Rate

RUMAH

Horror & Thriller Series 1970

Zaman sekarang, semua sibuk dengan alat komunikasi masing-masing. Baik yang kecik, muda, ataupun yang dewasa. 24 jam tangan berkepit dengan handphone masing-masing.

Sama lah jugak dengan Afiq, pemuda 22 tahun yang menyewa di sebuah pangsapuri lama di ibu kota. Afiq tak lah tinggal bersendirian, Zainal merupakan teman serumahnya.

Mereka menuntut di sebuah kolej berdekatan. Keluarga Afiq pulak tinggal di Negeri Sembilan. Asalnya, Afiq memang anak jati Negeri Sembilan, cuma rezeki dia kat KL.

Malam tu, Afiq bersendirian di rumah. Macam orang-orang lain, Afiq leka bermain handphone. Entah apa yang syok sangat dia membelek laman sosial dia tu.

Tv sengaja dia tidak hidupkan. Dah ada handphone, buat apa nak bukak tv kan? Bazir elektrik je.

Sedang leka Afiq melayan handphone, telinganya menangkap satu bunyi yang datangnya dari arah dapur.

“Apa benda tu?” mulutnya ringan menanya. Dia bangkit dari sofa dan berjalan ke dapur. Kosong. Takda apa pun. “Angin kot...” dia sekadar mengangkat bahu. Semasa dia berjalan kembali ke sofa di ruang tamu, bunyi benda jatuh pula kedengaran.

Afiq sedikit kaget. “Kus semangat. Terperanjat aku. Apa lah yang jatuh pulak tu” dia mula berang. Ye lah, time kau syok main phone, banyak pulak songeh. Pishang betul!

Afiq meletakkan handphonenya di atas meja dan kembali ke dapur. Pelik sekali, barang-barang semua tersusun kemas di atas meja. Takda satu pun yang ada kat lantai. “Bodoh, main-main pulak. Menyusahkan aku je” getus Afiq.

Menyusahkan kau ke, Afiq?

Afiq terloncat. Suara yang baru je berbisik di telinga kirinya kedengaran seperti suara perempuan. Halus dan nyaring bunyinya.

Afiq terus melihat sekiling rumah. “Betul ke ada suara tadi? Ke halusinasi aku je?” tipu lah kalau Afiq cakap dia tak rasa cuak.

“Imaginasi aku je kot” Afiq cuba menenangkan hatinya yang sedikit berombak. Kempang kempis dadanya.

Tak lama kemudian, telinga Afiq menangkap bunyi tangisan seorang perempuan yang juga datang dari arah dapur.

Muka Afiq mula pucat lesi. Bulu romanya tegak berdiri. Meremang. Ye, dia merasai itu.

Afiq perlahan-lahan melangkah ke arah dapur. Matanya hampir terkeluar bila dia sendiri nampak susuk tubuh seorang perempuan sedang mencangkung di penjuru dapur. Rambutnya panjang dan kusut masai, baju putih labuhnya berlemuran dengan darah. Makhluk tu membelakangi Afiq.

Baunya hanyir. Mungkin datang dari darahnya. Agaknya, darah segar lagi? Asal aku kisah time macam ni?
Afiq kaku. Dia takut, sejujurnya tapi kakinya masih berani untuk maju mendekati makhluk tu. Mungkin Zainal sengaja nak prank dia? Mana tau kan.

“Nal, kau ke tu?” entah kenapa dia menyebut nama Zainal.

Esakan tangisannya makin kuat. Aduh, apa aku nak buat ni? Kusut fikiran si Afiq. Kaki Afiq semakin mendekati. Tiba-tiba makhluk tu menoleh.

Afiq menjerit bila terlihat wajah buruk makhluk itu. Mukanya terkoyak dari bahagian mata ke bahagian rahangnya. Mulutnya berlumuran darah. Lidahnya panjang terkeluar.

“Ya Allah!” Afiq menjerit dan menoleh. Tak sanggup lagi dia melihat wajah ngeri itu.

Alangkah terkejutnya Afiq bila Zainal berdiri di belakangnya. “Weh! Terkejut aku!” Afiq melatah tiba-tiba. Zainal hanya diam dan reaksinya sedikit pelik. “Kau kenapa?” tanya Zainal.

Afiq menoleh ke arah makhluk tadi. Tapi takda.

“Takda apa. Kau baru balik?” tanya Afiq, cuba berlagak normal.

“Aku ada tapau KFC. Jom makan” pelawa Zainal, kakinya berjalan ke arah ruang tamu. Afiq segera mengikut, takut terjumpa dengan makhluk tu lagi.

Afiq makan seketul ayam. Zainal pulak nak masuk 4 ketul. Wah, melantak gila mamat ni. Getus Afiq dalam hati.

Tiba-tiba handphone Afiq berdering. Dia bangkit dan terus menjawab panggilan itu tanpa melihat nama si pemanggil.

“Hello?” katanya.

“Weh Afiq! Aku kena balik Melaka. Ada emergency” si pemanggil bernada cemas.

“Eh jap, sapa ni?” Afiq mengerut dahinua.

“Aku lah! Zainal! Siapa lagi yang duduk serumah dengan kau? Main-main pulak kau ni. Dah lah aku tengah drive ni” Zainal mematikan panggilan.

Bulu roma Afiq tegak semula.

Patutlah dia makan ayam banyak. Suara dia pun tak seceria dulu. Habistu, siapa yang kat belakang aku? Fikiran Afiq mulai kusut.

“Sekarang, kau dah tahu, kan Afiq?” suara itu menyapa. Senyuman makhluk itu meleret di muka. Seram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience