EMPAT

Romance Series 18964

"kan aku dah cakap kau je tak nak dengar..dia baru je kerja dengan syarikat ni baru 3 tahun tapi tak kan la gajinya mahal sangat.." sahut kawan Tina yang seorang lagi.

"ish dah la jom buat kerja kang bos nampak kita bergosip kat sini mati kita weh.." ajak Tina bila dia merasakan sudah lama berada di pantry tersebut.

Dan Nina laju menyorok didalam tandas bila dia perasan Tina dan kawannya bergerak balik ke meja masing-masing.

'ohhh selama ni mereka memerhati setiap gerak geri aku la ye..' bisik hati Nina.

Nina yang dahaga terus terasa hilang dahaganya..kerana gosip yang dia dengar tadi..adakah dia terlalu menonjol dalam menunjukkan yang dia mempunyai duit???

Nina yang berjalan ke biliknya terserempak dengan bosnya.

"Nina kita akan makan kat luar hari ni bersama dengan client kita..i nak you siapkan semua dokumen yang i minta tadi... pukul 12 kejap lagi i tunggu you kat bawah.." arah Haris bila dia ternampak Nina yang keluar dari tandas.

"baik bos.." jawab Nina..tapi sekarang dah pukul 11.30 pagi.. semua kerjanya sudah siap awal tadi.. boleh la dia siapkan dirinya mana la tahukan dia jumpa jodohnya kat luar sana nanti bisik hatinya.

Sambil menambah make up ke mukanya yang memang sedia cantik.. dia melihat bosnya sudah siap untuk keluar berjumpa dengan clientnya. Dia terus bangun dan kemaskan semua fail yang harus dia bawakan bersama.

"miss Nina keluar ke? tak nak join kami makan ke?" tanya Tina bila melihat Nina berlari membawa fail sekali.

"ye i keluar makan dengan bos hari ni..sorry tak dapat join you all...bye.." saja Nina panaskan hati orang yang tak suka padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience