BAB 23

Romance Completed 958

*SELEPAS* Asar Shahirah berangkat menuju ke pantai Morib. Sepanjang dia
membawa kereta, hatinya berdebar-debar ketakutan. Sedar tak sedar, dia
telah sampai.

Selesai memakirkan kereta, dia terus mencari Ghazali . Pandangannya jatuh
pada seseorang yang amat dikenalinya. Perlahan-lahan kakinya melangkah
ke arah Ghazali .

“Assalamualaikum.” Shahirah datang menyapa.

Saat memalingkan tubuhnya, Ghazali seakan terpesona dengan imej baru
Shahirah . Berbeza sekali Shahirah di hadapannya dan Shahirah yang
dikenali dulu. Gadis itu jelita apabila bertudung.

Shahirah perasan bahawa Ghazali sedang merenungnya. Dia menundukkan
wajahnya. Malu apabila direnung sebegitu oleh Ghazali .

Sedar akan kesilapannya, Ghazali memalingkan wajahnya ke tempat lain.

“I’m sorry for leaving you without any notice. Sorry for leaving you
almost three years. Sorry for not being there for you. Sorry for
everything. And sorry because I have to dumb you buddy. Kita tak
boleh lagi terus berkawan.” Ujar Shahirah tenang. Dia harus tampak kuat
di hadapan Ghazali .

“Atas sebab apa? Kenapa kita tak boleh terus berkawan?” soal Ghazali .

“Awak dari kerabat diraja. Dan saya hanya rakyat biasa. Awak dah
berkeluarga. Saya tak mahu dikata sebagai perampas kebahagian orang
lain. Maafkan saya Tengku Indera Ghazali .”

Terkejut Ghazali . Bagaimana Shahirah boleh tahu tentang latar belakang
keluarganya?

“Tengku dari kerajaan Beringin. Cucunda kepada Tuanku Permaisuri
Munirah. Anakanda kepada Tengku Aisyah dan Tengku Farid. Selama ni
Tengku kerap kali menghilang diri. Rupanya Tengku pulang ke kerajaan
Beringin. Ayah kepada Tengku Khir Shah merupakan adik kepada bonda
Tengku. Bonda Tengku mempunyai seorang abang yang bernama Raja Tengku
Shah Idris. Dan Tengku juga merupakan putera makhota kerajaan Beringin
kerana Raja Shah Idris tidak mempunyai anak lelaki. Tengku juga pernah
bertunang dengan Puteri Syuhada ketika Tengku masih belajar atas pilihan
keluarga tapi putus. Atok Nordin dan nenek Fatimah merupakan keluarga
angkat Tengku.” Shahirah berhenti sekejap. Mengambil nafas.

“Tengku berjaya menyorokkan hal yang sebenarnya dari pengetahuan orang
lain tapi bukan saya. Maafkan saya.”

“Stop it Damia Shahirah ! Don’t call me Tengku. Saya kawan awak.
Ghazali yang awak kenali dulu. Dari mana awak tahu tentang latar belakang
keluarga saya?” kata Ghazali .

“Thanks to hamba Allah kerana menunjukkan saya siapa awak sebenarnya.”

Ghazali menatap wajah yang dirinduinya sepanjang tiga tahun itu. “Saya
minta maaf sebab tipu awak. Saya akui tindakan saya amatlah tidak wajar.
Syuhada itu hanya kisah silam saya. Saya tak berkahwin lagi. Saya masih
tunggu awak.”

Shahirah memejam rapatnya. Cuba menahan air matanya dari terus mengalir.
Tapi apakan dayanya, air matanya tetap mengalir perlahan. Betapa
sakitnya dia bila mengetahui bahawa selama ini dia ditipu oleh Ghazali .

“Saya tak percaya. Awak kejam. Saya ni siapa pada awak? Awak risau yang
saya akan kikis harta awak nanti? Hey, saya tak hadaplah harta tu semua.
Saya langsung tak berminat.”

“Bunga , maafkan aku jikalau selama ini aku terpaksa menipu dirimu.”

Ayat yang diungkapkan oleh Ghazali tadi, serupa dengan puisi encik Misteri.

“Bunga , kenapa kau tak pernah nak melihat aku yang selalu ada buatmu?”

Makin lama tangisannya makin laju.

“Bunga , kau begitu dekat sekali denganku tapi aku tak bias meraih dirimu
ke dalam pelukanku.”

“Tak mungkin encik Misteri saya adalah awak…” Ghazali hanya mengangguk.
Dia mengeluarkan sapu tangannya dan mengelap tangisan Shahirah .

Ghazali berkata, “Saya tak mahu dikenali dengan adanya pangkat atau
berdarah kerabat. Saya hanya ingin dikenali seperti orang lain. Awak
ingat lagi tak janji kita sewaktu kecil dulu?”

“Janji apa?” Shahirah tidak dapat mengingatinya.

“Ehem.. Ehem.. Dear my percious Orchid, I really love you from the
first we met. Will you marry me? Please say yes because I can’t live
without you.” Ghazali membuat aksi romeo sambil mengeluarkan cincin
perak dan mempunyai corak hati berwarna merah delima.

Shahirah terharu. Sekali lagi dia menangis disertakan anggukan kecil.
Dia mengambil cincin itu dan menyarungkan ke jari manisnya. Cantiknya!

“Awak kena jumpa mak ayah saya dahulu.”

“Dah.” selamba Ghazali membalas.

“Bila?”

“Sebelum awak pergi tinggalkan saya.”

“Maaf. Maknanya puisi itu semua..” Shahirah menggantungkan ayatnya.

“Khas untuk bunga Bunga saya. Shahirah , saya dah tak pegang gelaran
putera makhota. Saya serahkannya kepada Khir . Awak tak kisah?”

"How sweet. Patutlah saya terasa dengan semua puisi tu. Rupa-rupanya
memang khas untuk saya. Saya tak kisah soal pangkat dan darjat.Janji ada
saya ada awak itu sudah memadai."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience