Rate

Sesuatu di Jogja

Short Story Completed 749

“Aku pulang dulu, bu” Mea meminta izin untuk balik ke guesthouse yang sudah menjadi tempat tidurnya sepanjang keberadaannya di Jogja.

“Ini ibu taruh beberapa kue untuk kamu makan nanti. Semoga ketemu lagi.” Ibu Reza memeluk erat tubuh Mea.

Kelihatan sedikit muram diwajahnya, tetapi masih tetap mengukirkan senyuman dibibirnya.

Mea menghalakan langkahnya menghampiri susuk tubuh jejaka yang sudah seminggu menjadi pendampingnya sejak hari pertama dia menjejakkan kaki di bumi Zamrud Khatulistiwa.

“Kamu tak ingin melihat aku lagi, Reza?” Mea berdiri dibelakang tubuh tegap jejaka kelahiran Indonesia itu.

Tetapi, jejaka itu langsung tidak menunjukkan tanda-tanda ingin memandangnya.

“Can you stop laughing?” penumpang disebelah kirinya menegur.

Mea agak terkejut dengan teguran itu kerana dia tidak menyangka ketawanya mengganggu penumpang itu.

Sejak dari tadi, jejaka disebelahnya langsung tidak menyapanya.

Untuk tersenyum padanya itu jauh sekali.

Pada mulanya, Mea ada juga curi-curi untuk memandang wajah jejaka itu kerana dia sangat tertarik pada penampilan jejaka itu.

Hanya ber t-shirt putih dan berseluar jeans lusuh.

Tampak kemas dan berfesyen! Kulitnya cerah.

Wajahnya dihiasi jambang yang telah di trim dengan kemas.

Handsome!

Tetapi sayang, perilakunya tidak disukai Mea.

Sombong!

“Sorry. Tapi cerita ni kelakarlah. Awak pernah tengok cerita ni tak?” Mea bersungguh-sungguh menunjukkan tab-nya kearah jejaka itu.

Kesungguhan Mea mengundang kemarahan jejaka itu.

“Eh! Kamu ini apa-apa sih! Nyebelin banget!” Reza menjeling kearah Mea sambil berdengus kasar.

Mea terkebil-kebil mendengar ucapan jejaka itu.

Nasib baik suaranya tidak didengar oleh seluruh penumpang didalam kapal terbang itu.

Guruh dilangit mengejutkan Mea dan terus melenyapkan kisah pertemuaan pertama kali mereka.

Mea tersenyum tatkala mengingatinya.

Tidak menyangka hubungan mereka akan menjadi sejauh ini.

Mea hanya mampu mencintainya.

Dan dia juga tahu tentang perasaan Reza terhadapnya.

Mana mungkin dia tidak tahu tapi seboleh mungkin Mea menafikan kenyataan itu didalam hatinya.

Perlahan-lahan Reza memusingkan badannya dan kini mereka berdua saling berpandangan.

Reza memegang wajah Mea dengan kedua-dua belah tangannya.

Mea turut menatap mata bening milik jejaka itu sepuas hatinya kerana dia tahu ini adalah kesempatan terakhir buatnya untuk melihat sepasang mata hazel milik lelaki yang dicintainya,
“Aku mencintaimu.” Bisik Reza di cuping telinga kanan Mea.

Perlahan tapi jelas dipendengaran si pendengar.

Keadaan sekeliling seakan terhenti buat seketika.

Malah suara si katak yang tadinya riuh memanggil hujan juga telah hilang.

Cemburukah alam pada pengakuan cinta Reza pada Mea sehinggakan mencurahkan air mata dari langit?

Hujan mulai turun.

Dihiasi guruh didada langit. Tiada tanda-tanda ingin berhenti malah semakin lebat.

“Aku duluan. Kamu harus hidup bahagia disini.” Mea berkata sambil menghapuskan air mata Reza.

Dia tahu dia tidak mungkin akan berjumpa lagi dengan Reza kerana semuanya harus berakhir disini.

“Kenapa kamu tidak mengatakan yang sebenarnya?” soal Reza sambil memegang bahu Mea.

Dia sudah tidak kisah pada titis-titis hujan yang semakin lebat itu.

Yang di kisah sekarang ini, kekasih hatinya ingin pergi darinya.

Cuma dia tidak pasti atas alasan apa Mea tidak dapat menerima cintanya.

“Aku gak bisa. Maafin aku, Reza.” Mata Mea masih tetap memandang wajah Reza.

Bezanya, pandangannya makin kabur.

Mungkin Disebabkan air mata atau air hujan yang berlumba-lumba jatuh kewajahnya.

“Aku mencintaimu, Mea.” Reza sekali lagi membisikkan kalimat itu dicuping telinga Mea.

Sukar untuk Reza melepaskan Mea pergi.

Dia marah kerana Mea langsung tidak mencuba untuk memberitahunya tentang tarikh dia ingin pulang ke Malaysia.

Dia rasa terkhianati tetapi dia tahu, dia perlu meluahkan agar Mea sedar tentang perasaannya walaupun dia juga tahu Mea ada menyembunyikan sesuatu darinya.

"Aku juga mencintaimu, Reza. Tapi kamu dan aku tidak bisa bersama. kamu berbeda dari aku!” Akhirnya Mea melepaskan juga apa yang tersimpan didalam hatinya.

Mea kini menangis di dalam pelukan reza.

“Kenapa? Apa yang membedakan aku dan kamu? Kita punya rasa yang sama, Mea.

Ibu juga sudah sayang sama kamu. Malah dia juga mengimpikan kamu untuk menjadi menantunya.

Apa karena ugama ibuku?” Reza menduga Mea.

Mea memegang erat tangan Reza sambil berkata, “tidak! Bukan karena ibumu. Bukan juga karena kamu, Rez. Tapi aku! Aku tidak bisa terbang setinggi kamu. Aku tidak bisa menerima siapa kamu. Kamu tidak akan mengerti karena aku juga tidak tahu apa yang aku katakan sekarang. Aku bingung, Rez!”.

Matanya memandang sepasang mata redup milik Reza.

Dia mengharapkan Reza tidak bertanyakan lagi kenapa.

Reza kehilangan kata.

Mea melepaskan genggamannya dan berlalu meninggalkan Reza disitu.

Hanya kata maaf menjadi kata pengganti selamat tinggal diantara mereka.

Ibu Reza memandang dari arah tingkap rumahnya.

Dia melihat langkah anak gadis itu pergi sehingga tidak kelihatan lagi dari pandangannya.

Pandanganya kemudian jatuh pada susuk tubuh anak lelakinya.

“Kasihan anakku.” Ibu Reza berkata didalam hati sambil menutup tingkap untuk menghalang air hujan dari masuk ke dalam rumahnya.

Mea berlalu pergi.

Derap langkahnya bersaing dengan bunyi hujan yang turun mencurah-curah ke bumi.

Hati kecilnya mengharapkan Reza, tetapi dia tahu Reza itu hanya mimpi yang nyata buat dirinya.

Janjinya pada papa harus dia tunaikan.

“Welcome home, my princess!” terlihat bahagia diwajah papa yang menyambut kepulangan anaknya yang sangat dia kasihi.

“Papa.” Mea memeluk erat papanya dan air matanya menitis tanpa sedar.

“Eh, kenapa Mea menangis?” Tuan Kamil menghapuskan air mata puterinya dengan penuh berhati-hati.

“Nothing pa. Mea rindu papa. Mama mana?”. Mea menjawab dan terus menukar tajuk perbualannya.

“Mama tunggu Mea di rumah. Sibuk untuk persiapan majlis hujung minggu ini.”

Papanya menepuk bahunya dan menolong menolak bagasinya menuju ke tempat letak kereta.

Mea melihat langkah papanya dan dia hanya mampu mengeluh.

Hatinya merindui Reza dan Jogja!

Kepulangannya disambut oleh mamanya.

Tidak banyak yang disembangkan mereka kerana dirinya terlalu letih.

Dirinya atau pemikirannya?

Mea sendiri tidak tahu.

Sampainya di bilik, dia terus merebahkan badannya di atas tilam kesayangannya.

Matanya memandang siling biliknya.

Penat melihat kipas yang sedang berpusing kemudian dia memejamkan matanya.

Rapat.

“Tahniah, Mea. Mama dan papa bahagia sangat dapat tengok anak papa dah jadi isteri pada Syed Daniel.

Papa tahu, Dan dapat jaga Mea sama macam mana mama dengan papa jaga Mea.”

Papanya memeluk erat tubuh anak gadisnya yang baru sah menjadi isteri kepada anak kawannya.

Itulah janji Mea pada orang tuanya sehingga dia mengabaikan perasaannya sendiri dan melukai hati lelaki yang berjaya membuatkan jatuh cinta, Reza.

“Semoga kau juga bahagia, Reza.” Ucap Mea didalam hati.

Terima kasih sudi baca karya saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience