Bab 21

Romance Series 10704

"Hurmm ngantuknya"kata ku sambil menggeliat.Aku terpisat pisat bangun.Kelihatan Hareez tiada di sisi ku.Pasti sahaja dia tengah sibuk membuat sarapan.Aku mengatur langkah ke arah bilik air untuk membasuh muka.Mana tahu jika ada air liur basi ke,tahi mata ke?

Aku menghayunkan langkah ke arah cermin besar yang terdapat di dalam bilik.Sebaik sahaja melihat pantulan wajahku di cermin,aku menjerit.

"Arghh! Abang!!!!!!!!"jeritku kuat.Aku menyapu muka ku yang sudah kelihatan seperti badut.Muka ku disapu dengan bedak dengan tebal.Mataku dioles dengan lipstik dan bibirku comot dengan contengan lipstik.Ini mesti kerja Hareez.Lantas aku menggapai tuala yang terletak di atas kubikel tandas.Sebaik sahaja tuala itu menyapu mukaku,terasa bagai ada banyak bedak dicurahkan ke atas mukaku.Rupa rupanya tuala itu dipenuhi dengan bedak muka! Muka ku sekarang sudah menjadi nenek kebayan.

Aku segera mengambil pencuci mekap.Muka ku sental sedikit kuat hingga hilang segala contengan di muka ku.Aku mengempal penumbuk.Hareez memang nak kena!

Aku terpandang akan berus gigi nya yang bewarna hijau gelap itu.Aku tersengih sendiri.Berus giginya ku tukarkan kepada berus gigi biasa yang bewarna pink!

Aku menurun anak tangga dengan laju.Mencari Hareez yang bakal merasa cubitanku.Sebaik sahaja ternampak kelibatnya,lalu aku mendekati.

"Abang! Abang conteng muka sayang eh?"soalku geram.

"Eh,mana ada,"dia masih cuba menafikan.

"Abang...jahatlah abang ni,habis muka sayang macam nenek kebayan miang tau tak?"ujarku.

"Nenek kebayan miang?hahaha"dia hanya ketawa.Tawanya kedengaran merdu di telinganya.Tanpa sedar,aku turut ketawa.

"Abang belum mandi kan? pergilah mandi,"suruhku sambil tersenyum menahan ketawa.

"Kenapa? Abang bau busuk ke?"soalnya sambil pura pura mencium bajunya sendiri.

"Sayang suruh aje,nanti sayang pulak nak mandi.Abang pergilah mandi"arahku lagi.

"Okay.."dia akur dan menaiki tangga perlahan lahan.Pintu bilik ditutup perlahan.Aku hanya tersenyum.Tidak lama kemudian,aku terdengar jeritannya.

"Sayang!!!!!!"jeritnya geram.

Aku hanya menonton televisyen sambil ketawa besar.

"Padan muka,kenakan aku lagi kan.."omelku sambil ketawa kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience