Hello!

Short Story Series 1440

Masih aku ingat kisah cinta sewaktu aku masih dibangku sekolah.. Wajah dia dan akhlaknya yang sentiasa membuat aku ingat sehingga ke harini. Senyumannya dan gelak tawanya sungguh membuat hati aku terpikat. Sudah lama kami berada di satu kelas yang sama tetapi sewaktu tahun terakhir di sekolah rendah baru aku mula menyedari kehadirannya. Masih aku ingat bila aku sentiasa curi-curi pandang ke arahnya sewaktu dia kusyuk belajar di dalam kelas.. Sungguh ia selalu membuatkan hati aku senang..

Kenangan yang lebih membahagiakan ialah bila guru bahasa Inggerisku menempatkan aku di sebelahnya kerana untuk mengelakkan pelajar di dalam kelasku berbual bual di dalam kelas. Aku merupakan pelajar yang sering bergosip di dalam kelas tetapi setelah aku duduk bersebelahan dengannya, banyak tabiatku berubah..

Masih aku ingat,

Bila ada masa lapang di dalam kelas aku
pasti pergi ke tempat sahabatku untuk bergosip tetapi segalanya berubah bila dia sering mengajak aku untuk mengulang kaji atau menyiapkan kerja sekolah bersama sama dan yang pasti dia tahu aku agak lemah akan mata pelajaran matematik jadi dia selalu memberi tunjuk ajar kepada aku. Jadi disebabkan itu aku tidak membuang masa lagi di dalam kelas.

Masih aku ingat,

Tempat kami di dalam kelas agak di belakang dan panas jadi disebabkan itu aku sering menyingsing lengan baju ku kononnya akan lebih sejuk bila lenganku terdedah. Sehinggalah satu hari itu, rutin biasa kami akan mengulangkaji pelajaran bersama sama dan dia berkata tanpa menoleh melihatku "em tangantu aurat". Sungguh aku malu lalu menarik lengan baju ku kembali. Patutla selamani bila aku menyingsing lengan tanganku dia pasti tidak akan menoleh untuk mengajar aku rupanya dia takut berdosa melihat auratku.. Terima kasih! Sehingga harini aku tidak lagi menyingsing lengan aku. Dan aku tahu teguran ini sebenarnya datang dari Allah.

Masih aku ingat,
Sewaktu subjek apa entah seorang guru sedang bercerita lalu pelajar di dalam kelas aku memasang telinga bagi menumpukan sepenuh perhatian. Pada masa itu, aku turut mendengar kisah itu sambil bermain sebatang pensel dan menguis pensel itu ke sana dan kesini sehingga pensel itu hampir terjatuh lalu aku bertindak dengan pantas untuk mencapai pensel itu namun pada waktu yang sama dia juga mencapai pensel itu lalu haha maka dia terpegas tanganku dan sepantas kilat menarik tangan masing masing aduu sehingga menimbulkan perasaan yang agak janggal. Masa itu first time pegang tangan bukan muhrim dan timbul rasa berdosa.

Sebenarnya banyak kenangan bersama dia tetapi hanya sedikit yang aku ingat memandangkan ia merupakan memori 6 tahun yang lepas..

Semakin hari semakin bertambah suka kepada dia lalu aku bertindak untuk menceritakan hal ini kepada sahabatku dan sahabatku mencadangkan agar aku meluahkan perasaan kepada dia.. "Gila! tak macam perigi mencari timbah ke"? Namun sahabatku berkata lagi meluahkan perasaan kepada seseorang bukan bermaksud kita nak dia terima cinta kita tapi cukup untuk sekadar untuk memberitahu dia yang ada seseorang yang telah jatuh hati kepada dia.. Daripada memendam rasa lebih baik meluahkan rasa itu.. Sahabatku mencadangkan aku meluah perasaan kepada dia sewaktu hari terakhir persekolahan iaitu hari keputusan UPSR diumumkan.

Namun hal itu semakin rumit bila aku menyedari seorang rakan sekelas aku yang agak rapat juga dengan aku turut menaruh hati kepada dia. Rasa serbasalah dan seperti tidak mahu merosakkan ukhuwah kami yang baru memutik pada tahun terakhir itu. Namun sahabatku masih mendesak aku untuk meluahkan perasaan kepada si dia daripada aku kempunan nanti.. hm semuanya serba salah.. Patutlah kadangkala aku sering melihat rakan aku yang sorang ni turut memandang si dia kadang suka bertanya kepada si dia biarpun banyak orang lagi yang boleh ditanya..

Hari demi hari perasaan aku semakin tidak keruan.. Apa yang harus aku lakukan untuk menghilangkan rasa ini setidaknya membuatku rasa tenang. Lalu aku menerima pujukan sahabatku untuk meluahkan perasaan kepada dia dengan menulis surat cinta haha!

Hari demi hari waktunya sudah tiba, sewaktu keputusan UPSR diumumkan aku sekadar memungut 2A3B dan menyebabkan aku sedikit kecewa pada hari itu dan membuatku nangis tidak henti. Si dia pulak tidak begitu mengejutkan kerana telah mendapat 5A dengan cemerlang kerana ramai orang telah menjangkakan hal itu..

Aku pergi ke menemui sahabatku dan terus teringat yang aku perlu bagi surat kepada si dia. Lalu aku ditemani dengan sahabatku untuk mencari si dia di dalam kelas. Namun kelibat dia langsung aku tidak nampak lalu aku bertindak untuk menanyakan perihal dia kepada rakan rakan yang lain. Kecewanya, bila rakan aku yang lain memberitahu yang si dia sudah pulang dengan tergesa gesa kerana ingin pergi ke Maktab Mahmud untuk mendaftar..

Hancur hatiku. Sudahla keputusan UPSR aku teruk ditambah aku sudah mengarang surat itu sudah lama hm kecewa sebab takdapat nak luahkan perasaan aku.. Dan aku pikir itu merupakan tahun terakhir aku melihat dia.. Lalu aku mengoyak surat itu dan mencampakkan surat itu kedalam tong sampah. Remuk.

Pada tahun yang berikutnya, rakan aku yang cemerlang dalam UPSR dijemput untuk menghadiri anugerah cemerlang di sekolah rendah itu.. Aku pesan kepada mereka jika si dia datang tolong minta nombor telefon dia.. Namun sekali lagi aku kecewa bila rakan aku mengatakan yang si dia tidak hadir ke majlis itu. hm masa itu aku belum move on masih teringat kenangan lama..

Sewaktu aku di tingkatan 3, aku telah menyedari yang aku telah berjaya melupakan dia dan diari aku telah mencatatkan yang aku memerlukan masa selama 3 tahun untuk melupakan si dia yang tidak pernah pun menyedari kehadiranku.
Tetapi pada tahun itu guru sewaktu aku di sekolah rendah menjemput aku dan rakan2 untuk menghadiri hari jual beli tahunan sekolah iaitu hari kokurikulum. Sewaktu hendak pulang, aku terlihat sebuah kereta yang cukup familiar berlalu di depan ku dan aku lihat seseorang yang aku kenal yang sudah lama aku ingin bertemu dengan dia.. Ya SI DIA yang berada di dalam kereta itu. Dan dia turut memandang aku namun kereta yang dipandu oleh ayahnya meluncur laju dan meninggalkan asap kereta. Sewaktu itu aku bermonolog seorang diri adakah dia betul2 memandang diri aku atau sebenarnya dia telahpun lupa..

Aku sudahpun melupakn kisah dia namun disebabkan haritu membuatkan aku sedikit teringat dan kembali terlupa untuk membuktikan yang aku betul2 telah melupakan dirimu..

Setelah banyak tahun berlalu, pada tahun ini yang merupakan tahun terakhir di sekolah menengah.. Aku menghadiri kem PBSM dan aku telah berjumpa dengan adik si dia.. Ingin aku menegur dan bertanya bagaimana dengan abang kamu sekarang? Sihat? Namun aku memilih untuk memendam pertanyaan itu..

Biarlah kenangan itu cukup pada saat itu sahaja. Tidak perlu diungkit kembali kerana aku tak mahu pada akhirnya aku seorang sahaja yang memendam rasa dan nampak terhegeh. Semoga si dia terus berjaya dalam hidupnya. Terima kasih kerana memberi kenangan yang terindah sewaktu darjah enam.. Haha!

Dan dengan bangganya ingin aku katakan yang telahpun move on pada beberapa tahun yang lepas! Tak salah nak jatuh hati pada seseorang tetapi pastikan ia tidak terlalu berlebihan lagi2 bila kita seorang kaum hawa. Malu la sikit ye.

Maaf jika cerita ini kurang menarik hanya sekadar ingin berkongsi kenangan yang mencuit hati bila dikenangkan pada hari ini.. Haha.

Terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience