Morning pa!!! uggg im so sleepy.. Cinta Amelia menggeliat sambil menuruni anak tangga untuk menyapa dato zamri yang sedang menjamu selera di meja makan.
Apa nak jadi dengan kamu ni? keluar malam balik pagi , keluar masuk clubbing. kamu ingat papa tak tahu apa yang kamu buat dibelakang papa. lecturer kamu selalu call papa bagitahu yang kamu ni kerap ponteng kelas. Bebel dato ' zamri sambil melihat anak tunggalnya duduk untuk bersarapan. manakala cinta Amelia hanya endah tak endah sahaja dengan bebelan dato' zamri.
'pagi-pagi dah membebel, tak bagus laa pa.. cinta lapar ni bagi cinta makan dulu eh, nanti papa sambung bebel' balas cinta sambil tersengih melihat wajah dato' zamri yang kian tegang dengan sikap anak daranya. Mak senah pula menggeleng kepala apabila melihat cinta yang selamba sahaja membalas kata-kata dato' zamri dengan wajah comelnya. mak senah yang sudah masak dengan perangai cinta amelia hanya berdiam diri sahaja. tidak berani dia masuk campur hal dua beranak itu memandang dia hanyalah orang gaji dirumah tersebut.
' by the way pa, papa tak kerja ke harini? soal cinta apabila perasan bahawa dato' zamri hanya mengenakan tshirt biasa dan tidak berpakaian seperti mahu ke pejabat.
'hmm... papa nak pergi main golf dengan kawan lama papa kejap lagi. lama betul kitorang tak jumpa selepas arwah isteri dia meninggal. kamu jangan nak merayap pula, ingat jangan cuba ponteng kelas lagi, kalau tak'
'kalau tak ape pa?' belum sempat dato' zamri menghabiskan kata-katanya cinta laju sahaja memotong kata- kata dato' zamri sambil menayang sengih.
'kalau tak papa akan sekat perbelanjaan kamu' beritahu dato' zamri dengan nada serius. manakala cinta amelia hanya menelan liur yang kian terasa pahit. nampaknya kali ini dato' zamri betul-betul serius.
"err mak senah alang-alang papa dah keluar ni amelia pon nak keluar laa, bosan dekat rumah" beritahu cinta amelia dengan nada slumber.
"Ya Allah Amelia kan papa kamu dah pesan tak boleh keluar, tak sampai setenggah jam papa kamu keluar kamu pula nak keluar, aih budak ni tak makan saman" bebel mak senah kepada cinta amelia.
' Ala mak senah tak payah laa bagitahu papa yang amelia nak keluar, err mak senah yang cantikk lagi menawan... bolehh laa sekali ni ajee.."
'No, no, no! kali ni mak senah takkan termakan dengan pujuk rayu mu, mak senah tahu yang mak senah ni cantik... so tetap tak boleh keluar, kalau kamu keluar jugak mak senah call papa kamu" kali ni mak senah tidak berani membenarkan cinta amelia keluar tanpa kebenaran daripada dato' zamri. Dato zamri pula awal-awal sudah memberitahu mak senah supaya tidak benarkan cinta amelia keluar tanpa kebenarannya.
' erggg, whatever... kalau amelia tak boleh keluar, amelia ajak kawan amelia datang sini, mak senah masak sedap-sedap and masak banyak-banyak tenggah hari nanti kawan amelia sampai'.
' haihlaa budak ni, yelah-yelah nanti mak senah masak' jawab mak senah sambil menggeleng kepala. pening dengan perangai cinta amelia yang keras kepala.
sebuah kereta kia picanto tiba di pekarangan rumah banglo milik dato' zamri. laju sahaja mak senah membuka pintu banglo tersebut. dia sudah sedia maklum oleh cinta amelia untuk segera membuka pinti setelah kawan-kawan cinta amelia sampai. dia juga sudah mengenali kawan-kawan cinta amelia kerana mereka sering datang kerumah banglo milik dato' ramzi.
' hye mak senah, lama tak jumpa rindu mak senah' tegur salah seorang kawan cinta amelia iaitu laila. laila sememangnya peramah dan bermulut manis laila juga merupakan kawan yang paling rapat dengan cinta amelia.
'haah rindu sangat dekat mak senah' alia mencelah kata-kata laila sambil menayangkan sengih'
'amboii baru minggu lepas datang dah rindu, ada-ada aje kamu ni. haa jom laa masuk amelia ada dekat atas' pelawa mak senah.
' baek mak senah! kami masuk dulu ye! jawab alia dan laila serentak.
tq support saya... baca sampai tamat tau. ;)
Share this novel