BAB 2

Horror & Thriller Completed 18393

"Masuk rumah cepat! Korang ni tak takut ke? Waktu Maghrib macam ni nenek jalan jengkot suka berkeliaran! Dia suka bawak lari budak-budak macam kamu semua!"

“Aaaa… Mana???” Tak semena-mena kanak-kanak itu menjerit apabila mendengar nama nenek kebayan diperkatakan.
Amaran itu serta-merta membuatkan kanak-kanak itu berhenti bermain. Nama nenek jengkot atau nenek kebayan sudah cukup menggerunkan mereka.

“Dah, jom balik semua. Aku takut dah ni!” kata salah seorang dari mereka sambil memeluk tubuhnya yang dirasakan sudah meremang.

Lantas yang lain juga mengangguk setuju untuk pulang dan membiarkan permainan tadi tanpa sebarang pemenang.

Selipar masing-masing disarung semula dan berlari sepantas mungkin memasuki rumah sendiri.

Nenek jengkot memang senjata utama bagi ibu-ibu untuk menakutkan anak masing-masing yang degil tidak mendengar kata. Bukan mahu benar-benar menakutkan kanak-kanak itu tetapi dijadikan alasan untuk mengajak anak-anak mereka menuruti arahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience