5 - Sembilan Bulan Kehamilan

Short Story Completed 2169

Sembilan bulan kehamilan...

"Abang dah balik?" Soal Sarah sambil menghulurkan tangan pada suaminya untuk bersalaman. Ikhwan tidak menghiraukan isterinya dan terus berjalan ke arah bilik tidur mereka.

"Sayang rindu sangat dekat abang!" Sarah memeluk Ikhwan dari belakang. Mana tak rindunya. Setiap hari suaminya akan keluar rumah pada jam 5 pagi dan pulang ke rumah pada jam 12 pagi. Itulah rutin harian suaminya itu selepas dia diberhentikan kerja dua bulan yang lalu.

"Lepaslah! Menyemak!" Ikhwan menepis kasar tangan Sarah membuatkan Sarah terkedu.

"Abang janganlah kasar macam tu sekali kalau taknak sayang peluk." Ujar Sarah cuba menahan sebak.

"Kau ingat aku ada masa ke nak layan rindu kau? Hei! Sejak kau mengandung, hidup aku ni tak ada life! Dah tak ada nak rindu rindulah! Sebab nak cari duit makan kau dengan anak yang akan lahir nilah! Ini baru je anak satu tau. Lepas ni entah macam mana! Agaknya sampai gila kau buat!" Tengking Ikhwan.

"Sayang minta maaf abang. Sayang cuma rindukan abang sangat-sangat." Ucap Sarah.

"Suami yang kau cari and rindu bagai nak rak ni dah mati! Sebab apa? Sebab kau mengandung! Kalaulah kau tak lupa makan pil perancang tu, aku rasa sekarang ni bukan setakat rindu je aku boleh layan. Mengada, manja kau pun aku boleh layan. Masa aku dengan kawan pun ada. Ini langsung tak ada! Dari pagi buta sampai ke malam buta keluar asyik kerja-kerja! Balik rumah pulak pandang muka kau yang hodoh ni! Bosanlah aku!"

"Abang, janganlah cakap macam tu. Abang tak sayang saya dah ke? Sayang minta maaf sangat-sangat kalau selama ni sayang susahkan abang. Tapi janganlah cakap macam abang tak sayang saya dah." Ucap Sarah diselangi dengan tangisan yang dia tidak lagi mampu tahan. Luluh hatinya mendengar kata-kata yang dilontarkan dari mulut lelaki yang berjanji ingin membahagiakannya hingga ke hujung hayatnya.

"Aku tau, lepas bayi ni keluar, aku nak berhenti kerja aku nak rehat. Aku nak kau pulak bila keluar je dari hospital kau pergi cari kerja. Asyik aku je penat. Engkau pulak duduk rumah goyang kaki. Kau bawak sekali anak kau tu pergi kerja. Aku taknak jaga!" Tengking Ikhwan.

"Sayang minta maaf abang. Sayang sedar sayang banyak susahkan abang selama sayang mengandungkan zuriat abang."

"Oh, sekarang ni nak ungkitlah kau bawak zuriat aku. Eh, aku tak heranlah kalau kau tak bagi aku zuriat. Kalau dia mampus sekali pun aku tak kisah. Kau nak ikut dia mampus sekali pun aku tak kisah! Tenang sikit hidup aku." Ucap Ikhwan selamba.

"Sampai hati abang cakap macam tu. Mana janji-janji abang nak bahagiakan Sarah? Mana janji-janji abang nak sehidup semati dengan Sarah? Mana semua tu abang? Mana!"

"Berapa kali aku nak cakap? Suami yang kau cari tu dah takde! Dah mati disebabkan kau kandung anak yang bawa sial ni." Tengking Ikhwan.

"Janganlah cakap macam tu abang. Tak ada ke secebis rasa belas kasihan pada anak ini abang? Kalau abang tak sayang Sarah dah, Sarah okay. Tapi janganlah abang benci darah daging abang sendiri. Kasihanlah dia abang. Belum lahir lagi dia tak dapat kasih sayang dari ayah dia."

"Baiklah, lepas sahaja kau bersalin, aku nak kau pergi dari hidup aku selamanya. Aku tak kisahlah kau nak pergi mati ke, apa ke, asalkan kau jangan ganggu hidup aku dan anak aku. Aku tak izinkan kau bawa dia. Itulah belas kasihan yang aku boleh bagi pada anak aku." Ucap Ikhwan.

"Baiklah, kalau itu yang abang pinta. Sayang okay. Sayang akan turutkan. Tapi sayang nak minta satu sahaja dari abang." Sarah mengesat air matanya.

"Izinkan sayang peluk cium bau abang buat kali terakhir sebelum sayang pergi dari hidup abang buat selamanya. Sayang memang betul betul rindukan abang." Rayu Sarah.

"Pilih, anak kau atau peluk sayang kau tu?" Soal Ikhwan. Sarah terdiam lama. Hina sangatkah dia sehingga dia tidak boleh mendapatkan kasih sayang dari suaminya sendiri?

"Baiklah, sayang faham. Tolong jaga baik-baik Arjuna selepas sayang pergi. Tolong beritahu Arjuna ummi dia betul-betul sayang kan dia. Hanya tuhan sahaja tahu bagaimana peritnya hati Sarah bila terpaksa berpisah dengan anak Sarah sendiri." Ucap Sarah. Dia kemudian melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya meninggalkan suaminya di ruang tamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience