BEBERAPA jam sebelum Miya diselamatkan.
Richard menggeledah rumah Eryna dengan beberapa rakannya. Segenap sudut rumah Eryna diselongkar. Tiada apa-apa yang mencurigakan sehinggalah dia masuk ke kamar utama. Di satu sudut kamar itu, penuh dengan gambar-gambar Adrian yang diambil secara curi, serta gambar Dahlia dan Miya. Semua gambar Dahlia telah dipangkah dengan dakwat berwarna merah. Manakala gambar-gambar Miya pula ditulis ‘You’re next!’. Curiga dengan gambar-gambar itu, Richard menghubungi Adrian dan memberitahunya, lalu menguatkan andaian Adrian bahawa kehilangan Miya mempunyai kaitan dengan Eryna.
Tidak menemui apa-apa lagi di bilik itu, Richard menggeledah ruang dapur pula. Ketika itulah mereka menemui sebuah bilik yang mungkin untuk menempatkan bahan kering, berdasarkan rekaan dan susunan rak di dalam ruang itu. Namun yang ditemui mereka bukan bahan kering, melainkan beberapa ekor tikus yang dikurung dalam sangkar berasingan.
“Gila perempuan ni!” getus Richard. Selalu yang dilihatnya orang membela kucing atau anjing atau setidaknya hamster. Tetapi Eryna membela tikus? Bukan seekor, malah hampir sepuluh ekor. Diambil gambar tikus-tikus itu lalu menghantarnya kepada Adrian yang membuat dia dimaki bossnya itu kerana masih tidak mendapat maklumat yang boleh membantu untuk menjejak Miya. Sebal juga dia dengan Adrian. Dia hanya merasakan tabiat Eryna memelihara tikus itu sangat aneh, sebab itu dia memberitahu Adrian. Siapa tahu jika maklumat itu berguna di kemudian hari. Eryna juga bukan saintis sehingga dia perlu memelihara tikus untuk dijadikan tikus makmal.
Mereka terus menyelongkar bilik itu sebelum menemui sebuah fail yang terletak di dalam laci kabinet paling belakang. Fail itu mengandungi dokumen pembelian sebuah rumah api yang dibeli secara bidaan pada harga RM300,000. Pada mulanya Richard tidak menaruh sebarang curiga, tetapi rakannya Dylan memberitahu bahawa sangat luar biasa jika seorang wanita membeli rumah api lama. Untuk tujuan apa? Di perairan Cuba pula. Lainlah kalau beli rumah, tanah atau kereta. Bersetuju dengan pendapat Dylan, dia akhirnya mengambil gambar bahagian dokumen yang mengandungi alamat dan lokasi rumah api tersebut lalu dihantar kepada Adrian.
Berbekalkan maklumat Richard itulah, Adrian nekad untuk pergi ke rumah api itu. Dia tidak tahu apa yang membuat dia berani dan sebegitu nekad, namun yang ada dalam fikirannya, dia mahu menyelamatkan Miya. Semuanya dia lakukan berdasarkan naluri dan firasat. Dan ternyata, firasat itu benar. Dia datang pada saat yang tepat dan berjaya menyelamatkan Miya.
SEBAIK sahaja helikopter mendarat, Miya dan Adrian segera di bawa ke hospital untuk menerima rawatan. Meringis Miya melihat luka yang dalam pada bahu Adrian. Sedangkan dia, tidak mengalami kecederaan serius.
Meringis dia melihat dalamnya luka pada bahu Adrian saat di dalam ambulans tadi. Melihatnya saja sudah sangat sakit, apatah lagi Adrian yang mengalaminya.
“Biar saya teman awak kat wad,” ujar Miya ketika dia dan Adrian berada di dalam ruang kecemasan.
“Tak payahlah. Kalau awak tak kena warded, balik rehat.”
“Saya okay je. Awak yang teruk injured.”
Adrian tersenyum. “Are you worried about me?”
Miya diam. Apa perlu Adrian bertanya soalan itu? Sudah tentu dia risau. Tidak nampak wajahnya yang rusuh ini?
“Saya lagi risaukan awak. Awak pun rehatlah. Tak perlu teman saya malam ni. You still have a lifetime to accompany me,” ujar Adrian apabila Miya diam tidak menjawab pertanyaannya.
“And it begins tonight.” Miya berkeras.
Melihat kedegilan Miya yang berkeras mahu menemaninya, akhirnya Adrian meminta kebenaran doktor supaya tidak perlu ditahan di hospital. Itupun selepas puas juga dia bertekak dengan Miya yang mahu dia bermalam di hospital supaya boleh dipantau oleh doktor. Tetapi kemenangan tetap berpihak kepadanya. Jika Miya degil, dia juga sama dan tiada sesiapa mampu melawan kedegilannya.
Akhirnya setelah selesai dirawat dan memberi keterangan kepada pihak polis, Adrian dan Miya dibenarkan pulang. Ketika itu hari sudah menjelang siang.
Sempat Adrian terlelap ketika di dalam kereta menuju ke hotel. Lelah seluruh tubuhnya meminta segera direhatkan. Namun kerana badan sudah melekit dek air masin yang sudah kering di tubuh, dia membersihkan diri terlebih dahulu.
Ketika dia sedang membersihkan wajahnya, pintu bilik mandi tiba-tiba dibuka dari luar. Melalui cermin, dia melihat Miya melangkah masuk dengan hanya memakai jubah mandi.
Tidak sempat dia merespon, Miya tiba-tiba memeluknya dari belakang.
“You really want me back?” tanya Miya.
“Yes.” Tanpa ragu Adrian menjawab. “I want you back as my wife.”
Terasa pelukan pada tubuhnya semakin erat. “Say it again.”
“I…Want…You…Back…As…My…Wife, Miya Liany.” Sepatah-sepatah Adrian menyebut perkataan itu, yang sudah cukup jelas untuk menggambarkan betapa dia mahu Miya kembali dalam hidupnya. Sebagai isterinya.
“Now, I can do it,” ujar Miya lantas melonggarkan pelukannya.
“Do what?” Adrian memusingkan tubuhnya mengadap Miya.
“Thank my husband.” Miya berjengket, menangkup kedua-dua pipi Adrian lantas mengucup bibir suaminya itu. Ciuman lembut yang bertukar menjadi panas apabila Adrian mula merespon ciuman itu.
Terasa kehabisan nafas, Miya melepaskan tautan bibir mereka.
“Cukuplah dulu untuk hari ni. Balik Malaysia nanti kita pergi pejabat agama, then baru kita sambung semula,” ujarnya lalu tanpa rasa bersalah, dia melangkah keluar dari bilik mandi; meninggalkan Adrian yang terkebil-kebil dengan hati mendongkol geram. Tengah sedap-sedap, boleh pula dia kata bersambung? Otak Adrian mula mengira-ngira tarikh mereka akan balik ke Malaysia. Ada empat hari lagi membuat dia seperti mahu menjerit sekuat hati. Empat hari terasa seperti empat tahun!!!
Sebal, Adrian masuk ke ruang mandi dan membilas tubuhnya dengan air sejuk.
SEBAIK sahaja dia selesai, Miya pula bergantian masuk membersihkan diri. Adrian merebahkan tubuhnya ke sofa. Benar-benar tubuhnya lelah menuntut rehat. Tanpa perlu dipaksa, matanya perlahan terpejam.
Tidak tahu berapa lama dia terlelap, suara Miya yang memanggilnya membuat dia terjaga. Panggung sedikit kepala, dia memandang Miya yang sudah berbaring di katil.
“Kenapa tak tidur?” tanya Adrian dengan mata separuh mamai.
“I want to sleep with you.”
Mata yang kuyu mamai menjadi segar serta-merta mendengar kata-kata Miya. Apa dia tidak salah dengar? Apa benar Miya mengajaknya tidur bersama? Benarkah ini isterinya yang polos dan malu-malu dulu? Atau kerana kepalanya dihantuk kuat oleh Eryna, maka personalitinya berubah drastik?
“Miya, Eryna ada bagi awak syabu ke?” Bukan berniat menuduh , tetapi kelakuan Miya hari ini benar-benar bertolak jauh daripada personaliti sebenarnya.
Miya berdecit tidak suka. Dia ikhlas mengajak Adrian tidur bersama, lelaki itu menuduh dia ketagih syabu pula.
“Awaklah syabu saya. I get addicted when I see or be near you.”
Wah, ini benar-benar bukan Miya Liany yang dikenalinya sebelum ini. Lain benar.
“Define the word sleep,” ujar Adrian.
Miya memutar bola matanya. “Tidurlah. Close your eyes like this.” Miya pejam sejenak matanya sebelum celik semula.
“Kalau awak maksudkan sleep…” Miya membuat kurungan dengan jemarinya saat menyebut sleep. “…kan saya kata tunggu kita balik Malaysia, pergi pejabat agama and…”
“Okay…Okay…I understand.” Adrian bangkit lalu melangkah ke katil.
Miya beranjak, memberi ruang kepada Adrian tidur di sebelah kanan.
“Come…” Adrian mendepangkan tangan kirinya, meminta Miya baring di situ.
“Tak apa ke? Awak kan sakit.”
“Yang injured sebelah kanan. Sebelah kiri okey.”
Miya akhirnya mengengsot lantas melabuhkan kepalanya di atas lengan Adrian sebelum tangannya melingkar pada tubuh suaminya itu.
“I miss you,” ujar Adrian. “I miss everything about you.”
Miya diam. Jujurnya dia juga merindui Adrian namun disimpan kemas rasa rindu itu dek memikirkan Adrian tidak pernah mencintainya. Namun rasa rindu itu kembali menggebu saat mengetahui kebenaran dari mulut Eryna.
Dirapatkan tubuhnya pada tubuh Adrian; kembali merasai kehangatan yang sering menemani tidur malamnya sebelum ini.
“I miss you too,” ujarnya.
“Really?”
Miya mengangguk. “Masa saya kat rumah api tu, saya berdoa supaya awak datang selamatkan saya. Saya berdoa supaya Tuhan gerakkan hati awak untuk cari saya walaupun saya tahu rumah api tu tempat yang mustahil untuk orang jumpa. Saya tak terfikirkan orang lain. Saya cuma fikirkan awak.”
Tersenyum Adrian dengan kata-kata Miya. “Kenapa?”
“Because you are the only man who ever protected me. Even pertemuan pertama kita pun, awak selamatkan saya. Then masa saya accident pun awak selamatkan saya daripada lelaki gila tu. Jadi, masa saya dah give up sangat dekat rumah api tu, saya berdoa sungguh-sungguh supaya awak datang selamatkan saya.”
“I will do anything for you…”
Mata Miya memanas apabila terasa ada cecair hangat yang bergenang. “Thank you.”
“There’s another way to thank your husband.”
Miya angkat sedikit kepalanya memandang Adrian. “You want me to thank you the way you ask me to? Now?”
“Tunggu balik Malaysia.” Bukan Adrian tidak sudi, tetapi bimbang dia tidak dapat mengawal diri. Benar, jika ikut hukum dia dan Miya sudah sah rujuk. Namun, dia tidak mahu memaksa Miya. Menyakiti Miya adalah perkara yang dia tidak akan ulanginya.
Miya terkekeh. “Cium je tak apa dekat mana-mana pun. Tapi advance daripada tu kena tunggu balik Malaysia.”
“Saya takkan cukup dengan cium je.”
“Tamak betul.”
“I can’t never get enough of you. The more I get you, the more I crave for you. So don’t try me.” Adrian memberi amaran sebelum Miya mencabarnya sekali lagi.
Miya tertawa perlahan. “Okay.”
“Tidurlah,” ujar Adrian.
Tidak bersuara, Miya berbaring selesa di dalam dakapan Adrian. Menikmati haruman pewangi Amouage Interlude dari tubuh suaminya itu, yang sentiasa memberi rasa tenang, membuatnya khayal dan akhirnya tertidur.
Mendengar dengakuran halus Miya, Adrian memusingkan sedikit tubuhnya mengadap ke arah Miya. Telunjuknya bergerak menelusuri garis wajah Miya yang terpahat sempurna. Sakit hatinya melihat kesan lebam dan bengkak pada wajah isterinya itu. Bukan kerana ia kelihatan hodoh, tetapi kerana membayangkan kesakitan yang dialami oleh Miya ketika dipukul dan dibelasah oleh Eryna. Dia sendiri meringis saat melihat kesan lebam pada seluruh tubuh Miya ketika diperiksa oleh doktor tadi. Tubuh Miya yang bersih, putih tanpa sebarang noda, harus tercemar dengan kesan-kesan lebam dan luka akibat ulah Eryna. Dia sendiri juga cedera, namun melihat kecederaan yang dialami Miya, rasanya lebih sakit.
Daripada maklumat yang dihantar Adam tadi, katanya Eryna diselamatkan oleh pasukan polis yang datang dengan bot berkuasa tinggi tidak lama selepas dia dan Miya diselamatkan. Kemudian, dia juga dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dengan pengawasan ketat pihak polis.
Teringat dia bagaimana Miya membelasah Eryna di rumah api tadi. Sungguh, itu adalah sisi diri Miya yang tidak pernah dia bayangkan. Namun dia puas melihat Eryna dibelasah. Sekurang-kurangnya Eryna sudah diberi balasan oleh Miya walaupun tidak setimpal dengan perbuatannya.
Jika dia tidak melihat sendiri, tentu dia tidak akan percaya Miya mampu membelasah orang. Riak wajah Miya ketika itu benar-benar Adrian tidak boleh lupa. Tidak pernah dia melihat rona seperti itu pada wajah Miya. Geram, marah, benci, berbaur membentuk satu tenaga luar biasa dan dilampiaskan sepenuhnya ke kepala Eryna.
Dia tidak pernah melihat Miya marah atau hilang kendali sehingga boleh memukul orang seperti itu. Miya selalunya terlihat tenang dan mampu mengawal emosi. Lihat saja ketika dia ditampar oleh Amelia. Bukan hanya dia tidak melenting, malah dia tidak membalasnya pun.
Namun dia teringat Miya pernah berkata, “I’m not that stupid to let people slap me again and again.” Benarlah. Miya bukan lemah, cuma dia memberi peluang. Selagi dia boleh bersabar, dia akan bersabar. Namun, jika sampai orang memijak kepalanya, dia tidak akan teragak-agak untuk bertindak.
Adrian tunduk, mengucup lembut puncak kepala Miya. Dia tidak menyesal berkahwin dengan Miya. Dia tidak menyesal menggantikan posisi Dahlia di hatinya dengan Miya. Walaupun pertemuan mereka hanya kebetulan, perkenalan mereka singkat, mahligai perkahwinan mereka sempat runtuh, tetapi dia yakin dia mencintai Miya. Selamanya.
“Good night, baby,” bisiknya.
MIYA tertidur hampir dua puluh jam. Fizikal dan mentalnya yang lelah beberapa hari ini membuat tidurnya begitu lena, sehingga tidak terganggu sedikit pun. Adrian beberapa kali memeriksa keadaan isterinya itu. Khuatir jika tiba-tiba Miya berhenti bernafas. Dan dia lega setiap kali melihat dada Miya masih berombak.
Dia sudah bangun tidur dua kali, namun Miya masih lena tidak berkutik. Suami mana yang tidak bimbang?
Setelah Miya terjaga tepat ketika jam menunjukkan pukul sembilan setengah pagi waktu Bahamas, barulah Adrian mendesah lega.
Sementara menunggu Miya selesai mandi, Adrian memesan sarapan ke bilik. Tabiat makan Miya yang tidak memilih membuat dia tidak sukar memesan makanan untuk isterinya itu.
Dua puluh minit kemudian Miya keluar dari bilik mandi dengan wajah segar walaupun lebam dan memar pada wajahnya masih nampak jelas.
“I think I need to hire bodyguards for you,” ujar Adrian setelah menghabiskan sarapannya, sedang Miya masih menikmati pencuci mulut.
Miya menjeling Adrian sekilas. “Awak ni melebih-lebihlah. I don’t need bodyguards.”
“I’m worried about you.”
“No need to worry about me. I can take care of myself. Besides, I think the one who needs bodyguards is you.”
Adrian mengerutkan dahi. “Me?”
“Yeah. My life is in danger because there is a crazy woman who is crazy about you. But I won’t hire a bodyguard, I will appoint a new PA for you. And I already have a candidate.”
“Serius?” Semakin dalam kerut pada wajah Adrian, memandang Miya dengan riak tidak percaya. Miya baru diselamatkan daripada Eryna, dan selepas itu tertidur selama hampir dua puluh jam, tiba-tiba dia bangun dengan calon PA untuknya? Hebat! Masa tidur pun, otaknya berjalan. Atau dia mendapat petunjuk di dalam mimpi?
“Ya. Awak nak tahu siapa calon PA baru tu?” tanya Miya sambil melirik Adrian, lalu menyuap nasi berlauk salmon panggang ke mulutnya.
“Of course.” Tertanya-tanya juga dia siapa calon yang dimaksudkan Miya. Apa Miya memilih PA lelaki untuknya?
“Me…” Miya memandang Adrian sambil menunjuk ke arah dirinya sendiri.
Terkebil-kebil mata Adrian dengan mulut menganga. Tidak percaya.
“Awak nak jadi PA saya?”
Miya mengangguk. Riak wajahnya tidak menunjukkan dia sedang bergurau.
“What about your position as Marketing Manager at DayMond Jewels?”
“I will resign.”
Lagi-lagi Adrian dibuat terkejut. Dia tahu bagaimana Miya sukakan pekerjaannya itu. Dia tahu bagaimana cemerlangnya Miya menjalankan tugasnya sebagai Pengurus Pemasaran. Apa Miya rela melepaskan jawatan itu semata-mata mahu menjadi PAnya?
“Are you serious?” Adrian meminta kepastian. Dia tidak keberatan jika Miya mahu menjadi PAnya, malah dia sangat mengalu-alukannya.
“Do I look like I’m kidding?” Miya mendekatkan wajahnya ke wajah Adrian.
“Awak dah fikir masak-masak ke? Saya bukan tak suka, tapi saya tak nak awak buat sesuatu kerana saya. Buat apa yang awak suka and I will support you.”
Miya kelihatan berfikir-fikir, cuba merangka ayat yang sesuai untuk menerangkan kepada Adrian. Banyak faktor yang menyebabkan dia mengambil keputusan itu. Kalau tidak kerana Eryna pun, Miya sudah berfikir untuk melepaskan jawatan di DayMond Jewels dan mencari pekerjaan di tempat lain.
“Awalnya saya nak letak jawatan lepas kita bercerai. Saya dah siapkan resignation letter pun. Saya ingat bila habis iddah, saya nak keluar dari DayMond dan cari kerja tempat lain. Saya tak nak kerja di bawah bumbung yang sama dengan bekas suami, apatah lagi ada adik ipar di jabatan yang sama yang secara kebetulan adalah ex boyfriend saya. Saya tak selesa. Tapi sekarang, saya ada satu lagi sebab yang sangat kukuh untuk resign sebagai pengurus pamasaran DayMond Jewels. Saya nak isi kekosongan jawatan sebagai PA Mr Adrian Liew. You don’t have to interview me, because I have officially appointed myself today.”
Meletus tawa Adrian mendengar kata-kata terakhir Miya. Yakin sungguh dia melantik diri sendiri sebagai pembantu peribadinya.
“Miss Miya..I’m sorry, Mrs Adrian Liew, I adore your self-confidence. You are hired,” ujar Adrian lalu menghulurkan tangannya untuk berjabat yang lantas disambut oleh Miya.
“Thank you. I will carry out my duties well, starting from home, to the office, to home again.” Miya berkata dengan penuh keyakinan.
"Good."
“I will meet all your needs and also your desires. And I will do better than Eryna.” Miya sedikit berbisik membuatkan bulu roma Adrian tegak meremang. Lagi-lagi Miya menguji pertahanan dirinya. Tak apa. dia sudah mempersiapkan semuanya.
“I can’t wait.”
Miya tersenyum. “Kita ada empat hari lagi di Bahamas and saya akan gunakan cuti ni dengan sebaik-baiknya sebelum memulakan tugas saya sebagai PA dan isteri awak secara rasmi. Tak sabarnya.”
“Tak sabar?”
Miya mengangguk dengan senyum menggoda.
“Sebab tu saya dah book flight untuk kita malam ni. Flight kali ni lama sikit sebab kena transit dekat Heathrow. Kita akan sampai KL tengah hari lusa. So, kita boleh terus pergi pejabat agama.”
Mati senyum Miya. Adrian tidak serius kan? Bukankah mereka sudah merancang untuk menaiki kapal mewah menelusuri Laut Caribbean esok?
“Awak tipu.”
Tidak menjawab, Adrian mencapai telefonnya di atas meja sebelum menunjukkan tiket penerbangan kelas pertama yang ditempahnya semalam.
Jatuh rahang Miya melihat tiket itu. Musnah angan-angannya mahu bergambar di atas kapal berlatar belakangkan laut dan langit yang membiru.
“Mama? Papa? Adam?”
“Dia orang akan stay sampai Sabtu nanti. Sebab tu kita terpaksa naik commercial flight.”
Miya mencebik. Kecewa.
Adrian pula tersenyum puas. Miya mahu mengenakannya? Huh, silap orang!
“I tell you one thing, Miya. Saya bukan orang yang penyabar. Saya boleh tunggu sampai esok, itu dah limit kesabaran saya paling tinggi.”
“Apa jadi kalau kesabaran awak dah habis?”
“Don’t ask. Sebab awak takkan sanggup dengar jawapan saya.”
Miya akhirnya diam. Mendengar kata-kata Adrian, tidak berani pula dia bertanya lebih-lebih. Bimbang diterkam.
“Sejak bila awak decide nak jadi PA saya?” tanya Adrian. Miya yang sedang menghirup kopi sambil menggeser-geser skrin telefonnya dipandang lekat.
“Sejak tadi.” Miya tidak berbohong. Dia spontan sahaja memikirkan tentang itu ketika sedang menikmati sarapan tadi.
“Cepat betul awak buat keputusan.”
“Saya takut kalau perempuan lain jadi PA awak, dia akan buat perkara yang sama macam Eryna. Cukuplah sekali saya berdepan dengan perempuan gila yang tergila-gilakan awak. Saya tak nak belasah orang lagi.”
Adrian tertawa.
“Kalau saya jadi PA awak, tak salah kalau saya tergila-gilakan awak kan? Isteri awak pun mesti takkan belasah saya kalau saya tergila-gilakan awak kan?”
Adrian mati kata dibuatnya. Sahlah, hantukan kuat di kepala boleh mengubah personaliti seseorang. Tidak terkecuali Miya. Miya yang pemalu walau sekadar untuk bertatap dengannya, sekarang berani sekali berkata seperti itu. Dia suka, tentunya. Cuma, agak terkejut dengan perubahan mendadak Miya.
“Miya, berapa kali kepala awak terhantuk?”
Miya memicingkan matanya. “Why?”
“Susah nak percaya awak boleh bercakap macam tu. Awak memang betul-betul tergila-gilakan saya ke?”
“Salah ke kalau saya tergila-gilakan suami saya?”
“Bukan macam tu. Tapi…Susah nak percaya.”
“You doubted me?” Wajah Miya berubah murung.
“No..I mean..hmmphh..”
Tanpa sempat Adrian menyudahkan kata-katanya, Miya tiba-tiba bangun, duduk di pangkuannya lalu mengucup bibirnya, membuat mata Adrian terbuntang luas. Sungguh dia tidak menduga tindakan Miya itu. Kenapa Miya jadi seperti ini? Tuhan, mujurlah dia sudah menempah tiket penerbangan. Jika tidak, entah satu Pulau Nassau boleh terbakar kerana suhu badannya naik mendadak.
Sayangnya, belum pun sempat Adrian menikmati ciuman itu, Miya sudah melepaskan bibirnya. Mata bundar nan indah itu menatapnya lekat, membuat Adrian menelan liurnya berkali-kali.
“Do you believe now?”
Adrian tidak membalas, sebaliknya mengambil giliran menyudahkan apa yang dimulakan oleh Miya tadi. Diraihnya tengkuk Miya dan didekatkan wajahnya pada wajah Miya, lalu dia mengucup bibir manis isterinya itu. Hanya kucupan lembut, kerana dia tidak mahu menyakiti Miya.
“I love you,” bisiknya di sela ciumannya.
PENERBANGAN pulang kali ini agak panjang kerana perlu transit di Lapangan Terbang Heathrow selama 3 jam 20 minit sebelum meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur. Itu bezanya antara penerbangan peribadi yang boleh terbang terus tanpa transit, berbanding penerbangan komersil yang perlu transit di satu atau dua lapangan terbang.
Oleh kerana sudah makan tengah hari di dalam penerbangan, mereka terus keluar dari lapangan terbang di mana Akram sudah menunggu di sana.
Ternyata Adrian tidak bergurau apabila memberitahu mahu terus ke pejabat agama. Buktinya, mereka sudah berada di depan bangunan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Akram menyerahkan kunci kereta kepada Adrian sebelum dia berlalu meninggalkan mereka.
“I can’t believe this.” Miya mendengus perlahan.
“Come.” Menggenggam tangan Miya, Adrian mendahului langkah isterinya itu masuk ke dalam bangunan JAWI.
Mereka terus ke pejabat Pendaftar Nikah, Cerai, dan Ruju’. Semua dokumen yang telah lengkap diserahkan kepada pendaftar. Sebelum menaiki penerbangan lebih 24 jam yang lalu, Adrian meminta Miya mengisi butir-butir iddah di dalam borang permohonan rujuk yang dimuat naik dari laman sesawang JAWI. Tarikh haid pertama, kedua, dan ketiga serta bilangan dia datang haid selama tempoh bercerai. Walaupun sebal kerana Adrian mempercepatkan tarikh kepulangan mereka, namun satu sudut dalam hati Miya benar-benar tersentuh kerana lelaki itu bersungguh-sungguh mahu mereka rujuk semula.
Setelah meneliti dokumen -dokumen yang diserahkan Adrian, pendaftar itu memandang pasangan di depannya silih berganti. Mungkin curiga melihat lebam pada wajah Miya. Juga Adrian yang nampak kepayahan saat menggerakkan tangan kanannya.
“Suami, minta lafaz rujuk sekali lagi,” ujarnya.
Adrian toleh, pandang Miya sekilas sebelum mereka berbalas senyum. Gugupnya rujuk sama seperti melafaz akad nikah.
“Saya ruju’ akan isteri saya Miya Liany binti Abdullah kepada nikah saya yang dahulu.” Adrian melafaz ruju’ berpandukan ayat yang tertera pada borang permohonan ruju’ itu.
“Alhamdulillah. Kena buat bayaran RM20 dan boleh ambil surat ruju’ dalam tempoh lima hari bekerja.”
SELESAI urusan di pejabat pendaftar, mereka terus menuju ke tempat letak kereta.
“Let’s go home,” ujar Adrian.
“Kita kena clearkan dulu rumah tu,” ujar Miya tiba-tiba.
“Clearkan apa?”
“Saya rasa rumah tu penuh dengan kamera. Dalam bilik tidur kita pun ada satu.”
“What? Siapa letak?”
“Eryna.”
“Macam mana awak tahu?” tanya Adrian. Terasa seluruh darah di tubuhnya menyirap naik ke kepala saat mendengar kata-kata Miya.
“Dia bagitahu.” Miya gigit bibir. Sehingga saat ini, dia masih marah dan malu kerana apa yang dilakukannya bersama Adrian menjadi tontonan Eryna.
“Dalam bilik…kita…?” Adrian pejam mata. Tuhan, sungguh perbuatan Eryna itu tidak terjangkau oleh akal warasnya. Ya, orang waras tidak akan melakukan perkara seperti itu.
“Yeah…She knows everything, she saw everything and she heard everything…” Ragu-ragu Miya memberitahu Adrian melihat roman wajah lelaki itu yang sudah merah bagai udang rebus. Namun dia harus memberitahunya supaya mereka dapat mencari dan membuang kamera itu.
Tangan Adrian yang sedang menggenggam stereng terkepal erat. Mujurlah Eryna sudah ditahan di lokap Bahamas. Jika tidak, sekarang juga dia akan mencari wanita itu dan menoreh mukanya.
“Tak apa…”
“Tak apa? Awak tak kisah dalam bilik tu ada…”
“Yang tu kita akan selesaikan kemudian. Sekarang ni kita selesaikan urusan kita dulu.”
“Urusan apa?” tanya Miya bingung. Bukankah urusan mereka di pejabat agama tadi sudah selesai?
“Drama bersiri awak yang katanya ada sambungan tu?”
Miya masih tidak mengerti.
“Saya nak tuntut kesudahan cerita yang awak mulakan di bilik air hotel Bahamas,” ujar Adrian apabila melihat Miya masih tidak dapat menangkap maksudnya.
“Oh…” Miya terkekeh malu. Terasa panas mukanya mengingat tingkahnya ketika itu.
“Tapi kita belum dapat surat rujuk lagi.”
“Awak tak kata kena tunggu surat rujuk. Awak kata, balik Malaysia kita pergi pejabat agama, then kita sambung.”
“Tapi kita tak boleh balik rumah.”
“Siapa kata kita nak balik rumah?”
“Habis tu?”
“Saya ada satu presidential suite di Acassia Villa,” ujar Adrian sebelum memecut keretanya keluar dari perkarangan JAWI.
Share this novel
saya rasa mcm nk buat koleksi semua novel Calyta ni
the best susunan cite ni.. tq Calyta, semoga bahagia milik Adrian dn Miya. tak sabar nk tunggu next episode.. hehehehehe
terbaik calyta....happy dgn adrian n miya