Assalamualaikum.
Kali ini aku nak kongsikan kisah pendek sewaktu aku pergi ke kem di Yan,Kedah buat kali ke-2.
Malam itu merupakan malam pertama so sudah jadi kebiasaannya pelajar-pelajar akan tidur lewat..
Nama ja kem tp kami stay dekat hostel tp okay la sebab tidur dalam khemah agak kurang menyelesakan. Katil dalam hostel tu jenis rapat rapat dan ada dua lorong di kiri dan kanan. Satu lorong ada lebih kurang 13 belas katil tidak silap aku la. So katil aku di lorong kanan dan bertempat di tengah...
So cerita dia malam tu aku nak tidur awal sebab esok nak pergi rumah orang-orang tua and mendaki gunung jerai. Jadi lebih kurang jam 11 lampu hostel dimatikan.. Disebabkan aku tidur di antara Shuhada and Haida kami berbual kosong utk seketika kerna haida and shuhada sejenis yg mudah terlelap..
Suasana pada masa itu sangat bising kerana kawan kawan aku yg lain yang tidur berdekatan dengan katil aku bergurau senda dgn suara yg kuat sekali ditambah mereka bermain dgn lampu picit membuatkan aku sangat terganggu.. yala kawan mereka ramai jadi lagi ramai orang lagi kuat bunyi bising yg dihasilkan..
Tetapi ada satu saat,, kawan aku yg main lampu picit tu suluh merata tempat dan aku ternampak sosok tubuh yg berambut panjang duduk berhampiran dengan katil mereka sedang memerhatikan mereka...
Jadi aku pun mengalihkan pandangan dengan melelapkan mata memandangkan terasa sedikit ngantuk.. Namun dalam aku cuba melelapkan mata aku terdengar dinding yg berdekatan kepala yg aku sedang tidur itu sedang DIKETUK.... Ketukan itu diketuk secara sekali tetapi berterusan dalam jangka masa yg lama.. Terus aku tidur mengiring utk mengamati bunyi itu tetapi bila diamati bunyi yg dihasilkan bukan dari dinding tetapi ... BAWAH KATIL!
gulp! waktu itu timbul rasa takut tapi tidak terlalu takut kerana banyak kawan aku yg belum tidur lagi.. Tetapi aku perasan yg kawan kawan aku yg lain sudah berhenti dari membuat bising tapi masih berbual bual lagi dgn suara yg perlahan shj...
Waktu itu aku terus mengamati bunyi ketukan itu tapi lama kelamaan... BUNYI ITU HILANG! Alhamdulillah bersyukur...
PAPPPPP!!
Tiba-tiba sejurus bunyi ketukan itu hilang ada sesuatu yg menimpa katil aku sehingga aku dapat rasakan satu objek yg besar yg betul betul jatuh di atas katil cukup menghasilkan bunyi yg sangat kuat...
Lalu aku terus memanggil kawan kawan aku : "Weiiiiii" fatihah atau khamalia tak silap menjawab panggilan aku : "awat timah"??? aku diam seketika dan menjawab "emm takpala"...
Lalu aku menarik selimut utk membaluti seluruh tubuh aku dan merapatkan bantal dengan bantal shuhada dan tidur....
Keesokkan paginya, sewaktu di rumah orang orang tua..
Aku dan kawan kawan aku sdg rancak bersembang lalu aku pun menanyakan perihal semalam.. "emm malam tadi hampa ada dengaq apa- apa dak?" then depa cakap masa depa tengah rancak sembang dan bergurau senda tu depa ada dengaq bunyi ketukan tu. Sebab tu depa diam sat dan sembang perlahan-lahan...
Itu sebab orang- orang tua dahulu, ada berpesan apabila datang ke tempat orang tak kira la hostel ka banglo 2 tingkat.. Jaga adab tambah² waktu malam.. Kurangkan buat bising kerana selain menggangu orang nak tidur ia mungkin menganggu makhluk makhluk itu... Yang paling sedih kalau org lain yg kena tempias sedangkan kalian yg buat hal...
Berakhir sudah cerita aku untuk kali ini.
Kisah benar ya..
Terima Kasih sebab sudi singgah untuk membaca kisah aku. :)
SEKIAN~
Share this novel