Bab 7

Romance Series 3856

'Akhirnya dapat juga cuti sem ni dah lama aku menunggu saat ini.....hahahaha' kata Lina di dalam hati.

“Lina....esok Lina kena ikut daddy pergi jumpa bakal tunang Lina tau.Family dia ajak kita dinner kat rumah diorang"kata Encik Hakim kepada anak dara nya itu.

“Ala....daddy malas la nak pergi....daddy je la pergi ye,esok Lina nak dinner ngan kawan Lina.Dah promise ngan dia dah"kata Lina sambil membuat muka comelnya itu.

“Tak de....Lina kena pergi,cakap je kat kawan Lina tu esok lusa boleh pergi.Dinner ni penting tau,setakat kawan Lina tu hari-hari kamu boleh pergi kan" kata Encik Hakim sambil mengangkat kedua belah keningnya.

“Kalau macam tu daddy cakap la dekat kawan daddy tu,esok lusa boleh pergi kan"Lina memulangkan paku buah keras kepada Encik Hakim sambil ketawa terkekek-kekek.

'Dah terkena aku dengan anak aku sendiri...haihhh nasib anak sorang kalau anak ramai tak tahu la nak jadi apa'kata Encik Hakim sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience