Kecil kan saya?
Yalah kan. Baru 10 bulan.
Mana saya tahu bercakap.
Apa-apa yang saya mahu, saya akan merengek.
Kadang-kadang mak dan bapa akan bagi susu, tukar pampers, sapu minyak angin di perut, atau bawa pergi jalan-jalan.
Saya ni sangat lasak. Nama je perempuan. Tapi hati tisu sesangat. Tetapi saya disayangi semua orang kerana kecomelan dan kebijaksaan saya.
Saya sekarang banyak perangai. Namun mak dan bapa tahan mental dan fizikal layan saya.
Kesian kan saya?
Kenapa pula?
Saya tiada kawan seusia kerana pandemic.
Saya sangat sakai jumpa orang di klinik. Saya jadi takut. Saya hanya lihat wajah family saya.
Jadi saya takut lihat wajah orang asing.
Kejamkan dunia ni?
Saya tak nak membesar menjadi introvert jika pandemic covid 19 masih melanda dan kanak-kanak tidak dapat keluar ke mana-mana.
Siapa yang mahu kan?
Di rumah saya hanya bermain, makan, minum, tidur..
Saya pun nak ada kawan...
Wahai orang dewasa, jangan pentingkan diri sendiri. Kalau sakit, diam di rumah. Jangan keluar bawa penyakit. Kasihani lah kami kanak-kanak ingin bermain di luar.
Sekian terima kasih...
Coretan seorang bayi
Share this novel