Kenalkan, aku Han. Nama penuhku, Hanifah.Abu Hanifah. Rakan - rakan sepejabat yang memanggil aku Han. Sampai sekarang, aku lebih dikenali dengan nama Han daripada Hanifah.
Aku bekerja di sebuah syarikat perunding pembinaan multinasional. Disebabkan taraf multinasionalnya, ada beberapa orang kakitangan di pejabatku merupakan tenaga kerja dari luar negara seperti Malaysia, Singapura, Australia....
Rakan sepejabatku yang paling rapat,Dave, atau David AL - Bisri. Kami sama - sama bertugas di bahagian perancangan.
David Al - Bisri. Memang agak pelik namanya. Kawanku itu sebenarnya berdarah kacukan Jerman - Arab. Unik, kan ? Ayahnya berasal dari Jerman. Ibunya, Najwa Al - Bisri pula, orang Arab Albania. Mula - mula diperkenalkan kepadanya dahulu, aku menyangka dia tidak mempunyai pengangan agama tertentu. Tetapi rupa - rupanya dia agama Islam. Cuma menurut Dave, baru akhir - akhir ini sahaja dia semakin mendalami Islam.
Aku memanggil Dave pun atas permintaannya. Dia yang merupakan arkitek lulusan universiti luar negara, merupakan salah seorang pengawai kanan di tempat aku bertugas. Walaupun cuma arkitek kanan, tetapi dia agak berpengaruh di pejabat.
Meskipun berwajah Mat salih, bertubuh tegap dan berambut perang, jangan cepat membuat kesimpulan. Dave bukan calang-calang orang. Dia fasih berbahasa Indonesia, Jerman , Arab, Belanda, Sunda, dan Jawa ... tetapi Jawa timurlah, atau Surabaya .
Hari ini kulihat Dave agak murung. tetapi dengan wajah kaukasianya, dia masih agak nampak kacak dan cool walaupun bermuka monyok.
Jam menunjukkan hampir pukul 12.45 tengah hari. "Dave, jom keluar makan," aku mengajaknya makan tengah hari bersama - sama di kantin di tingkat bawah bangunan pejabat kami. Selepas makan nanti bolehlah kami solat berjemaah di surau di tingkat yang sama.
Dave hanya mangangguk kecil sambil melirik jam tangannya. Hairan juga aku melihatnya hari ini. Aku cuba mengagak - agak akan hal yang mengganggu fikirannya. Biasanya Davelah orang yang paling becok di pejabat. Dia suka memegang itu ini dia mejaku ketika aku leka menghadap komputer ribaku untuk menyiapkan tugasanku.
Hari ini dia, bagaimanapun, lebih banyak berdiam.
"Engkau ada masalah ke? Dari tadi aku tengok bad mood Aje. Tengah pokai?" aku mengusiknya.
"Nothing...Biasa Aje..." dia menjawab ringkas sebelum kembali diam.
"Kalau tak ada apa, tak apalah. Zaman ni, Dave, bukan dengan mak we aja kita boleh luahkan perasaan. Dengan pak we pun okey juga, kalau engkau tak kisah. Jomlah keluar makan! Aku belanja," pelawaku.
"Belanja makan? Great! Tentang luahkan perasaan tu, lain kalilah aku cerita! I'm not in the mood right now..."
"Suka hati ..." tegasku
"Okay... Let's go!"
Selesai makan tengah hari, kami bergegas ke surau di tingkat bawah bangunan pejabat kami untuk sembahyang Zuhur berjemaah. Selesai sembahyang, kami mula berbual kosong sebelum Dave akhirnya menceritakan masalahnya kepadaku.
"Aku runsing sekarang, Han..." Dave memulakan cerita.
Aku memandangnya. " kenapa pulak? Aku sepatutnya yang runsing. Gaji aku kecil, tak besar macam gaji engkau. Engkau dibayar dalam dolar US... hampir lima ganda gaji aku. Itu pun masih runsing?"
"...Aku ada masalah dengan isterilah..." Dave meluahkan perasaan.
Aku tergelak, hampir tersedak.
"Why are you laughing...? I am serius!" tegas Dave, tersinggung.
"Masalah rumah tangga... masalah suami isteri... Aku tak patut tahu. Too personal."
"Memang sebaiknya engkau tak patut tahu. But I am quite stressful right now..."
"teruk sangat ke masalah engkau...?" tanyaku ingin tahu.
"Haiii..." Dave mengeluh lagi, sebelum menyambung cerita. "...masalah di 'tempat tidur'. Isteri aku macam alasan! Tak sihat...penat...Serba salah aku dibuatnya," jelas Dave dengan nada kecewa.
"Opss! Tunggu... tunggu...! Kalau bab itu...sorry! Aku tak pakar. Kahwin pun belum..." aku mengelak.
"Engkau tahu..." Dave menghela nafas dalam - dalam sebelum memperlahankan suaranya, seolah - olah berbisik. "...Aku ada rahsia nak bagi tahu engkau. But please! Don't talk anyone...Promise?" tegas Dave.
"Serius nampak! Okeylah... aku janji! Kalau aku ingkar janji, aku akan disambar petir..." aku berseloroh untuk menyakinkannya.
Dave diam seketika sebelum menyambung lagi. "Sebenarnya aku dah ada dua isteri. Aku tak nak terlanjur... Itu sebabnya aku kahwin lagi. Aku ingat seronoklah kahwin dua. Tapi rupa - rupa makin teruk. Dua - duanya sama! Bab melayan... asyik nak mengelak... Aku bingunglah. Di mana silap aku?" Aku melopong.
"Engkau sah ada dua isteri? Seorang pun tak terlayan... Masya - Allah, macam tak percaya pulak aku..."
"Yalah, dulu aku ingat dengan berkahwin satu lagi, aku dapat selesaikan masalah. Rupa - rupanya tidak! Malah semakin menambah masalah. Setiap kali bersama, ada saja yang tak kena... the other side... Entahlah. Aku sebenarnya tak mahu menyakiti isteri - isteri aku..."
"Dave, sumpah aku cakap! Aku tak tahu macam mana nak bantu engkau dalam soal ini. Aku pun ada masalah sendiri. Masalah engkau, isteri - isteri engkau. Masalah aku, tak ada isteri..." luahku.
"Letihlah fikir...Eh, dah hampir pukul dua! Jom balik pejabat..." Dave bingkas bangun dari duduknya.
"Tapi jangan lupa sambung cerita..." kataku sambil menepuk bahunya.
"Sambung...?! Tak janji..." jawab Dave. Aku dan Dave melangkah keluar.
Share this novel