Assalamualaikum buat pembaca semua.
Kisah yang saya kongsikan sepanjang di novel plus ini hampir kesemuanya 100% dari kisah benar yang terjadi dekat saya dan saya tidak menciplak dari mana mana pihak. Jadi kepada pembaca yang gemar menceritakan kisah kisah dari nukilan fatizahr kepada sahabat taulan atau kaum kerabat kalian ingin saya katakan yang saya izinkan. Cerita hantu je pun takkan nak kedekut hehe..
Minggu lepas saya berjumpa dengan kakak sepupu (kak uda) setelah sekian lama tidak bersua muka. Jadi kami banyak bertukar cerita sampai satu cerita membuatkan dia terkedu kerana 90% cerita aku sama seperti cerita dia..
Untuk pengetahuan semua kalau dekat Kedah mostly orang Kedah panggil nenek sebagai tok kalau atuk pulak sebagai tok wan okay kiranya tok tu nenek la ye bukan tok wan.. Dah paham? ok cerita akan diteruskan
Jadi kisah ini masa arwah tok aku dah terlantar di atas katil dan tak boleh berjalan disebabkan penyakit kencing manis. Cerita ini sebelum arwah tok aku koma hm sayu la kalau teringat Arwah tok.. Tok aku ni memang dari dulu tinggal bersama keluarga aku sampai la dia meninggal dunia beberapa tahun yang lepas.
Malam itu aku ingat lagi aku gaduh dengan tok sebab apa aku tak ingat and aku ni pulak cucu dia yang paling nakal Ya Allah menyesal sangat. Tok aku ni pulak tidur atas katil hospital yang arwah paklong aku beli dekat dia so kalau dulu hampa datang ke rumah aku dan hampa wajib tengok bilik tok aku ni ala ala macam bilik di hospital sebab penuh dengan barang rawatan dan ubat ubatan..
Diteruskan cerita, setiap malam aku atau mak aku wajib bergilir- gilir untuk tidur dengan tok aku sebab dalam bilik tok aku pun ada satu katil bujang khas utk tetamu atau sesiapun yang nak tidur dengan tok aku.. Jadi malam tu giliran aku tidur dengan tok aku la. Masa tu aku marah dan bertindak dengan akal yang kurang cerdik jadi aku tarik brek katil dia (hampa tau kan rupa katil hospital) dan tolak katil dia sampai dia duduk betul betul bawah aircond dan tepi tingkap bilik dan aku tarik brek katil lagi agar katil dia tak bergerak. Yang aku ingat tok aku beleter dan katil dia dengan katil bujang yg aku tidur tu bersebelahan dengan jarak yang dekat so kiranya aku tolak katil dia bg jauh tu sebab taknak dengaq dia beleter..
eee jahatnya aku masatu rasa berdosa bila difikirkan kembali..
Mak aku dah tidur kalau tidak mak aku pulak akan beleter sebab buat macam tu dekat tok...
Selepas aku tolak katil tok tu, aku terus matikan lampu dan tarik selimut untuk tidur... dan masatu bulan Ramadhan.. *Tok aku ni pulak walaupun dia sakit dia selalu bangun on time masa sahur jadi dia akan berteriak agar org yg tidur dengan dia bangun sebab dia kan takboleh berjalan* jadi keluarga aku tidak perlu mengunci jam. hehe
Pagi tu aku masih ingat lagi ada satu tangan yang gerak aku so aku pun terjaga dan kedudukan aku masatu mengiring ke dinding so aku pun toleh ke arah tangan tersebut di mana katil tok aku berada ... Subhanalllah masatu aku nampak tangan tok aku panjang yang tak tahan Kedudukan tok aku tu ha dia boleh pulak mengiring dan separa bangun dan muka dia dekat dengan aku.. Ya Allah tok aku tu lumpuh, dia tak boleh mengiring kecuali kalau orang tolong dia paham kiranya dia tak boleh duduk macam tu seorang diri kecuali orang tolong. Boleh koma mak aku kalau tengok tok aku duduk macamtu.. Lagisatu katil dia kenapa boleh duduk sebelah katil aku bukan malam tadi aku dah tolak jauh ka yang tak tahan katil dia dekat sangat macam perli... Weh seram gila aku pada pagi itu..
Lalu aku terus menjerit ketakutan dan mengapai selimut dan bantal kesayangan aku dan keluar dari bilik tok aku dan sempat mengerling pada jam dinding yang terletak di ruang tamu dan yeah masatu baru pukul 2 pagi macam tu la dan terus masuk ke dalam bilik mak aku dan tidur lagi..
Tok aku selalu kejut bangun sahur pukul 4 lebih so aku anggarkan yang gerak aku tu bukan tok aku tetapi..
Aku tak cerita dekat mak aku sebab dia kurang percaya dgn kisah2 sebegini so aku pendamkan buat sekian yang lama.
Selepas insiden itu hampir sehari suntuk aku tidak memasuki bilik tok aku hm takut punya pasai..
Jadi berkaitan dgn cerita aku bersama dengan kak uda tu ha dia macam terkejut eh sebenaqnya cerita yg kak uda nak sampaikan ni sebijik macam cerita aku cuma berbeza dr segi cara tok aku bangun yang dia alami tok aku bangun sampai boleh duduk dan dia dapat bengkokkan badan dia dgn sendiri .. Dan kedudukan itu juga mustahil utk tok aku buat dengan sendiri dan sekurangnya org tolong dia. Dan waktu dia alami pon sama iaitu masa bulan Ramadhan ..
Dulu tok aku pernah tinggal dengan keluarga kak uda tapi sekejap ja then penyakit tok semakin parah dan terlantar di hospital dalam seminggu lebih dan terus dihantarkan pulang ke rumah aku dan masatu tok sudah koma..
Masatu sebak sedih bercampur baur hm aku tak sempat nak minta maaf dengan tok aku yala sbb aku nakal gila dan selalu buat tok aku marah. hmm rumah aku masatu dah tak semeriah yg dulunya meriah dgn suara tok aku.. Bayangkan dalam setahun lebih tok aku koma minum susu melalui tube dekat hidung.. Aku sampai dah mahir bagi tok aku minum dan bancuh susu mengikut sukatan yang ditetapkan..
Walaupun tok aku dah tak boleh bercakap dan mata dia dah tak boleh buka tapi aku hari hari cakap dengan dia dan minta maaf.. Aku tahu dia masih boleh dengar suara aku.. Mak aku selalu suruh aku salam n cium tangan tok aku even dia koma sebab dia masih boleh merasai kasih sayang kita.. Kadang aku menangis sebelah tok aku terkenangkan dosa aku dekat dia sebelum dia koma. Menyesal yang amat .
Cerita mak aku lagi sedih, sebab dia orang yang selalu jaga dan basuh berak tok aku...
Tok aku ni masa dia sihat dia ni memang makan banyak macam dia suka makan tambah tambah kuih or cucur ha memang kesukaan dia. Jadi bila tok koma, kadang tengok mak sedih sebab dia cakap kalau tok tak koma mesti tok suka ni yang mak beli.. Mak cakap kesian tok dah tak boleh makan macam kita..
Jadi selepas arwah tok meninggal mak lagi bertambah sedih dan sunyi, sebab dia dah takdak org yang dia nak sembang or jaga yala sebab sudah lama tok tinggal dengan keluarga aku.. Mak aku pulak ibu tunggal so tok jela peneman dia.. Kadang pernah aku terjaga dari tidur malam and aku terdengar yang mak aku nangis and aku tahu mak aku rindukan tok..Sebak bila terpandang katil tok yang tidak lagi berpenghuni yang dulu meriah dgn suara tok yang gemar beleter ..
Sebelum aku nak akhiri cerita yang bercampur ini, terlebih dahulu ingin aku jelaskan yang tok aku tak bela saka tau takut ada yang tersalah paham. setiap orang yang sakit ni selalunya ada jin yang suka menganggu orang sakit jadi tok aku ni selalu kena ganggu..
Antara gangguan yang selalu tok aku alami ialah dia selalu nampak macam2 dekat ruang tamu di mana dia nampak melalui pintu biliknya yang jernih so dia boleh nampak apa sahaja yang diluar biliknya sampaikan mak aku ambil satu kain dan tutup pintu biliknya agar dia tidak nampak lagi perkara yang aneh2..
Kadang tok aku bercakap seorang diri seolah bercakap dengan sesuatu.. Dan selebihnya tidak tersenarai jika ingin ku tulis...
Sebenarnya tujuan aku menulis kisah ini bukan semata mata ingin menulis kisah seram tetapi yang sebenarnya ingin ku tulis mengenai tok aku sebab aku sangat rindukan dia..
Kesimpulannya, hargailah orang2 yang berada di sekeliling anda kerana esok atau lusa Allah tidak menjanjikan dia akan terus hidup seperti hari ini. Tak kira macamanapun perangai ahli keluarga kita dia tetap menjadi keluarga kita. Keluargalah yang akan selalu ada masa kita susah dan yang akan mula2 hulurkan tangan masa kita jatuh.. Yang paling penting jahat macamanapun kita tolonglah kawal sikit perangai jangan jadi macam aku cucu nakal tak sempat mintak maaf .. Dosa aku banyak sangat dengan arwah tok aku....
2017 sudah di penghujung, rasanya dah hampir 2 tahun tok pulang ke penciptanya. Sebak bila terpandang katil tok..
Rindu.
Share this novel