Perkenalan yang ringkas

Short Story Series 1275

Tinder ni, memang kita boleh memilih orang yang kita rasa berkenan melalui gambar profile, tetapi belum tentu dia boleh menjadi pasangan kita kalau tidak ada match. Match akan berlaku jika dia juga swipe kanan untuk profile kita. Maknanya, dia juga suka kita setelah melihat gambar profile yang terpapar di skrin.

Nur terdiam sejenak, perkataan match itu membuatkan hatinya agak sedikit berdebar. Tidak sampai dua tiga minit, lelaki yang dipadankan tadi mula menegur Nur di ruang chatting.

Perkenalan yang agak ringkas, saling berterima kasih kerana sudi swipe kanan, menukar maklumat diri seperti umur dan tempat tinggal sampailah menukar nombor telefon bimbit bagi memudahkan komunikasi seterusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience