Rate

BAB 2

Romance Series 2681

Naim Maurer,seorang jejaka kacukan Melayu-Siam yang baru berpindah ke Malaysia sejak 2 bulan lalu.Selama 23 tahun hidupnya hanya di Thailand.Bapanya berasal dari Thailand dan merupakan seorang usahawan yang berjaya manakala ibunya hanya suri rumah yang berasal dari Kelantan.Dia dan ibunya berpindah selepas kematian ayah dan adiknya akibat kemalangan.

*DI PEJABAT*

"Tuan,saya harap sangat dapat keje ni sebab saya dah duk sini almost 2 bulan.Tak nak la buang masa kan."

"Baik,biar saya analisis dahulu resume kamu.Kalau saya rasa okay saya beritahu ye.Kamu boleh keluar dahulu."

Naim hanya sekadar menggangguk lalu tersenyum.Dia bingkas bangun lalu keluar dari pejabat.Dia begitu berharap untuk mendapatkan kerja tersebut kerana minatnya terhadap bidang akaun.Setiap syarikat yang dia pergi tidak menerimanya kerana takut melihat resumenya.Sebenarnya dia seorang CEO di syarikat ayahnya tetapi dia hanya ingin mula dari bawah dahulu sebaik sahaja di Malaysia namun gagal.

Selepas beberapa minit...

"Naim Maurer Bin Abdullah,sila masuk."

Naim bingkas bangun lalu menuju ke bilik pejabat bakal bosnya.InsyaAllah.

"Ye tuan?Bagaimana keputusan tuan?"

"Saya dah telitikan resume kamu.Sebelum apa-apa saya nak tanya kamu,kenapa kamu lebih memilih untuk bekerja sebagai akauntan sedangkan di Thailand seorang CEO?"

Naim mengambil nafas lalu menjawab...

"Begini tuan,memang saya dahulunya seorang CEO dan disegani tapi biarlah saya bermula dari bawah dahulu untuk memperoleh pengalaman.Lagipun saya memang minat sangat akan bidang akauntan ni cuma tak berkesempatan untuk memulakan kerja tersebut selepas ayah dan adik saya meninggal dunia."

"Okay,baiklah.Saya terima kamu bekerja di sini sebagai pembantu akauntan.Kamu boleh masuk esok."

"Terima kasih,tuan.Saya hargai sangat-sangat.Jumpa esok."

Naim bersalaman dengan bosnya itu lalu beredar dari pejabat tersebut.Dia tersangatlah gembira dan tidak sabar untuk memberitahu perkara tersebut kepada ibunya.

******

Qaseh bergegas memarkirkan keretanya di hadapan rumahnya lalu bergegas masuk ke rumah.Mamanya bersama dua orang gajinya sedang bersama papanya di bilik.Kelihatan papanya dalam keadaan yang sangat lemah.

"Papa,Qaseh ni.Papa kenapa?"

"Papa okay sayang,cuma mungkin penat tu yang pengsan tu.Nanti lepas makan ubat okay la."

"Ish,papa nikan buat Qaseh risau je tau.Macam jantung nak terkeluar bila mama bagitau."

Papanya hanya ketawa melihat anak kesayangannya risau akannya.Mama dan bibik-bibiknya hanya tersenyum melihat keakraban dua beranak itu.

"Dahla Qaseh.Jom kita gi makan.Biarkan papa rehatkan kejap.Nanti Mama suruk Bik Joyah hantar makanan kat papa."

Qaseh hanya membuntuti mamanya turun untuk makan.Sebelum beredar,dia memberikan ciuman kasih sayang kepada papanya.Dia tidak tahu bagaimana nanti jika papanya pergi menghadap Illahi.Dia begitu rapat hingga semua kemahuannya akan dituruti papanya.Dia menghela nafas lalu beredar.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience