Bab 1: Tangisan Malam yang Panjang

Other Series 760

Anna membuka kelopak matanya. Gelap. Perih. Terasa ada cecair pekat dan hangat yang mengalir di dahinya. Badannya menggeletar dibasahi peluh.
Anna ingin menjerit meminta tolong tetapi suaranya hanya tersekat di tenggorokkan dan tenggelam di akalnya. Anna tahu suaranya pasti tidak akan kedengaran. Mulut dan matanya telah ditutup sementara tangan kakinya diikat kuat. Anna buntu dia langsung tidak dapat menggerakkan badannya malah untuk melepaskan diri jauh sekali. Hanya tangisan malam yang sayup dan air mata yang kering menemaninya.
"Malam ini kau akan menjadi milikku". Satu suara garau berbisik ditelinga Anna. Badannya lantas ditolak kasar dan satu persatu pakaiannya ditanggalkan. Anna meronta-ronta melepaskan diri namun apalah dayanya kudrat seorang gadis. Dia tahu kesucian yang dijaga kemas selama ini akan direnggut oleh nafsu serakah jantan tidak guna dan tidak berkeperimanusiaan. Anna terasa kepala semakin berat dan Anna perlahan tidak sedarkan diri.

***
Anna Affiya merupakan gadis kacukan Malaysia dan Indonesia. Bapanya warganegara Malaysia manakala ibunya orang Indonesia. Kecantikkan yang dimiliki ibunya diwarisi kepadanya. Mukanya dihiasi dengan sepasang mata yang indah dan dilengkapi bulu yang panjang, hidung yang mancung, dan berkulit putih kemerahan. Tanpa secalit makeup pun sudah menyerlahkan keindahan parasnya. Namun begitu, walaupun Anna dianugerahkan dengan bentuk fizikal yang sempurna, tetapi kehidupannya serba kekurangan.
Anna dan adik beradiknya menjadi mangsa penceraian ibu bapanya. Hanya dengan satu lafaz cerai dan gugurnya talak satu, ibu Anna digelar janda anak 3. Setelah penceraian itu, keluarga Anna sering menjadi bualan orang kampung dan mereka menuding kesalahan ke arah ibu Anna hanya kerana ibu Anna orang asing warga Indonesia. Ibu Anna tidak berpendidikan tinggi dan dipaksa oleh nenek untuk berkahwin kerana ayah Anna berpendidikan tinggi mempunyai ijazah sarjana. Ayah Anna jatuh cinta pandangan pertama dengan ibu ketika dia pergi bercuti ke Indonesia. Ayah dengan penuh gentleman terus berjumpa dengan nenek untuk melamar ibu. Ibu berkahwin dengan ayah bukan atas dasar cinta tetapi terpaksa patuh dengan kemahuan nenek yang menjodohkan ibu dengan ayah. Nenek percaya ayah Anna mampu menjaga Ibu namun malah sebaliknya ayah yang meninggalkan mereka sekeluarga dengan kejam. Selepas ayahnya menceraikan ibunya, ayahnya hilang tiada berita.
Akibatnya ibu menjadi ketua keluarga. Selama 3 tahun bergelar janda, Ibu Anna berusaha mencari pelbagai pekerjaan untuk mencari sesuap nasi. Bekerja di kedai makan, menjadi pembantu rumah tetapi berakhir dituduh sebgai perampas dan penggoda lelaki orang kerana ibu tetap anggun walaupun wajahnya dimamah usia. Sampaikan ada mulut orang kampung yang sanggup menfitnah ibu Anna menjual diri.
Ibu Anna semakin tertekan. Dia sudah tidak peduli dengan tanggungjawabnya mencari nafkah untuk kami sekeluarga. Ibu Anna yang selama ini kelihatan kuat semakin berubah Jelas kelihatan ibu sudah berputus asa menyara kami. Dia hanya mengurung diri seharian di bilik. Mereka pernah kelaparan dua hari. Anna dengan membawa muka tebal meminjam duit dengan jiran. Sekali lagi Anna sekeluarga menjadi perbualan orang kampung.
Anna yang baru lepasan SPM akhirnya mengambil alih untuk menyara keluarganya. Dia perlu mencari rezeki untuk menampung persekolahan adiknya dan mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga. Kakaknya, Lisa tidak dapat diharap kerana dia tidak peduli langsung dengan tanggungjawab walaupun dia anak sulung. Lisa hanya tahu sibuk bercinta.
Anna bekerja dari pagi hingga malam. Setiap hari, walaupun Anna berbadan kecil, dia tidak gentar sama sekali berjalan kaki bersendirian pulang dari tempat kerja. Pada mulanya dia memang takut. Dia membayangkan dirinya dipatuk ular, diculik, diragut, dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan. Namun lama-kelamaan dia sudah terbiasa. Anna gagahkan diri untuk berani dan berdikari dan berusaha mengusir seribu andaian perkara buruk yang boleh berlaku ke atas dirinya. Dia redha jika terjadi apa-apa di jalan.
Anna menggunakan jalan pintas iaitu lorong-lorong yang gelap dan sunyi supaya tidak memakan masa yang panjang. Perjalanan ke tempatnya kerjanya mengambil masa setengah jam berjalan kaki jika menggunakan jalan pintas. Namun jika tidak menggunakan jalan pintas dia terpaksa berjalan kaki selama satu jam setengah. Dia lebih rela memilih lorong gelap kerana dia tahu tulang empat keratnya tidak mampu.
Anna sangat bersyukur walaupun gaji sebagai pembantu kedai makan tidak seberapa sudah cukup memadai baginya walaupun kadang-kadang boss Anna agak kejam dengannya. Bossnya akan menolak gajinya separuh walaupun dia datang lambat hanya seminit. Anna telah banyak kali diberi amaran akan dibuang kerja jika selalu lambat turun kerja. Jika terlambat, Anna terpaksa berlari anak untuk sampai ke tempat kerja kerana bangun lewat.
Anna bukannya jenis gadis yang suka bangun lewat, tetapi apabila dia berasa terlalu sahaja dia pasti akan tidur pulas dan sukar bangun pagi.
Biasanya, apabila pulang dari kerja, Anna yang akan mengurus rumah. Anna yang akan mengumpul semua baju ibunya, baju adiknya dan baju kakaknya untuk dicuci. Mereka hanya tahu melonggokkan pakaian kotor di bilik mandi. Mereka sanggup membiarkan pakaian mereka berkulat dan berbau jika Anna tidak mencuci. Anna juga yang akan memasak makan, dan membasuh pinggan mangkuk. Anna tidak menyalahkan adik perempuannya kerana Anna tahu adiknya, Mira masih kecil. Baru berusia 9 tahun dan masih sekolah. Tetapi dia tidak boleh terima ibu dan kakaknya. Ibu Anna sudah berusia 40 tahun manakala kakaknya, Lisa sudah 24 tahun. Sudah layak menjadi isteri orang! Mereka sudah ada akal untuk mengenal tanggungjawab mereka.
Anna penat menegur kemalasan mereka. Sikap malas sudah sebati dalam diri ibu dan kakaknya.

Share this novel

Mohammad Firdaus Fitrie
2020-09-18 23:29:58 

Terbaik teruskan usaha moyem


NovelPlus Premium

The best ads free experience