Rate

BAB 1 : SIAPA PAKCIK ?

True Story Series 550

Pakcik???aku kenal dia dalam satu app ni tapi rasanya tak perlu aku tahu app apa . Yang aku tahu nama dia Akilah .(gurau - gurau ).sebenarnya aku sendiri pun tak tahu nama pakcik tu . Aku pun tak terfikir nak tanya , terlalu gopoh nak tahu macam - macam sampai tak sedar yang asas tentang pakcik tu pun aku tak tahu . aku hanya kenal dia dengan gelaran pakcik . Sebab apa aku nak cerita fasal pakcik ni ? Ha! Sebabnya bagi aku pakcik ni menarik dalam ramai - ramai orang dia ni yang paling berbeza dari yang lain .Rasanya banyak perbezaannya tapi yang paling buat aku rasa pakcik tu menarik ialah cara penulisan ayat dia .sukajmmm... Tak pasti macam mana nak cerita. Bahasa yang di gunakan tu sangat menarik bahasa Melayu yang betul - betul Melayu dengan elemen kiasannya .Bayangkan ayat yang di lontarkan tu dapat menjawab banyak persoalan senang cerita lain orang yang baca lain cara pemahamanya. Mesti ada yang cakap mcm ni kan. "Apa dia merapu tu raju ". Dengar sini wahai semua pembaca yang di hormati , pakcik ni punya ayat penyata 'level' cikgu sastera aku weh ! Tak tipu sampai satu tahap aku ingatkan pakcik tu cikgu sastera .Hehe! Tapi kalau betul macam mana?
Kalau nak cerita fasal sikap dia pulak kan aku rasa peribadi lah , pakcik ni orangnya cool , senang di bawa bicara, kadang - kadang garang , tinggi ilmu di dada, tapi aku tak pasti orangnya tinggi atau tidak sebab belum pernah aku tengok orangnya . hehe! Hermmm kalau nak cerita pengalaman dia sudah pastilah kan lebih banyak di bandingkan aku , tak mampu di tandingi . Itu apa yang aku lihatlah dari segi bicara dalam penulisan dia , aku tak berani nak cakap betul atau tidak sebab aku tak kenal betul dengan orangnya.
Banyak benda yang di ceritakan pakcik tu yang dapat di jadikan pengajaran walaupun hanya di ruang komen . Tapi itulah masalahnya aku ni ada sikap suka ambik lewa. Bila dah sedar diri salah baru tahu nak minta maaf . Dan ini antara inisiatif untuk aku minta maaf. Aku tahu aku banyak salah . Ia lah sebenarnya setiap yang aku lakukan pasti akan ada tujuan utama . senang cerita aku ni banyak muslihat . aku boleh jadi banyak watak tetapi sifat sebenar aku ,aku bukan orang yang senang percaya orang . aku memainkan watak yang aku suka . di dalam ni aku bebas. Aku tidak suka lelaki entah kenapa , tetapi tak ber makna aku lesbian aku lebih suka berseorangan .perasaan cinta ! Aku jijik dengan perkataan cinta , aku tak pernah bercinta dan takkan bercinta . aku tak faham dengan manusia lain mengapa begitu ramai yang terlalu mudah jatuh cinta dari mana asalnya perasaan itu . aku tidak tertarik untuk menerokainya. Aku lebih tertarik meneroka sikap pelbagai - bagai jenis manusia di dalam dunia ini. Ia aku memang manusia yang pelik ,aku buat apa yang orang lain sedikit pun tidak tertarik . aku stalk siapa yang aku rasa menarik . aku rasa lelaki memang complicated di fahami aku gunakan mereka dalam uji kaji . ia memang aplikasi tu sangat membantu . aku lakonkan pelbagai watak yang berbeza- beza yang buat mereka selesa berkawan dengan aku . bila aku dah dapat tahu apa yang aku nak tahu aku rasa bosan .Jadi aku bagi tahu segala kebenaran dan tujuan aku berbuat begitu aku fikir mereka akan membenci aku ,ia itu yang aku mahu dibenci dan terus di benci .tapi tidak kebanyakan dari mereka suka akan cara aku ,aku hairan aku fikir menipu sudah cukup jahat untuk seorang budak . aku mahu di benci bukan di sayang , di cinta atau di sukai . ada yang kata macam ni " saya suka awak. Awak lain ,lain sangat , awak baik sebenarnya cuma awak kena ubah pendirian awak jadi gadis normal . " wah ! Hebat sungguh siapa dia untuk ubah pendirian aku , apa kelebihan lelaki ? Boleh jaga aku??? Lupakan aku boleh jaga diri sendiri ,nafsu 1 pun tak mampu nak jaga nak jaga aku . lamberrtt ... Lagi ... Aku tak cakap semua mungkin beberapa dari mereka . lelaki memang complicated untuk aku fahami .(eh lari topik pulak) .hehe... Dan itu lah sebenarnya yang aku cuba laku kan kat pakcik ni ada sesuatu yang aku nak tahu dari dia . tapi aku tahu aku dah tersalah mangsa . aku tak patut buat macam tu . dan aku nak dia tahu , aku yang dia kenal bukan macam apa yang di fikirkan benda baik yang aku buat atau sikap aku semuanya lakonan watak yang aku mainkan aku akan bagi tahu semua nya dalam ni satu demi satu . aku harap kesalahan aku dapat di maafkan . apa yang aku akan buat kadang tidak boleh dijangka ,aku akan buat segalanya yang aku suka aku tak suka fikir risiko perbuatan aku . aku tak lakukan segalanya sampai aku jumpa jalan buntu .

tujuan ku hanya untuk mendapatkan kemaafan dari Sang dia yang ku grlar Guru...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience