Andara masih setia merenung lantai.Dia hanya mampu berserah.Dia tidak bersalah.Bukan dia yang perangkap pakcik Geza.Dia cuma mangsa keadaan,kalau dia tahu ini yang akan terjadi,takkan sesekali dia berbaik hati untuk menolong pakcik Geza daripada wanita ular itu.
Gadis itu dijadikan kambing hitam diatas perkara yang tak pernah terlintas di fikirannya.Pakcik Geza hanyalah ayah kepada kawan baiknya sahaja,Lelaki yang dia hormat sebagai seorang ayah.
"Kau memang jahat!Aku benci kau betina!!!"Jerkah makcik Sarah bakal isteri pakcik Geza,musuh kepada Eira.
"Makcik,jaga sikit mulut tu,makcik ingat makciktu baik sangat ke hah?"Panas Eira membalasnya.Dari dulu lagi,Eira tidak pernah sehaluan dengan bakal ibu tirinya.Baginya wanita itu hanya ingin harta yang dimiliki babahnya.
"Eira,jaga adab...."Marah pakcik Geza.
Andara mengeratkan pegangan tangan Eira,mengharapkan gadis itu berhenti berbalah.Dia keliru,hatinya galau.Air matanya tak henti-henti mengalir membasahi pipinya yang gebu.
"Kau memang anak tak guna,mak tak sangka anak yang mak asuh dengan penuh kasih sayang sanggup menconteng arang pada muka kami!Kau tak takut dosa ke hah!!!"Pekik Puan Aini lantang tanpa memikirkan keadaan sekeliling.
"Kau memang sengajakan nak rampas kebahagiaan aku.''Luah makcik Sarah teesak-esak.
Sarah ditarik kedalam pelukkan ibunya."Bu sarah benci dia bu....."tangisnya.
"Sabar sarah,setiap yang berlaku ada hikmahnya.''Pujuk sang ibu menenangkan anaknya.
"Sarah tahu ini pasti rancangan betina ni,dia nak hancurkan kebahagiaan kami,dia nak rampas Geza bu...."Andara hanya diam seribu bahasa.Yang lain hanya memerhati tidak berani mencelah.Andara melihat kearah pakcik Geza,Lelaki itu hanya berdiri kaku memandang ke arah luar.
"Sarah takkan benarkan Geza kahwin dengan betina ni,umur baru setahun jagung dah gatal nak melacur."
'Pang!!!'Geza menampar pipi Sarah.Dia tak sangka wanita itu sudah melampaui batas.Dia kenal Andara.Gadis itu terlalu baik malahan anaknya Eira sangat sayangkan Andara lebih dari dia,ayahnya sendiri.
"Sanggup abang tampar Sarah demi budak ni?"marah sarah dalam tangisan.
"Sarah dah melampau tahu tak,Andara tak bersalah dalam hal ni,dia..."Bela Geza belum sempat menghabiskan ayatnya.
"Abang bela dia,Sebab apa hah?sebab dia cantik?jawab abang,jawab?"
Geza hanaya diam.
"Babah cuba bagitahu kami macam mana boleh jadi macam ni?"Eira cuba membantu.Dilirik kearah Andara,pilu hatinya melihat gadis itu.Dia sangat sayangkan Andara lebih dari segalanya.Tak kira apapun yang terjadi dia akan tetap berada di samping gadis itu.
"Babah tak tahu sayang,semua yang berlaku terlalu drastik,susah babah nak terangkan."Dilihat gadis itu semakin lemah,mungkin penat,dari tadi asyik menangis.
"Apa yang patut kita buat terhadap mereka berdua ni tok imam?"Tanya orang surau.
"Macam mana ni Tuan Geza,Tuan Kena jaga nama baik Tuan?Nama baik Andara pun kena jaga apatah lagi dia ni anak dara,ada maruah yang perlu dipelihara."Panjang lebar kiasan yang diberi pak imam.
"Saya akan kahwin dengan Andara."Tegas dan jelas kata-kata yang dilontarkan lelaki itu.
"Yes!"sorak Eira hampir didengari semua orang.Cepat-cepat dia menutup mulut,malu.Makcik Sarah sudah pitam di belakang.
"Ini yang terbaik untuk semua."Katanya lagi.
Rasa takut menghantui Andara,Dicerna satu persatu ayat yang dituturkan lelaki itu.'jadi isteri pakcik Geza....'diulang banyak kali ayat tersebut untuk meyakinkan diri.
Semua orang terkejut dengan bicara Geza,tiada seorangpun yang berani membangkang.Suasana yang hening mulai kedengaran bisik-bisikkan nakal tatkala pakcik Geza melutut di hadapannya.
"Pakcik...Abang dengar Dara nak cari pekerja?"tanya Geza,dia tahu gadis itu telah membangunkan peniagaan dia sendiri dalam usia yang muda.Andara hanya mengangguk.Geza tersenyum manis.
"Kalau macam tu,abang nak mohon kerja boleh?"Canda Geza cuba menyembunyikan rasa gugupnya.Semua orang yang melihat tesenyum simpul,geli hati melihat gelagat lelaki idaman melaya itu.Eira yang berada di sisi Andara sudah melentokkan kepalanya di bahu Andara.
"Pakcik nak kerja apa?"Tanyanya tidak selesa dengan panggilan lelaki itu.Suara Andara hampir tidak kedengaran.
"Abang nak mohon jawatan sebagai....LELAKI AWAK SEUMUR HIDUP ABANG?"
Novel pertama,hanya rekaanku tentang agegap yang diangap sesuatu yang salah pada zaman sekarang.PERCAYALAH,cinta itu tak pernah salah dalam memilih tuannya.
Share this novel
mcm best plesss samhung
kenapa tak sambung?