan sila cuba lagi.
   “Kalau datang sini setakat nak cakap benda merepek you should go now but kalau rasa nak tolong dipersilakan untuk tolong with one condition, jangan cakap dengan I kecuali kalau I tanya you apa-apa question barulah you boleh bercakap. So nak tolong ke tak?” soal Emelyn dengan geram, entah apa-apa sahaja si Haziq ni memang spesies mulut tak reti diam dan paling Emelyn tak suka si Haziq ni sweet talker orangnya. Kalau nak tahu, sejak zaman Universiti Haziq cuba mendekati Emelyn namun percubaan nya langsung tak membuahkan hasil sebab Emelyn sombong sangat. Nampak sahaja wajahnya mahu menghampiri dia dijeling jadi memang wajarlah dia tahu Emelyn langsung tidak berminat nak kenal dia!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience