Rate

prolog

Young Adult Series 3102

Rumput yang kian memanjang dicantas oleh Lee. Penampilan nya yang hanya mengenakan singlet berwarna putih serta seluar pendek paras lutut itu amat ringkas. Yalah, takkanlah kau nak mencantas rumput pakai tuxedo lak kan?

"Lee, let's eat first," pelawa babanya. Lee tersenyum sebelum mengangguk.

"Okay! Wait for a minute!"

Lee menanggalkan sandal nya lalu dia bersila dihadapan meja makan. Dekorasi rumah nya ala-ala rumah Jepun. Tapi tak peliklah sebab encik Kheong memang suka budaya Jepun.

"Baba, urm...mama hasn't called you yet?" soal Lee, cuba mengawal nada. Sejak ibubapanya bercerai kerana mama nya curang, babanya langsung menyekat dan membuang nombor mama nya dari telefon. Bukan nya mama dia tak pernah cuba untuk berjumpa, tapi terkantoi dengan baba dia. Berbirat juga tubuh Lee akibat disebat oleh encik Kheong.

"Lee Ling Yau. You kena ingat tahu, perempuan tu dah takda makna dalam hidup kita. Dia dah bahagia dengan lelaki melayu tu pun!" rengus lelaki berusia 40-an itu. Terus terbantut mahu menikmati hidangan dihadapannya itu. Lee berhenti dari mengunyah.

"Baba, sampai bila baba nak benci mama? Baba tak kasi langsung mama peluang, sebab tulah mama pun dah putus asa nak telefon Lee, tanya khabar Lee. Lee pun nak kasih sayang mama lah! Baba tak pernah faham perasaan Lee!" bentak Lee. Kesabaran nya sudah hilang. Lantaklah kalau babanya terasa.

Dia sudah penat menjaga perasaan orang lain.

Encik Kheong terkesima. Dengusan kasar dilepaskan sebelum dia meraup wajahnya. "Lee...baba buat semua ni sebab-"

"Enough, baba. Lee penat dengar alasan baba." dengan tegasnya Lee berkata. Chopstick diletakkan dengan cermat lalu dia bangun untuk berlalu dari situ.

Singlet yang tersarung di tubuh ditukar. Hoodie oversized putih bercorak alien berwarna hijau disarung ke tubuh tegapnya. Cermin mata bulat miliknya dipakai lalu dia keluar dari bilik. Di luar bilik, encik Kheong sedang menanti Lee.

"Lee... dengarlah kata baba. Baba cuma nak yang terbaik untuk Lee! Berhenti cari perempuan tu. Dia bukan lagi mama Lee..." sayu suara babanya berkata. Lee mengetap bibir. Matanya cuba untuk tidak bertembung dengan mata babanya itu.

"Baba. Lee nak masa bersendirian kejap."

Lee terus berlalu dari situ. Wajah encik Kheong yang sayu itu langsung tidak diendahkan.

Dia cuma mahu rasa belaian, pelukan dan ciuman dari insan yang bergelar ‘ibu’. Sekejap pun takpa, tapi kenapa babanya melarangnya?

Adakah babanya berfikir bahawa kasih sayang nya sudah cukup?

Ya, mungkin cukup. Tapi kasih sayang itu seperti tidak lengkap.

Air mata yang ditahan, tiba-tiba sahaja merembes keluar. Laju Lee mengesat supaya tidak meninggalkan kesan.

Berdirinya dia dihadapan sebuah taman rekreasi. Langkah diatur ke bangku berhampiran kedai aiskrim. Setelah dia duduk, dia memejamkan sebelum matanya terbuka semula dek panggilan seseorang.

"Lee? Is that you?"

Seorang gadis berambut merah tersenyum nipis. Lee menegakkan tubuhnya sebelum dia mengesot ke tepi memberikan gadis itu ruang duduk.

"Seraphine, tak sangka you ada dekat sini," tutur Lee lalu dia menggosok tengkuk. Aduh, mesti selekeh dia punya pemakaian sekarang ni!

"Haha, it's okay lah. I pun datang sini sebab ternampak you aje. I rasa... I kena pergi dulu kot sebab adik I dah tunggu." Seraphine berkata lalu dia melambai ke arah Lee sebelum berlalu pergi. Lee, memanjangkan lehernya melihat gerangan adik Seraphine.

Oh, perempuan, bisik hati kecil Lee. Baru sahaja dia mahu mengatupkan mata buat kali kedua, seseorang menyapa nya lagi.

"Ling?"

Matanya terbuka luas. Dia terundur kebelakang akibat terkejut apabila matanya bertentangan dengan mata wanita itu.

"Mama."

Comment, vote n share! Renew chapter (๑♡⌓♡๑) Follow me on Wattpad too! (usr : @nutellesya)

Share this novel

Quinndarkness
2021-06-28 02:42:20 

updatelah lagi heheheheh


NovelPlus Premium

The best ads free experience